awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada data terperinci buktikan keberkesanan proses kuarantin di rumah - Dr Khor

Hilmi Malik
Hilmi Malik
01/02/2021
20:18 MYT
Tiada data terperinci buktikan keberkesanan proses kuarantin di rumah - Dr Khor
Masih belum ada data yang jelas berhubung keberkesanan kuarantin kendiri di rumah menurut Pakar Dasar Kesihatan Awam, Dr Khor Swee Kheng. - BERNAMA
KUALA LUMPUR:Pelaksanaan kuarantin kendiri di rumah atau ‘home quarantine’ masih belum ada sebarang bukti sejauh mana keberkesanannya.
Pakar Dasar Kesihatan Awam, Dr Khor Swee Kheng berkata, setakat ini masih belum ada data yang jelas berhubung pelaksanaan tersebut.
“Buat masa ini kita tiada data untuk tentukan polisi kuarantin di rumah ini berkesan atau sebaliknya untuk membendung wabak COVID-19.
“Masih belum jelas sama ada data tersebut wujud atau sebaliknya kerana jika ada data tersebut sudah ada, pasti ia telah dikongsikan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), katanya ketika ditemu bual Astro AWANI pada Isnin.
Baru-baru ini terdapat beberapa kes positif COVID-19 yang memerlukan pesakit untuk menjalani proses kuarantin di rumah, namun angka sebenar bagi mereka yang telah sembuh dilihat menjadi tanda tanya.
Mengulas mengenai peningkatan kes COVID-19 di tempat kerja, Dr Khor berpendapat, perlunya prosedur operasi standard (SOP) yang diselaraskan, agar ia dapat dilaksanakan dengan adil tanpa wujud isu berat sebelah.
“Bukan hanya perlukan SOP yang ketat malah perlunya SOP yang mudah diamalkan dan tidak berubah-ubah supaya dapat dilaksanakan di seluruh negara.
“Kita tidak mahu ada perbezaan antara syarikat yang besar dan kecil dan perkara ini perlu penyelerasan bagi memastikan SOP diamalkan secara menyeluruh,” katanya lagi.
Mengulas lanjut, Dr Khor turut mengharapkan agar SOP bagi mengesan kes serta kluster baharu dapat digubal serta menjadi amalan terhadap kesemua syarikat.
“Apabila ada kes atau kluster baharu secara automatik mereka sudah tahu apa yang perlu dilakukan, tidak kira syarikat, kilang, mahupun di tapak pembinaan,” katanya.
Topic Berkaitan
#SOP
#COVID-19
#KKM
#kes positif
#kesihatan
#koronavirus
#Dr Khor Swee Kheng
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan