KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan amaran cuaca waspada di beberapa kawasan di seluruh negara tidak akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat.
Ketua Pengarahnya, Muhammad Helmi Abdullah bagaimanapun berkata, rantau negara ketika ini menerima tiupun angin dari pelbagai hala mengakibatkan cuaca yang lebih lembap dan berlaku penumpuan angin di sekitar Semenanjung Malaysia.
Jelas beliau, keadaan tersebut dijangka berterusan dalam tempoh seminggu atau pada awal September, selain beberapa kawasan menerima taburan hujan yang melebihi kebiasaan.
"Jadi, corak seperti itu kita jangkakan akan berterusan untuk beberapa hari akan datang, dan pada waktu petang pula kalau di negeri-negeri pantai barat, kita jangkakan ribut petir dan hujan berlaku pada waktu petang dan boleh membawa sehingga waktu malam.
"Begitu juga kalau di negeri-negeri pantai timur terutama sekali kawasan di pedalaman negeri-negeri juga boleh terjejas dengan ribut petir dan hujan.
"Sabah dan Sarawak pun kebanyakan kawasan kita menjangkakan keadaan cuaca yang sedimikian. Cuaca di Malaysia pada amnya lembap, jadi negeri-negeri yang terjejas dengan kejadian banjir juga akan mengalami tempiasnya," katanya ketika dihubungi Astro AWANI, hari ini.
Jelas Muhamad Helmi, keadaan lembap tersebut disebabkan intensiti monsun barat daya yang ketika ini berada pada tahap lemah.
Mengenai lokasi-lokasi berisiko pula, beliau berkata MetMalaysia bekerjasama dengan agensi-agensi terlibat dalam menyalurkan maklumat mengenai ramalan cuaca termasuk amaran hujan lebat.
"Jadi maklumat itu digunapakai oleh agensi-agensi berkaitan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan agensi-agensi lain. Kita sedia maklum bahawa pengurusan bencana dikoordinasikan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma)," katanya.
Sehubungan itu, Muhamad Helmi berkata MetMalaysia menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dan menghadkan aktiviti luar pada sebelah petang.
Maklumat mengenai ramalan cuaca boleh didapati di laman sesawang dan sosial MetMalaysia, atau hubungi talian 1-300-22-1638.
Hasimi Muhamad
Mon Aug 23 2021
MetMalaysia meramalkan amaran cuaca waspada di beberapa kawasan di seluruh negara tidak akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat. - Gambar hiasan
Laluan alternatif hubungkan Sibu-Kapit akan dibina
Satu jajaran jalan baharu akan dibina sebagai laluan alternatif yang akan menghubungkan Sibu dengan Kapit melibatkan jarak kira-kira 66 kilometer (km).
UNESCO anugerahkan hadiah kepada wartawan Palestin
Wartawan berkenaan dianugerahkan Hadiah Kebebasan Akhbar Dunia UNESCO/Guillermo Cano 2024 pada Khamis di Chile, lapor agensi berita Jerman (DPA).
Malaysia, Jepun bincang kerjasama perdagangan, pertanian
Malaysia dan Jepun mengadakan perbincangan dua hala yang antara lain menyentuh mengenai perdagangan, pertanian dan peranan Malaysia sebagai hab halal yang boleh dimanfaatkan negara itu.
Mohamad wakili PM ketengah isu kepentingan Islam
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi Malaysia selaku wakil Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sesi Ke-15 Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Banjul, Gambia dari 4 hingga 5 Mei ini.
Malaysia berpeluang berkembang dengan kemajuan teknologi
Mengambil contoh Malaysia sebagai negara berpendapatan sederhana, beliau berkata keutamaan yang harus dilijat ia seberapa cepat teknologi berkenaan boleh disebarkan ke seluruh ekonomi, dan memanfaatkan sektor seperti penjagaan kesihatan dan pendidikan.
Rakyat perlu kuasai AI untuk tentukan sendiri nilai moral, budaya - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.berkata jika AI tidak dikuasai, nilai dan moral dalam teknologi itu akan ditentukan oleh pihak-pihak yang menguasainya terutama dari barat.
Tiga pegawai polis ditahan
Tiga pegawai kanan polis berpangkat ACP, DSP dan Inspektor yang disyaki terlibat dalam kes pemerasan berjumlah RM1.25 juta ditahan di sekitar Jalan Tun Razak, di sini pada Jumaat.
Khilaf dalam kalangan ulama adalah 'rahmat' jika dikawal dan dijaga - Anwar
Penerimaan kepada pandangan yang berbeza merupakan amalan yang sihat dalam memberikan orang ramai kefahaman yang mendalam terhadap sesuatu perkara.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 3 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Rompin rekod bacaan IPU tidak sihat
Indeks Pencemar Udara (IPU) yang direkodkan pada 11 pagi tadi menunjukkan satu stesen mencatatkan kualiti udara pada tahap tidak sihat iaitu di Stesen Rompin, Pahang disebabkan kebakaran setempat.
Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba
Bahang cuaca panas lazimnya memberi kesan kepada anjing, kucing dan arnab.
Gempa kuat bermagnitud 6.3 landa Jepun - MetMalaysia
Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 dikesan di Shikoku, Jepun pada 10.14 malam tadi.
Ribut petir, hujan lebat dijangka landa 6 negeri
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di beberapa kawasan di enam negeri sehingga jam 5 petang Rabu.
Beberapa kawasan di Subang, Sungai Buloh dilanda banjir
Hujan lebat yang melanda negeri ini petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di Subang dan Sungai Buloh dinaiki air.
Gempa bumi kuat dikesan di Papua New Guinea
Pusat gempa itu dikesan pada kedalaman 68km iaitu 30km tenggara dari New Britain Island.
Peralihan monsun: Orang ramai dinasihat peka perubahan cuaca
Orang ramai dinasihatkan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia susulan peralihan monsun.
Jeli, Gua Musang, Temerloh dilanda gelombang haba - MetMalaysia
Gelombang haba merujuk kepada suhu maksimum harian 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.
Ramalan awal MetMalaysia: Hujan lebat menjelang Aidilfitri
MetMalaysia meramalkan kemungkinan hujan lebat dan ribut petir akan berlaku di sesetengah negeri di Malaysia menjelang Aidilfitri nanti.
Permulaan fasa peralihan monsun dijangka pada 29 Mac ini - MetMalaysia
Keadaan cuaca panas dan kering yang dialami ketika ini di kebanyakan kawasan di seluruh negara dijangka beransur pulih menjelang pertengahan April.