awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada kaitan jumlah tangkapan udang dengan penambakan Pulau Silikon - LKIM

Bernama
Bernama
22/03/2024
20:34 MYT
Tiada kaitan jumlah tangkapan udang dengan penambakan Pulau Silikon - LKIM
Muhammad Faiz berkata kekurangan kawasan tangkapan akibat pelaksanaan kerja penambakan Pulau Silikon tidak menjejaskan sumber ikan di laut memandangkan nelayan Zon A di Pulau Pinang boleh pergi ke laut lebih dalam. - Gambar fail/BERNAMA
GEORGE TOWN: Data Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menunjukkan tiada kaitan yang konsisten antara jumlah tangkapan udang dengan kerja penambakan Pulau Silikon di sini.
Pengerusi LKIM Muhammad Faiz Fadzil berkata data yang dikumpul di pusat-pusat pengisytiharan ikan di negeri ini menunjukkan trend turun naik jumlah tangkapan udang di kawasan penambakan dan tiada dapatan saintifik membuktikan kerja penambakan itu telah menjejaskan hasil tangkapan laut.
"Sebagai contoh, data dari Pusat Pengisytiharan Ikan LKIM Teluk Kumbar yang menjadi pusat utama bagi nelayan di Sungai Batu, jumlah tangkapan udang telah mengalami turun naik sebelum bermulanya aktiviti penambakan.
"Ini terutamanya pada awal September dan Oktober 2023 iaitu serentak dengan permulaan penambakan dijalankan, terdapat peningkatan ketara dalam tangkapan udang iaitu mencecah 3,381.07 kilogram (kg) dan 4,725.7 kg," katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata pada Disember 2023, hasil tangkapan udang kekal tinggi iaitu melebihi 4,000 kg, lebih banyak berbanding jumlah pendaratan udang sebelum penambakan dimulakan.
Beliau berkata kekurangan kawasan tangkapan akibat pelaksanaan projek itu tidak menjejaskan sumber ikan di laut memandangkan nelayan Zon A di negeri ini boleh pergi ke laut lebih dalam yang menjanjikan hasil lebih tinggi.
"LKIM yakin pendapatan nelayan boleh dipertingkatkan bagi mengubah taraf sosioekonomi mereka jika terdapat usaha bersepadu termasuk kerajaan negeri Pulau Pinang untuk melaksanakan pemodenan bot kepada nelayan yang terjejas akibat projek ini," katanya.
Sehubungan itu, Muhammad Faiz meminta kerajaan negeri untuk memberikan perhatian dalam aspek tersebut termasuk membesarkan bot nelayan, memodenkan peralatan dan meningkatkan kemahiran dengan insentif modal serta latihan.
"LKIM juga menyarankan sesi libat urus antara kerajaan negeri dan golongan nelayan terbabit dipertingkatkan supaya penyelesaian menang menang dapat dicapai untuk kepentingan nelayan dan kerajaan Pulau Pinang," katanya.
Sebelum ini, Pertubuhan Jaringan Ekologi dan Iklim (JEDI) mendakwa penurunan ketara dalam kadartangkapan terutamanya udang besar sejak penambakan dimulakan September lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LKIM
#tangkapan udang
#Muhammad Faiz Fadzil
#penambakan Pulau Silikon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan