awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Jaringan lewat Hidalgo selamatkan maruah JDT
Tiga rumah terbakar di Kampung Kubang Buyung
Sultan Nazrin berangkat ke majlis makan malam sambutan ulang tahun ke-30 Lumut Port
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada jualan emas mentah secara haram berlaku di Kelantan

Bernama
Bernama
09/11/2025
07:45 MYT
Tiada jualan emas mentah secara haram berlaku di Kelantan
Mohamed Fadzli berkata kebanyakan laporan yang diterima pihaknya berhubung perkara itu hanya berbentuk pandangan sisipan melalui media sosial oleh individu tertentu. - Gambar fail
KOTA BHARU: Kelantan mengesahkan tiada penjualan emas mentah secara haram berlaku di tanah milik kerajaan negeri setakat ini, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
Beliau berkata kebanyakan laporan yang diterima pihaknya berhubung perkara itu hanya berbentuk pandangan sisipan melalui media sosial oleh individu tertentu.
"Bagaimanapun, perkara yang dibangkitkan itu masih kita kaji dan teliti serta menunggu laporan sepenuhnya," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Syahbuddin Hashim (BN-Galas) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.
Mohd Syahbuddin ingin tahu perkembangan siasatan perlombongan emas membabitkan kawasan di Kusial, Tanah Merah.
Mengulas lanjut, Mohamed Fadzli berkata dasar penjualan emas mentah dikawal melalui peruntukan Enakmen Urusan Emas Mentah 1991 yang syarat utama peruntukan enakmen berkenaan menghendaki pembeli emas mentah di Kelantan mempunyai lesen membeli emas mentah yang dikeluarkan oleh Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan.
"Beberapa pendekatan telah dilaksanakan bagi memastikan pihak pengusaha perlombongan emas mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan.
"Sekiranya berlaku sebarang ketidakpatuhan semasa kerja-kerja perlombongan dijalankan, agensi berkaitan seperti Jabatan Mineral dan Geosains serta Jabatan Alam Sekitar akan bertanggungjawab untuk mengambil sebarang tindakan yang wajar di bawah peruntukan undang-undang masing-masing," katanya.
Beliau berkata sebarang pelanggaran syarat dalam lesen tenemen mineral, tindakan pelucuthakan atau pembatalan lesen tenemen mineral akan diambil oleh Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri melalui peruntukan Enakmen Mineral 2001.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kelantan
#emas mentah
#penjualan emas
#Mohamed Fadzli Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan