awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kartel penetapan harga: 31 perusahaan penjagaan kanak-kanak di Kelantan berdepan penalti - MyCC
Yaman ancam serang keberadaan Israel di Somaliland, dakwa langgar kedaulatan serantau
Putin larang keputusan mahkamah asing, luaskan bidang kuasa mahkamah tentera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada arahan wajib 'Like', 'Share' media sosial menteri - KKMM

Bernama
Bernama
21/04/2021
09:56 MYT
Tiada arahan wajib 'Like', 'Share' media sosial menteri - KKMM
Kementerian sentiasa menggalakkan penyertaan kakitangannya dalam bersama-sama menyokong hebahan maklumat kepada khalayak termasuk melalui platform media sosial. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menafikan dakwaan mengenai arahan mewajibkan semua petugas kementerian itu untuk 'like' dan 'share' akaun media sosial menteri dan timbalan menterinya.
KKMM dalam kenyataan hari ini menjelaskan, tiada sebarang arahan yang dikeluarkan oleh Menterinya Datuk Saifuddin Abdullah seperti dakwaan yang tular di media sosial sejak semalam.
"Kementerian sentiasa menggalakkan penyertaan kakitangannya dalam bersama-sama menyokong hebahan maklumat kepada khalayak termasuk melalui platform media sosial," menurut kenyataan itu.
Semalam, tular beberapa tangkap layar pesanan teks yang didakwa mengandungi arahan KKMM kepada petugas kementerian serta jabatan dan agensi di bawah KKMM untuk 'like' atau 'follow' akaun media sosial menteri dan timbalan menteri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Komunikasi dan Multimedia
#KKMM
#petugas kementerian
#akaun
#media sosial
#Saifuddin Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan