BAGAN SERAI: Kerajaan tidak berhasrat untuk menangguhkan pemberian suntikan dos penggalak vaksin COVID-19 kepada rakyat seperti yang disarankan Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin.
Sebaliknya, kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan meneruskan dan mempergiat lagi program vaksinasi untuk keselamatan rakyat.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, sehingga kini belum ada kes kematian direkodkan disebabkan vaksin.
“Pengambilan booster ni adalah sangat-sangat penting untuk meningkatkan daya tahan badan meningkatkan pertahanan badan dan juga memanjangkan lagi imuniti terhadap penyakit yang masih lagi sedang berleluasa sekarang ini.
“Jadi, cadangan Mufti Perlis supaya ditangguhkan tak perlu lah, tak perlu, tak perlu… semalam dah 44.4 peratus, 10.4 juta orang telah disuntik dan kita menjangkakan mencapai 60 peratus rakyat Malaysia diberi booster pada hujung bulan ini,” katanya ketika ditemui selepas hadir pada program Jualan Keluarga Malaysia di tapak pasar tani, Pusat Bandar, Bagan Serai, pada Sabtu.
BACA: Vaksin COVID-19: 44.4 peratus individu dewasa lengkap dos penggalak
Menurutnya, berita orang sakit dan meninggal dunia selepas mengambil vaksin yang diviralkan memang benar, namun bedah siasat mendapati ia disebabkan penyakit lain yang dialami.
Justeru, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dan KKM akan terus memperhebatkan program vaksinasi supaya rakyat mendapat data yang benar, sahih dan mengikut sains.
Pada Rabu, Mohd Asri menyarankan agar KKM menangguhkan pemberian dos penggalak atau dos ketiga vaksin COVID-19 kerana dibimbangi mempunyai kesan yang serius terhadap kesihatan.
Menurutnya, penangguhan berkenaan perlu mengambil kira satu kenyataan yang jelas terhadap siapa atau golongan mana yang sebenarnya tidak wajar mengambil dos berkenaan.
Abd Razak Mohd Ali
Sat Jan 22 2022
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, sehingga kini belum ada kes kematian direkodkan disebabkan vaksin. - Gambar fail/BERNAMA
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
7,294 kes COVID-19 dicatatkan di Perak sepanjang tahun ini
Sebanyak 7,294 kes COVID-19 direkodkan di Perak sejak 1 Jan hingga 16 Dis lepas berbanding 108,859 kes dicatatkan bagi tempoh sama, tahun lepas.
COVID-19: Kes aktif varian Omicron bergejala ringan - Pakar perubatan
Beliau berkata kes COVID-19 dijangka berkurangan selepas satu bulan berdasarkan pemerhatian trend jangkitan virus oleh KKM.
Johor galakkan imam, jemaah ambil dos penggalak vaksin COVID-19
Imam, bilal dan jemaah masjid di Johor digalakkan mengambil suntikan dos penggalak susulan peningkatan kes COVID-19 ketika ini.
COVID-19: Tiada arahan wajibkan semua rakyat Malaysia dapatkan dos penggalak - Fahmi
Tiada arahan atau kewajipan untuk seluruh rakyat Malaysia mengambil suntikan dos penggalak vaksin susulan peningkatan kes COVID-19.
COVID-19: KKM saran dos penggalak ketiga untuk golongan rentan
KKM menyarankan pengambilan dos penggalak ketiga vaksin COVID-19 terutama bagi golongan rentan dan berisiko tinggi berikutan peningkatan kes kebelakangan ini.
Vaksin COVID-19: Penerima dos penggalak kedua terus meningkat
Bilangan penerima dos penggalak kedua kini melepasi 2.5 peratus, mewakili 819,670 individu.
COVID-19: Sambutan dos penggalak masih kurang memuaskan - Dr Zaliha
Sambutan orang ramai terhadap pengambilan dos penggalak vaksin COVID-19 masih kurang memuaskan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Vaksin COVID-19: Australia lancar dos penggalak kelima
Keputusan itu memperluaskan kelayakan suntikan dos penggalak merangkumi kira-kira 14 juta orang yang akan ditawarkan vaksin.
Orang ramai ada sebab tersendiri lengkapkan dos penggalak COVID-19
Walaupun pengambilan dos penggalak kedua vaksin COVID-19 tidak diwajibkan namun orang ramai yang secara sukarela mengambilnya mempunyai alasan tersendiri untuk berbuat demikian.
Vaksin COVID-19: FDA cadang pemberian tahunan
Pemberian vaksin tersebut disifatkan seperti pemberian suntikan vaksin influenza bertujuan untuk memudahkan strategi COVID-19.