awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada entiti tunggal boleh selesaikan isu perubahan iklim, keselamatan makanan, pembangunan ekonomi - Amirul Feisal

Fareez Azman
Fareez Azman
02/10/2023
04:37 MYT
Tiada entiti tunggal boleh selesaikan isu perubahan iklim, keselamatan makanan, pembangunan ekonomi - Amirul Feisal
Amirul Feisal berkata, menerusi kerjasama semua pihak serta kesalinghubungan politik dan ekonomi di negara ini dijangka menjadi satu pasukan yang kuat dalam menangani isu-isu melanda negara. - Foto Khazanah Nasional Bhd
KUALA LUMPUR: Tiada entiti tunggal di negara ini yang boleh menyelesaikan isu yang semakin kompleks seperti perubahan iklim, keselamatan makanan dan pembangunan ekonomi.
Sebaliknya jelas Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir, sebaliknya semua pihak berkepentingan termasuk kerajaan, komuniti, badan bukan kerajaan perlu bekerjasama dalam menangani isu terbabit.
"Saya menegaskan bahawa isu yang kita hadapi secara kolektif semuanya sangat kompleks. Tiada entiti tunggal, atau pihak mempunyai berkuasa atau berpengaruh, boleh menangani isu dengan sendirinya.
"Ia memerlukan penglibatan dengan pelbagai pihak berkepentingan - pelbagai tawaran - sama ada komuniti tempatan, kerajaan atau NGO.
"Bayangkan seperti Perubahan Iklim atau Keselamatan Makanan atau Pembangunan Ekonomi cuba ditangani tetapi hanya dengan dasar awam, atau hanya dengan modal pelaburan. Ia tidak mungkin (diselesaikan)," katanya.
Justeru jelasnya, menerusi kerjasama semua pihak serta kesalinghubungan politik dan ekonomi di negara ini dijangka menjadi satu pasukan yang kuat dalam menangani isu-isu melanda negara.
"Jadi, jika digabungkan, tesis berkenaan kesalinghubungan antara politik dan ekonomi ini serta keperluan pihak berkepentingan membentuk gabungan ke arah pembangunan mampan, adalah satu tesis yang kuat," katanya lagi.
Beliau berkata demikian dalam ucaptamanya di Forum Khazanah Megatrends (KMF) 2023 di ibu negara pada Isnin.
Topic Berkaitan
#Khazanah
#Forum Khazanah Megatrends
#ekonomi
#politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan