KUALA LUMPUR: Tidak timbul isu double standard atau 'pilih kasih' dalam usaha kerajaan membanteras penyalahgunaan media sosial.
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen semalam memaklumkan kerajaan komited dalam memastikan tindakan sewajarnya diambil terhadap individu atau pihak tanpa mengira latar belakang dan pegangan politik, sekiranya didapati melakukan kesalahan undang-undang.
Menurut KKD tindakan penguatkuasaan yang diambil kerajaan adalah berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada serta berdasarkan aduan daripada masyarakat awam dan pihak yang terkesan, tanpa adanya unsur berat sebelah.
"Sekatan tidak akan dikenakan ke atas mana-mana individu untuk meluahkan perasaan atau pendapat selagi masih berada di dalam lingkungan dan batasan undang-undang. Ini bagi memastikan media sosial tidak disalah guna sehingga boleh mengancam keamanan dan kestabilan negara," menurut kementerian itu.
Kenyataan itu bagi menjawab soalan Khairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut) yang bertanyakan adakah kerajaan bersifat memilih dan bersikap double standard untuk membanteras isu di media sosial, iaitu akaun-akaun TikTok yang menyuarakan hak kebebasan politik pembangkang disekat, namun akaun-akaun Twitter yang menyebarkan pornografi atau akaun dark side tidak diambil tindakan.
KKD turut memaklumkan sebanyak 176 aduan diterima dan disiasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dari 2020 hingga 2022 berhubung kesalahan yang diperuntukkan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).
Daripada jumlah tersebut, 22 kes telah didakwa di mahkamah dengan 19 kes telah selesai dan dijatuhkan hukuman denda dengan nilai keseluruhan yang berjumlah RM111,000 dan sebanyak tiga kes lagi dalam proses perbicaraan.
"Pihak MCMC juga telah melaporkan sejumlah 217 akaun yang didapati memuat naik kandungan-kandungan yang berunsur lucah kepada pihak Twitter dan kesemua akaun serta laman tersebut telah pun diturunkan," menurut kementerian itu.
Selain itu, KKD memaklumkan sekatan terhadap platform media sosial bukan jalan penyelesaian mutlak selagi usaha pemantapan jati diri rakyat tidak dilaksanakan, memandangkan isu media sosial dark side berkait rapat dengan masalah sosial yang perlu ditangani secara menyeluruh.
Menurut KKD, usaha membasmi dan mencegah pengaruh negatif termasuk pornografi dan penyalahgunaan media sosial terutama dalam kalangan generasi muda adalah tanggungjawab bersama dan memerlukan usaha bersepadu pelbagai pihak, khususnya ibu bapa dan penjaga.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 20 2023
Tindakan penguatkuasaan yang diambil kerajaan adalah berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada serta aduan masyarakat awam dan pihak terkesan, tanpa adanya unsur berat sebelah. - Gambar hiasan
Hutang RM1 juta: Mara gesa Che Ta, anak hadir ke pejabat
Mara menggesa pelakon Rozita Che Wan dan anak sulungnya, Ammar Effendy agar hadir di pejabat majlis itu untuk membincangkan mengenai pembayaran hutang hampir RM1 juta.
Gabungan dalam kerajaan kena hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam kerajaan perpaduan.
Intan Najuwa selamat bersalin anak sulung, beri nama Imane Lunara
PELAKON Datin Intan Najuwa selamat melahirkan cahaya mata sulungnya dan memberi nama Imane Lunara.
GRS Kekal Teruskan Kerjasama Dengan PH Sabah Hadapi PRN Ke-17 - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberi bayangan untuk kekal terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.
Operasi khalwat: Tidak wajar rakam guna kamera telefon peribadi - Peguam
Menurut Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang pegawai penguat kuasa agama hanya boleh membuat rakaman untuk tujuan siasatan atau prosedur mahkamah.
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Warga asing 'maha kaya' hanya dikenakan denda RM3,000" - Syed Saddiq persoal amalan 'double standard'
Menurut Syed Saddiq, kerajaan seolah-olah mengenakan hukuman tidak sama rata khususnya kepada golongan 'maha kaya'.
Tak boleh 'fly' bukan halangan untuk buat amal
Pandemik COVID-19 telah menyebabkan ramai terjejas, ada yang dibuang kerja, ada yang bekerja dari rumah dan ada yang 'direhatkan' sementara, sehingga tempoh tertentu.