awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada jangkitan baharu H5N1 dikesan

Bernama
Bernama
08/04/2017
06:33 MYT
Tiada jangkitan baharu H5N1 dikesan
Kerajaan Kelantan mengisytiharkan H5N1 sebagai bencana negeri pada 15 Mac lalu selepas beberapa ekor ayam kampung mati akibat wabak berkenaan di Kampung Pulau Tebu, Tunjong di sini pada 6 Mac lepas. Gambar fail
Tiada lokasi baharu disahkan positif penyakit selesema burung (H5N1) di Kelantan sejak 10 hari lepas, menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).
JPV dalam kenyataan berkata sehingga kini, 36 kawasan disahkan positif wabak itu melibatkan enam jajahan iaitu Kota Bharu di 15 lokasi, Pasir Mas (enam), Tumpat (lima), Bachok (enam), Pasir Puteh (tiga) dan Tanah Merah (satu).
"Operasi pelupusan telah selesai dijalankan di 36 lokasi berkenaan. Secara keseluruhan, sebanyak 56,953 ternakan unggas dan 17,531 biji telur dimusnahkan serta 3,792 sampel diambil daripada 647 pemilik ternakan unggas," kata kenyataan itu.
Melalui operasi sekatan jalan raya, sebanyak 5,415 kenderaan telah diperiksa dengan 30 kes rampasan dibuat melibatkan 165 ekor unggas.
Setakat ini tiada jangkitan H5N1 dikesan dalam kalangan manusia, kata JPV.
Kerajaan Kelantan mengisytiharkan H5N1 sebagai bencana negeri pada 15 Mac lalu selepas beberapa ekor ayam kampung mati akibat wabak berkenaan di Kampung Pulau Tebu, Tunjong di sini pada 6 Mac lepas.
Menurut JPV, negeri lain kekal bebas wabak itu, namun berada dalam tahap kesiapsiagaan yang tinggi. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#H5N1
#Jabatan Perkhidmatan Veterinar
#Kelantan
#selesema burung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan