awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gerai Lemang Kijal bakal berwajah baharu, sedia kemudahan lebih selesa
Piala Malaysia: Selangor menang tipis1-0 ke atas NSFC di Paroi
Algeria bakal batal perjanjian perkhidmatan udara dengan UAE
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand sahkan tiga kes import varian Omicron

Bernama
Bernama
09/12/2021
13:51 MYT
Thailand sahkan tiga kes import varian Omicron
Thailand mengesahkan tiga kes import varian Omicron COVID-19 dan mengesan satu lagi kes kebarangkalian untuk virus itu, membabitkan seorang lelaki tempatan yang pulang dari Congo. - Gambar fail/REUTERS
BANGKOK: Thailand mengesahkan tiga kes import varian Omicron COVID-19 dan mengesan satu lagi kes kebarangkalian untuk virus itu, membabitkan seorang lelaki tempatan yang pulang dari Congo, kata ketua pengarah Jabatan Sains Perubatan, Dr Supakit Sirilak.
Beliau berkata kes pertama melibatkan seorang warga Amerika berusia 35 tahun yang tiba dari Sepanyol manakala kes kedua dan ketiga membabitkan wanita Thailand berusia 36 dan 46 tahun, balik dari Lagos, Nigeria.
"Penjujukan genom mengesahkan ia varian Omicron," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Sementara itu, Dr Suakit berkata kes keberangkalian terbaharu untuk varian Omicron itu melibatkan rakyat tempatan berusia 41 tahun, bekerja dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan baru pulang dari Congo.
Beliau berkata lelaki itu sudah pun lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19 dan menjalani kuarantin sejak tiba di Thailand.
"Pihak berkuasa kesihatan sedang meningkatkan pengesanan kontak untuk membendung penularan virus itu," katanya.
Sementara itu, Dr Supakit berkata Jabatan Sains Perubatan telah menjalankan ujian 'single nucleotide polymorphisms (SNP)' dan 'whole genome sequencing (WGS)' ke atas 1,649 ketibaan dari luar negara.
"Sehingga kini, tiada kes penularan tempatan bagi varian Omicron dilaporkan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thailand
#varian omicron
#Congo
#kes import
#Dr Supakit Sirilak
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan