awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada jangkitan baharu selesema burung di Kelantan

Bernama
Bernama
07/04/2017
11:49 MYT
Tiada jangkitan baharu selesema burung di Kelantan
Secara keseluruhan, 56,953 ternakan unggas dan 17,531 biji telur dilupuskan setakat semalam serta 3,792 sampel diambil daripada 647 pemilik ternakan unggas. - Gambar fail
Tiada jangkitan baharu penyakit selesema burung (H5N1) dikesan di Kelantan sejak sembilan hari lalu, menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).
Setakat ini lokasi disahkan positif wabak itu kekal 36 lokasi di enam jajahan iaitu Kota Bharu (15 lokasi), Pasir Mas (enam), Tumpat (lima), Bachok (enam), Pasir Puteh (tiga) dan Tanah Merah (satu).
Secara keseluruhan, 56,953 ternakan unggas dan 17,531 biji telur dilupuskan setakat semalam serta 3,792 sampel diambil daripada 647 pemilik ternakan unggas.
Melalui sekatan jalan raya di negeri ini, sejumlah 5,196 kenderaan diperiksa dan 30 kes rampasan dilakukan melibatkan 165 ekor unggas.
Menurut kenyataan JPV, tiada kes jangkitan dikesan di kalangan manusia setakat ini manakala ayam pedaging dan telor yang dijual di pasaran adalah selamat untuk dimakan.
Kerajaan Kelantan pada 15 Mac lepas mengisytiharkan H5N1 sebagai bencana negeri selepas beberapa ekor ayam kampung mati akibat wabak berkenaan di Kampung Pulau Tebu, Tunjong di sini pada 6 Mac lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#H5N1
#Jabatan Veterinar
#jangkitan
#Kelantan
#selesema burung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan