awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada cubaan culik pelajar di Dungun - Polis

Bernama
Bernama
08/08/2019
21:04 MYT
Tiada cubaan culik pelajar di Dungun - Polis
Tiada sebarang kejadian cubaan culik oleh seorang wanita di sekolah rendah di Dungun seperti yang ditularkan di media sosial. -Gambar hiasan
Tiada sebarang kejadian cubaan culik oleh seorang wanita di sekolah rendah di sini seperti yang ditularkan di media sosial, kata Ketua Polis Daerah Dungun Supt Baharudin Abdullah.
Sebaliknya, beliau berkata wanita itu hanya menegur murid berkenaan dan tidak berlaku kejadian murid itu ditarik keluar dari kawasan sekolah.
Baharudin berkata hasil siasatan juga mendapati wanita itu mengalami masalah tekanan perasaan selepas bercerai tiga tahun lalu.
Wanita itu juga mendakwa tiga anak berusia tiga hingga 10 tahun berada di bawah jagaan bekas suami.
"Wanita itu menyatakan dia memasuki kawasan sekolah untuk menggunakan tandas dan kita percaya dia menegur murid berkenaan kerana teringatkan anak-anaknya," katanya ketika dihubungi Bernama.
Katanya, wanita itu ditahan ketika menunggang motosikal di kawasan Rusila, Marang pada kira-kira 3 petang tadi oleh anggota polis yang membuat rondaan.
Ia susulan laporan polis yang dibuat ibu kepada murid terbabit petang semalam yang mendakwa anaknya telah diheret keluar dari kawasan sekolah tetapi diselamatkan pengawal keselamatan.
"Kita harap orang ramai tidak lagi risau dan mendapat gambaran sebenar kejadian," kata Baharudin sambil menambah polis masih menjalankan siasatan lanjut terhadap wanita berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Baharudin Abdullah
#bekas suami
#cubaan culik
#masalah tekanan perasaan
#murid ditarik keluar
#nafi culik
#sekolah rendah
#tegur murid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan