ALOR SETAR: Kerajaan Kedah tidak dapat mempertimbangkan pemberian cuti khas pada hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Padang Serai, 7 Dis ini.
Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata ini kerana pilihan raya itu hanya melibatkan satu kawasan Parlimen sahaja di negeri ini.
"Tak dapat dipertimbangkan sebab satu Parlimen saja. Cuti ini ada kuota terhad," katanya ringkas ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas cadangan Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan supaya kerajaan negeri itu mengumumkan cuti khas pada 7 Disember ini bagi memudahkan pengundi keluar melaksanakan tanggungjawab mereka memandangkan pengundian diadakan pada hari Rabu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan hari pengundian PRU15 bagi Parlimen Padang Serai ditangguhkan kepada 7 Dis dan pengundian awal pada 3 Dis, berikutan kematian calon Pakatan Harapan (PH) yang disahkan bertanding M. Karupaiya pada 16 Nov lepas.
Pilihan raya itu menyaksikan pertembungan enam penjuru yang melibatkan calon Pakatan Harapan, Bersatu, Barisan Nasional, Pejuang, Parti Warisan dan seorang calon Bebas, namun Warisan kemudian mengumumkan tidak mengambil bahagian tetapi logo parti itu masih akan tersenarai dalam kertas undi kerana sudah didaftarkan sebagai satu daripada parti yang bertanding.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 27 2022
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata ini kerana pilihan raya itu hanya melibatkan satu kawasan Parlimen sahaja di negeri Kedah. - Gambar fail
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dapat tarik FDI daripada syarikat multinasional - Maybank IB
Johor mempunyai tenaga buruh yang kompetitif, tanah yang banyak dan sumber tenaga yang lebih murah.
UTM optimis pacu teknologi AI negara, lahir tenaga mahir
Inisiatif kolaboratif dengan institusi akademik lain dikenali sebagai Konsortium AI Malaysia turut diperkenal.
337 stesen pemancar 5G beroperasi di Pahang
Baki 24 struktur disasarkan untuk disiapkan menjelang penghujung suku kedua tahun ini sekali gus menepati sasaran liputan 5G di kawasan berpenduduk.
Dua dokumentari warisan Malaysia disenarai dalam MOWCAP
Dua dokumentari itu ialah At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah: Genealogical History of Kedah State dan The Royal Correspondence of Baginda Omar.
Ibu bapa berperanan penting dalam tumbesaran kanak-kanak
Beliau berkata pelbagai masalah mungkin timbul, sekiranya kanak-kanak tidak mendapat perhatian yang cukup daripada ibu bapa.
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
Filipina gesa diplomat China diusir
Ia berhubung dakwaan kebocoran perbualan telefon dengan seorang pegawai tentera Filipina berhubung perbalahan di Laut China Selatan.
Astro Kem Badminton singgah di Johor Bahru
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
61 maut akibat strok haba di Thailand
Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan, kematian akibat strok haba di Thailand setakat tahun ini adalah 61 kes, lebih banyak daripada angka keseluruhan direkodkan tahun lalu.
China minta Filipina henti provokasi
Reaksi itu diberi China selepas penasihat keselamatan negara Filipina menggesa pegawai kedutaan China diusir, pada Jumaat.
PRN: MTUC cadang cuti khas Sabtu ini
MTUC mencadangkan Sabtu ini iaitu hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri dijadikan sebagai cuti khas.
Aidilfitri: KPM umum cuti khas, tiada sesi persekolahan 19 April
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan cuti khas untuk semua kakitangan awam di kementerian itu pada 19 April ini sempena Aidilfitri.
Tiada cuti khas pada hari pengundian Parlimen Padang Serai - MB Kedah
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata ini kerana pilihan raya itu hanya melibatkan satu kawasan Parlimen sahaja di negeri Kedah.
Cuti khas: Tarikh ujian subjek Ulum Syari'ah UPKK dipinda
Tarikh Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi subjek Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah) yang sepatutnya berlangsung pada Isnin depan dipinda kepada 5 Disember depan.
Bursa Malaysia ditutup pada 28 Nov sempena cuti khas
Bursa Malaysia Bhd dan anak-anak syarikatnya akan ditutup pada Isnin, 28 Nov 2022, bersempena cuti khas seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri ke-10 Datuk Seri Anwar Ibrahim pada petang Khamis.
PRU15: Cuti khas di Sarawak dilanjutkan sehingga 19 November
Sarawak melanjutkan cuti umum yang diisytiharkan pada 18 November ini sehingga 19 November bagi memudahkan pengundi melaksana tanggungjawab.
Kerajaan Terengganu pertimbang cuti khas sempena PRU15
Kerajaan Negeri Terengganu akan mempertimbangkan cuti khas pada 20 November ini, sehari selepas hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.
Thailand umum tiga cuti khas sempena Sidang Kemuncak APEC bulan depan
Kabinet meluluskan tiga cuti umum tambahan itu bagi membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandar itu.
Kemalangan bas: Empat pelajar USIM semakin pulih
Baki pelajar yang terlibat telah diambil oleh keluarga masing-masing untuk berehat di rumah dan diberikan cuti khas.
Banjir: Kerajaan pertimbang cuti khas kepada penjawat awam jadi sukarelawan
Pemberian cuti itu membolehkan lebih ramai penjawat awam bantu operasi pembersihan selepas banjir terutamanya di kawasan yang teruk terjejas.