Pas akhirnya mengesahkan pendirian bahawa mereka tidak akan menyertai Pakatan Harapan setelah lama menjadi pertanyaan ramai pihak.
Malah, Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggunakan analogi bas ekspres yang telah tersasar hala tujunya sebagai kiasan untuk menjelaskan Pakatan Harapan.
"Kita tidak ada harapan, tidak ada harapan ... dengan harapan yang tidak sampai destinasi, macam saya sebutkan tadi 'naik bas ekspress nak pergi Kuantan, jalan ke Kuala Lipis, mana boleh sampai," katanya sambil ketawa apabila diminta mengulas berkenaan keputusan kerjasama antara Pas dan Pakatan Harapan.
Malah, Abdul Hadi turut menyatakan parti itu akan terus menjadi pembangkang yang beradab dan bertanggungjawab terutama berkaitan kebajikan rakyat.
Tambahnya, PAS akan bekerjasama dengan semua parti tidak kira Barisan Nasional (BN) mahupun parti-parti pembangkang dalam isu-isu berkaitan rakyat.
"PAS akan terus menjadi pembangkang, bukan yang menyerang tetapi memberi penerangan. Contohnya Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), Pas tidak bersetuju dengan GST dan Pas ingin mencadangkan apakah alternatif untuk menampung hasil kerajaan selain GST. Kita ada cadangan kita.
"Termasuklah penurunan nilai mata wang, kita ada pendekatan kita bagaimana hendak menaikkan mempertahankan nilai mata wang kita," katanya pada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Malah, katanya Pas lebih memelihara hubungan dengan rakyat dan bukan sahaja dengan ahli-ahli Parlimen.
"Ini sikap kita dalam menangani dalam sebuah parti pembangkang, kerana kita lebih memelihara hubungan dengan rakyat bukan dengan ahli-ahli Parlimen sahaja.
"Kita telah mengadakan Kongres Rakyat ini menjadi landasan kepada kita untuk bergerak dalam membela rakyat," katanya.
Ditanya mengapa Pas tidak mengangkat sepanduk yang berbunyi 'Mana RM2.6 bilion?' seperti yang dilakukan ahli Parlimen pembangkang yang lain ketika pembentangan Bajet 2016 oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini, Abdul Hadi menegaskan Pas bukanlah parti yang menunjukkan perasaan di jalanan sebaliknya sebuah parti yang penuh beradap dalam membangkang.
"Kita ahli-ahli Parlimen bukan kita tunjuk perasaan jalanan. Saya sudah sebut tadi, kita jadi ahli Parlimen yang beradap. Membangkang yang beradab," tambah Abdul Hadi.
Harits Asyraf Hasnan
Tue Oct 27 2015
Abdul Hadi: Pas lebih memelihara hubungan dengan rakyat dan bukan sahaja dengan ahli-ahli Parlimen. - Gambar Fail
Airasia Consulting teruskan libat urus bagi nyahlabur Srilankan Airlines
AirAsia Consulting berhasrat untuk meneruskan libat urus dengan pihak International Finance Corporation (IFC) yang diberi mandat memberi nasihat kepada kerajaan Sri Lanka berhubung usaha nyahlabur dalam SriLankan Airlines Ltd.
Harga minyak: Peningkatan harga beri kesan positif dan negatif - SERC
Terdapat kebimbangan mengenai "kesan pesanan kedua" bekalan minyak yang dijangka menyebabkan kenaikan harga tenaga dan seterusnya inflasi. Ini akan melemahkan perbelanjaan pengguna dan permintaan pelaburan.
Victoria Beckham sifatkan reunion Spice Girls hadiah terbaik sambut usia ke-50
Victoria Beckham Sifatkan Reunion Spice Girls Hadiah Terbaik Sambut Usia 50
Kerajaan perlu ambil kira graduan sedia ada di pasaran
Kerajaan perlu mengambil kira graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang sedia ada dalam pasaran ketika ini jika mahu melihat keberkesanan penetapan gaji premium untuk graduan dalam bidang itu secara optimum.
Nahas Helikopter Lumut: PM akan umum bantuan untuk waris mangsa - TPM
Kerajaan akan mengumumkan bantuan khas kepada waris 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM Lumut.
Pasaran buruh: Produktiviti tenaga kerja masih perlu dipertingkat
Kadar pengangguran telah menurun kepada paras sebelum wabak Covid-19 sebanyak 3.3 peratus pada suku keempat 2023, namun, kadar pengangguran berasaskan kemahiran berada pada 37.4 peratus dalam tempoh yang sama.
Kewangan: Golongan Millenial, Gen Z Malaysia teraju perbankan Islam
Malaysia juga mempunyai kadar tertinggi pengguna yang hanya menggunakan perbankan Islam (42 peratus), berbanding hanya lebih suku (26 peratus) daripada responden global.
MCMC nasihat tidak muat naik dan padam video
MCMC mengingatkan orang ramai supaya tidak memuat naik atau menyebarkan rakaman video nahas dua helikopter TLDM.
Sambutan Hari TLDM ke-90 dibatal, diganti dengan tahlil
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan semua acara sambutan ulang tahun ke-90 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang dijadual bermula Jumaat ini dibatalkan susulan nahas dua helikopter yang mengorbankan 10 anggota TLDM.
Nahas helikopter Lumut: Sambutan Ulang Tahun TLDM dibatal
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebaliknya ia akan diganti dengan majlis tahlil dan doa selamat yang akan diadakan Jumaat ini.
Pas kutuk serangan Israel ke atas Pejabat Kaunselor Iran di Syria
Sewajarnya dunia Islam mengutuk Israel yang bukan sahaja dalang di sebalik serangan ini, malah sedang melakukan jenayah perang di Gaza, kata Abdul Hadi.
Pas harap Prabowo buka dimensi baharu hubungan Malaysia-Indonesia
Abdul Hadi berkata, pihaknya berharap hubungan antara Malaysia dan Indonesia akan menjadi lebih baik dan harmoni di bawah pentadbiran Prabowo.
Umat Islam tidak bersatu angkara penjajah - Abdul Hadi
Penjajahan tersebut berjaya memecahbelahkan perkauman pada generasi kini, tegas Abdul Hadi.
Kertas siasatan Hadi Awang telah dihantar kepada AGC - KPN
PDRM mengesahkan kertas siasatan membabitkan kenyataan Abdul Hadi bertajuk 'Ketinggian Islam wajib dipertahankan' telah dihantar kepada AGC.
Isu pencen: 'Ucapan Abdul Hadi tidak tepat, kelirukan orang ramai' - Nik Nazmi
Ucapan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berkaitan isu pencen penjawat awam mengelirukan orang ramai, kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad.
'Kerajaan ibarat burung tiung, burung kakak tua' - Hadi Awang
Ahli Parlimen Marang itu turut melabel pemimpin di bawah kerajaan sebagai burung kakak tua dan menurutnya, walaupun tua tetapi tidak tahu bercakap.
Abdul Hadi Awang beri kerjasama, polis ambil masa sejam rakam keterangan - Setiausaha Politik
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis yang mengambil keterangan di Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut.
Polis rakam percakapan Abdul Hadi esok - KPN
Pegawai khas Abdul Hadi sudah memaklumkan keadaan kesihatan Ahli Parlimen Marang itu kepada polis dan menetapkan keterangan diambil esok.
Tahap kesihatan Abdul Hadi bertambah baik - Setiausaha Politik
Tahap kesihatan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang semakin baik dan beliau dapat meneruskan rutin mingguan menyampaikan kuliah dhuha di Masjid Rusila,pada Jumaat.
Jangan guna agama capai hasrat politik - Zahid
Ahmad Zahid berkata nasihat itu bukan ditujukan kepada individu dan pemimpin parti politik sahaja, sebaliknya juga kepada pemimpin dalam UMNO.