Insiden rampasan buku Manifesto Komunis terbitan Thukul Cetak di Pesta Buku Antarabangsa Indonesia (PBAI) telah menimbulkan pelbagai reaksi umum dan pihak berkuasa.
Insiden itu sebenarnya kerana salah faham berpunca daripada ilustrasi logo Komunis pada kulit buku tersebut, sekali gus mengundang kehadiran pihak berkuasa Indonesia ke Pavilion Malaysia untuk merampas enam naskah buku berkenaan pada hari keempat pesta buku berlangsung.
ITBM, DBP dan PKB juga menjelaskan Manifesto Komunis diterima menyertai PBAI kerana kandungannya disahkan sendiri pihak berkuasa Indonesia bahawa ia tidak bertentangan undang-undang negara mereka.
Berikut adalah kenyataan rasmi Thukul Cetak berkaitan rampasan buku 'Manifesto Komunis' di Pameran Buku Antarabangsa Indonesia 2016:
Sehubungan dengan kes rampasan buku Manifesto Komunis di Indonesia International Bookfair (IIBF) 2016 pada Sabtu, 1 Oktober yang lalu di Jakarta, Thukul Cetak dengan ini ingin menjelaskan sedikit sebanyak mengenai insiden tersebut.
Pertama, tidak berlaku sitaan buku seperti yang ditulis di media sosial. Buku yang dibawa hanyalah untuk tujuan pameran. Pihak kami tidak menerima sebarang surat sitaan sepertimana sepatutnya proses sitaan dijalankan.
Kedua, tidak ada siapa yang ditahan kerana tidak ada surat tahanan diberikan kepada kami. Sepanjang krisis ini berlaku dari jam 1.30 petang sehingga kami bersurai pada jam 8.45 malam, kami hanya bekerjasama dengan pegawai polis dan dibawa ke pejabat polis bahagian ‘Orang Asing’. Tidak ada sebarang tuduhan dikenakan kepada kami, tidak berlaku interogasi individu dan berita yang menyatakan kami ditahan adalah salah sama sekali.
Ketiga, buku Manifesto Komunis yang dicetak adalah terjemahan kepada tulisan The Communist Manifesto oleh Karl Marx & Friedrich Engels pada 1848, iaitu 168 tahun yang lalu. Buku ini ialah kritik Marx/Engels kepada kapitalis serta kaitan sistem kapitalisme kepada masyarakat dan politik. Buku falsafah ini sebaris dengan buku terjemahan Thukul Cetak yang lain seperti karya Plato.
Di awal buku ini juga diselitkan Pengenalan Kritis, bicara awal untuk mengadili karya ini. Beberapa persoalan diutarakan untuk mengkritik karya Marx/Engels ini termasuk contoh pertumpahan darah di Kemboja ketika era Pol Pot serta beberapa persoalan yang lainnya.
Juga diselitkan di bahagian blurb, senarai korban Komunisme yang mencapai lebih dari 100 juta sejak buku ini diperkenalkan. Persoalan kepada buku ini ialah; apakah hanya melalui 1 ideologi boleh menyebabkan korban jiwa melebihi 100 juta?
Bahkan buku ini juga turut dipegang oleh Menteri Pendidikan Indonesia, Muhadjir Effendy ketika perasmian dijalankan di Pavilion Malaysia sebagai Tetamu Kehormat. Ini bahkan menimbulkan persoalan, adakah Bapak Menteri tidak sedar atau faham mengenai simbol ‘palu arit’ yang sensitif ini?
Bahkan buku ini telah berada selama 4 hari sebelum akhirnya dilaporkan kepada pihak berkuasa.
Dengan ini kami selaku badan penerbitan independen ingin menegaskan bahawasanya;
i) Kami bukan Penerbit Sosialis. Buku terbitan kami merangkumi teori sosial dan politik liberal (kanan) sehingga teori kiri;
ii) Kami bukan dengan sengaja menimbulkan provokasi pada tanggal 30 September kerana kami sendiri tidak sedar mengenai peristiwa 30 September 1965 (G30S) seperti yang dituduh oleh portal yang tidak bertanggungjawab.
iii) Kami menafikan sekeras-kerasnya kami mempromosikan Komunisme kerana buku ini hanya satu dari 23 tajuk falsafah, politik dan genre lain yang dibawa oleh Thukul Cetak ke program ini.
iv) Kami juga menafikan buku ini memalukan Malaysia kerana Ketetapan Majelis Permusyawaratan Rakyat Sementara Republik Indonesia Nomor XXV/MPRS/1966 Tahun 1966 atau yang lebih dikenali dengan TAP MPRS No. 25/1966 atau Undang-Undang Republik Indonesia Nomor 27 Tahun 1999 (UU No. 27/1999) yang melarang simbol ‘palu arit’ atau tukul dan sabit hanyalah sebuah ketetapan umum atau lebih mirip kepada garis panduan sahaja, bukan undang-undang atau Perlembagaan.
Buktinya, tidak ada tuduhan undang-undang dikenakan kepada kami selaku Penerbit oleh pihak berkuasa sama ada pihak Polis mahupun Imigresen.
Apa yang berlaku sebenarnya hanyalah salah faham berkaitan logo ‘palu arit’ dan dihangatkan lagi oleh media tak bertanggungjawab yang dengan sengaja melaporkan perkara yang tak benar.
Bahkan Forum Penerbitan Indie Nusantara yang dijadualkan berlangsung esoknya juga dijalankan dengan jaya tanpa sebarang masalah.
Kami dengan ini mengambil sepenuh tanggungjawab terhadap insiden salah faham ini dan mahu mengucapkan terima kasih kepada ITBM yang telah berfungsi sebagai pemudah cara sepanjang krisis ini berlangsung.
ZF Zamir,
Ketua Pegawai Eksekutif,
4 Oktober 2016.
Media Statement
Tue Oct 04 2016
ZF Zamir brkata tiada pihak ditahan dalam insiden itu dan pihaknya telah bekerjasama dengan polis republik itu. - Foto Facebook ZF Zamir.
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
Thukul Cetak jawab isu buku 'Manifesto Komunis'
Tidak berlaku sitaan buku seperti yang ditulis di media sosial, dan buku yang dibawa hanyalah untuk tujuan pameran.
ITBM, DBP dan PKB nafi sengaja malukan negara
Ketiga-tiga badan itu menyifatkan dakwaan bahawa mereka sengaja membawa penerbit buku indie bagi tujuan menyebarkan idea komunis dan sosialis.