BANGKOK: Malaysia dan Thailand harus bekerjasama memanfaatkan potensi besar industri kreatif agar berupaya meningkatkan pertumbuhan ekonomi kedua-dua negara, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata industri kreatif dilihat semakin berperanan penting dalam menjana ekonomi serta mampu menyumbang secara signifikan kepada pendapatan negara.
"Malaysia dan Thailand mempunyai sejumlah besar produk kreatif yang perlu dimanfaatkan sepenuhnya agar ia dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi.
"Industri kreatif bukan sahaja sekadar mengisi masa lapang dan hobi semata-mata. Kita perlu mengubahnya untuk menjana pendapatan," katanya.
Annuar yang sedang mengadakan lawatan kerja empat hari ke Thailand berkata demikian dalam program "Newsline" yang disiarkan Perkhidmatan Penyiaran Kebangsaan Thailand (NBT) pada malam Rabu.
Beliau turut menekankan mengenai peranan yang boleh dimainkan antara agensi komunikasi dan multimedia untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala Kuala Lumpur-Bangkok.
Malaysia dan Thailand menikmati hubungan baik sejak sekian lama bukan sahaja antara kerajaan dengan kerajaan tetapi dalam kalangan rakyat kedua-dua negara.
"Kita perlu terus memperkukuh kerjasama. Kita seharusnya memperkayakan diri dengan menambah baik dan mencipta peluang melalui kerjasama.
"ASEAN, sebagai contoh, sebuah rantau yang mempunyai potensi besar dari segi ekonomi, budaya, pendidikan dan maklumat. Apa yang perlu kita lakukan ialah menggalakkan lebih banyak kerjasama dua hala dan pelbagai hala.
"Atas alasan itu, saya di sini (di Thailand). Saya ingin terus membina hubungan baik antara Thailand dan Malaysia kerana saya dapat meramalkan potensi besar dalam bidang ini demi kebaikan rakyat kita," katanya.
Sementara itu, Annuar berkata Malaysia berminat untuk mengkaji semula beberapa memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai dengan Thailand sejak beberapa tahun lalu demi mengeratkan lagi kerjasama dalam pelbagai bidang.
"Saya memberitahu pegawai (saya) di pelbagai agensi untuk menyemak semula MoU itu. Memberi nafas baharu dan ia harus merangkumi pengalaman dan peluang terkini. Ia bukan sekadar dokumen tetapi (ia) perlu membawa (kerjasama) kita ke peringkat seterusnya," katanya.
Beliau juga menggesa pemain industri di ASEAN untuk memanfaatkan pertumbuhan pesat dunia digital bagi memacu rantau ini maju ke depan.
"Di ASEAN, kita mempunyai orang yang kreatif, sumber dan segala-galanya. Mari kita satukan perkara ini dan menjadi sebahagian daripada pemain global," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 23 2022

Annuar berkata, Malaysia dan Thailand mempunyai sejumlah besar produk kreatif yang perlu dimanfaatkan sepenuhnya agar ia dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi. - Bernama

'Saya tidak dipilih jadi PM kerana tak mahu lindungi Najib' - Anwar
Anwar mengulas kenyataan Tajuddin bahawa wujud SD dalam kalangan Ahli Parlimen UMNO yang menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Misi Angkasa Lepas | 3 angkasawan Shenzhou-13 jumpa orang ramai
Angkasawan Shenzhou-13 yang terdiri Zhai Zhigang, Wang Yaping dan Ye Guangfu buat pertama kalinya bertemu pihak media dan khalayak sejak kembali ke bumi pada 16 April lalu. Pertemuan itu diadakan pada Selasa dan ketua pasukan angkasawan Jing Haipeng, turut berkongsi mengenai situasi pemulihan serta rancangan susulan kru angkasawan Shenzhou-13 itu.

Perlu mempermudahkan penganggur mencari kerja
Ramai berpandangan bahawa tiada pekerjaan yang tersedia untuk mereka selain merasakan diri mereka tidak layak.

Sindiket Minyak | Sindiket jual minyak terpakai secara haram tumpas
Beli minyak enjin terpakai dari bengkel dan kilang sebelum menjual kepada pihak industri dengan harga lebih murah dari pasaran. Itu taktik sindiket penjualan minyak enjin terpakai secara haram yang berjaya ditumpas polis Johor.

Lelaki hilang empat hari di dusun durian ditemukan lemah, tidak bermaya
Kamarudin Hasan ditemukan dalam keadaan selamat oleh orang awam pada jam 10.50 pagi tadi.

SPRM | YDP pertubuhan kebajikan direman, salah guna kuasa
Seorang Yang Di-Pertua (YDP) sebuah pertubuhan kebajikan di Terengganu direman selama lima hari bagi membantu siasatan berhubung penyalahgunaan kuasa. Turut direman pengarah urusan sebuah syarikat usahasama yang mempunyai kepentingan ke atas syarikat tersebut.

Kes Dadah | 70 peratus kes di mahkamah libatkan dadah
Lebih 70 peratus kes jenayah yang dikendalikan di Mahkamah Kelantan adalah berkaitan dadah. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang Undang)m Datuk Mas Emiryati Samsuddin berkata, angka itu membimbangkan serta menggambarkan keseriusan masalah dadah di negeri itu.

Majlis Raja-Raja | Agong hadiri hari kedua mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-259
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berangkat menghadiri hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-259 di Istana Negara.

Berita palsu mungkin antara punca bekalan minyak masak kurang - Annuar
Annuar menegaskan terdapat beberapa faktor dikenal pasti menjadi punca kepada kurangnya bekalan minyak masak di pasaran terutamanya jenis peket baru-baru ini.

AWANI Ringkas: Majlis Raja-raja bersidang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Thailand, Malaysia digesa bekerjasama, teroka potensi ekonomi industri kreatif
Malaysia dan Thailand mempunyai sejumlah besar produk kreatif yang perlu dimanfaatkan agar dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi.

K-KOM akan segerakan MoU dengan negara ASEAN, tingkat pasaran industri termasuk perfileman
K-KOMM akan menyegerakan inisiatif untuk menjalin kerjasama dengan negara-negara ASEAN bagi memperluaskan pasaran industri telekomunikasi dan industri kreatif termasuk perfileman.

Marche Du Film platform terbaik industri filem negara tembusi pasaran antarabangsa
Buka peluang kepada penggiat industri kreatif tanah air menjalin kerjasama dengan syarikat produksi antarabangsa.

Pemain industri kreatif perlu berani, keluar dari kebiasaan untuk tembusi pasaran global
Pemain industri perlu mencari mekanisme supaya kandungan kreatif negara tidak dilihat sebagai pasaran yang bersifat 'fragmented'.

Persatuan industri kreatif perlu ditadbir secara profesional - Annuar Musa
Katanya, sistem royalti boleh diwujudkan bagi menjaga komuniti penggiat industri kreatif seperti para pelakon.

'RIUH EK! bersama unifi' di Ayer Hitam dekatkan seni kreatif dengan Keluarga Malaysia
Aktiviti seni kreatif mampu mengubati jiwa negara yang terkesan dengan pelbagai cabaran berikutan pandemik COVID-19.

Johor lokasi pertama Program RIUH-Keluarga Malaysia bulan depan
Program itu bertujuan mempromosi dan memartabat industri kreatif tempatan.

Sarawak mahu tarik lebih ramai pelancong Asia Barat - Abdul Karim
Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak akan merancakkan promosi ke destinasi pelancongan utama seperti Dubai dan Abu Dhabi.

Kabinet Sarawak: Abdul Karim ikrar pikul tanggungjawab jaga dua portfolio
Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berikrar untuk memikul tanggungjawab dua portfolio yang diamanahkan kepadanya.

Penubuhan Persatuan Industri Kreatif penting untuk martabat penggiat seni - Zahidi
Menerusi persatuan itu, gerak kerja untuk mengetengahkan hasil seni kreatif secara meluas dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.