awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Tiada agenda politik, hanya hadir kenduri tahlil Tun Rahah" - Mohd Shafie

Firdaus Azil
Firdaus Azil
26/12/2020
11:10 MYT
"Tiada agenda politik, hanya hadir kenduri tahlil Tun Rahah" - Mohd Shafie
Mohd Shafie (kiri) duduk semeja dengan Najib dan Ahmad Zahid semasa menghadiri majlis tahlil Allahyarham Tun Rahah pada Jumaat.
KUALA LUMPUR:Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menolak spekulasi bahawa beliau ada membuat perbincangan politik dengan dua pemimpin kanan UMNO iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Dalam catatan terbaharu di Facebooknya, Ahli Parlimen Semporna itu berkata, gambar yang menunjukkan beliau duduk semeja dengan kedua-dua pemimpin itu adalah ketika beliau hadir ke kenduri tahlil arwah Tun Rahah Mohamed Noah semalam.
Mohd Shafie berkata, ketika ibu Najib meninggal dunia pada 18 Disember laluh, beliau tidak dapat hadir kerana terlibat dalam sidang Dewan Undangan Negeri Sabah.
"Tiada agenda politik, saya hadir bagi menghormati seorang tokoh yang saya kenal lama. Ketika Allahyarhamah meninggal, saya berada di Sabah kerana sidang DUN baru bermula.
“Alhamdulillah semalam saya dapat hadir pada hari terakhir majlis tahlil yang diadakan di Yayasan Noah, Taman Duta,” katanya lagi.
Allahyarham Rahah, 87, balu kepada Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak, meninggal dunia di ibu negara pada 18 Disember lalu akibat sakit tua.
Jenazah Allahyarham telah diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Negara, dan dimakamkan di Lingkaran Makam Pahlawan, Masjid Negara, atas sumbangan yang ditaburkan kepada negara sewaktu hayatnya.
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#Mohd Shafie Apdal
#Zahid Hamidi
#Shafie Apdal
#Perdana Menteri
#Semporna
#meninggal dunia
#presiden
#menteri
#Tun Rahah
#politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan