GEORGE TOWN: Hanya kerana mahu bertemu rakan, seorang lelaki nekad berenang merentas Selat Pulau Pinang dari jeti feri di Tanjung City Marina di sini menuju ke Seberang Perai, pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata lelaki berusia 28 tahun itu berbuat demikian selepas gagal mendapatkan kelulusan rentas daerah daripada polis kerana tiada alasan munasabah.
Soffian berkata lelaki itu bagaimanapun kemudiannya berpatah balik menghala ke jeti kerana keletihan sebelum diselamatkan petugas Penang Port Sdn Bhd dalam kejadian jam 6 petang itu.
"Berdasarkan temu bual yang dijalankan, lelaki berkenaan memberitahu dia nekad untuk berenang ke Seberang Perai kerana mahu berjumpa rakannya selepas gagal mendapatkan kelulusan permit rentas daerah dari pihak polis.
"Tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada lelaki berkenaan, sebaliknya dia hanya menyatakan butiran peribadi seperti nama dan nombor kad pengenalan secara lisan sahaja.
"Semakan dibuat mendapati lelaki itu berasal dari Bayan Lepas Pulau Pinang dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Soffian berkata, pihak polis berjaya menghubungi ibu lelaki tersebut dan dia memberitahu anaknya itu sudah lama tidak pulang ke rumah dan dipercayai hidup sebagai gelandangan selain mempunyai masalah ketagihan dadah.
Katanya, lelaki itu kini sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan pemeriksaan lanjut mendapati lelaki itu mengalami patah tangan kanan.
Soffian berkata siasatan lanjut berhubung insiden itu akan dilakukan selepas lelaki berkenaan selesai menjalani rawatan dan dibenarkan keluar dari hospital.
Pada Rabu, tular video dan beberapa keping gambar di media sosial seorang lelaki yang dikatakan telah terjun dari feri kerana tidak dibenarkan menaiki feri disebabkan tidak mempunyai surat kebenaran merentas negeri.
Lelaki dipercayai dari George Town itu mahu menyeberang ke Seberang Perai.
Namun dia yang terapung dalam keadaan lemah kemudian diselamatkan pekerja Penang Port Sdn Bhd.
Dewi Nur Harasha Alias
Wed Jul 14 2021
Hanya kerana mahu bertemu rakan, seorang lelaki nekad berenang merentas Selat Pulau Pinang dari jeti feri di Tanjung City Marina di sini menuju ke Seberang Perai, pada Isnin. -Video tular
Guna MRE, TH perkemas sistem pengurusan makanan
TH memutuskan untuk memperkemaskan sistem pengurusan makanan untuk jemaah semasa Masyair dengan memilih mengedarkan sajian pek makanan sedia dimakan, MRE disebabkan beberapa kelebihan MRE itu sendiri di mana antaranya berupaya mengurangkan bebanan ditanggung penyedia makanan serta tukang masak.
China pertahan latihan ketenteraan di sekitar Taiwan
China sebelum ini mendakwa Taiwan adalah sebagai sebahagian daripada wilayahnya dan menggelar Lai sebagai 'pemisah berbahaya' yang akan membawa 'perang dan kemerosotan' ke pulau itu.
Rusia tahan seorang lagi Leftenan Jeneral
Agensi berita TASS yang dikendalikan kerajaan melaporkan Mahkamah tentera pada Rabu memerintahkan Shamarin, dipenjarakan selama dua bulan.
Beberapa penumpang cedera perlu jalani pembedahan tulang belakang
Pengarah Hospital Samitivej Srinakarin, Dr Adinun Kittiratanapaibool berkata masih terlalu awal untuk menyatakan sama ada pesakit akan lumpuh kekal.
Mahkamah Perlembagaan Thailand terima petisyen pecat Srettha
Barisan hakim mengundi dengan keputusan enam menyokong dan tiga menentang, untuk menerima petisyen berkenaan serta memberi tempoh 15 hari bagi Srettha respons kepada kes itu.
Ribuan berarak, beri penghormatan kepada Ebrahim Raisi
Penghormatan terakhir diberikan kepada Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya yang maut dalam nahas helikopter di barat laut Iran.
Suara Rakyat: Para nelayan harap tidak beri kesan kepada komuniti maritim
Rasionalisasi subsidi yang akan dilaksanakan kerajaan diharap tidak memberi kesan kepada para nelayan.
1 pekerja maut, 2 di ICU selepas terhidu gas beracun di loji rawatan air Singapura
Siasatan awal menunjukkan pekerja asing tersebut telah terhidu hidrogen sulfida, gas yang dihasilkan daripada enap cemar, iaitu sisa daripada proses rawatan air.
Pendidikan TVET, industri halal Malaysia-Hong Kong digiatkan
Hong Kong bersedia berkongsi kepakaran dalam pendidikan teknikal dan vokasional dengan Malaysia.
Tidak timbul isu lewat selesai skolah daif, pelaksanaan ikut giliran dan jadual
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan tidak timbul isu lewat naik taraf sekolah daif kerana ia dilaksanakan mengikut giliran dan jadual ditetapkan kerajaan.
COVID-19: Kes sporadik di Sabah tunjuk peningkatan
Sabah menyatakan kebimbangan terdapat kemungkinan kes jangkitan COVID-19 di negeri ini akan meningkat semula.
Pengembara tempatan, selamat datang ke Sabah mulai 1 November ini
Sabah hari ini bersetuju membenarkan aktiviti rentas negeri mulai 1 November dan rentas daerah bermula 14 Oktober 2021, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Rentas daerah dibenarkan di Sarawak, tidak perlu permit polis
Bagaimanapun, bagi mereka yang perlu melakukan perjalanan merentas negeri masih memerlukan kebenaran dari PDRM.
Sabah kaji prestasi imunisasi sembilan daerah belum capai 60 peratus lengkap vaksinasi
Kerajaan Sabah akan mengkaji dan menilai semula prestasi imunisasi sembilan daerah yang belum mencapai 60 peratus penduduk dewasa yang lengkap divaksin.
Rentas daerah ikut zon di Sabah mulai 1 Oktober - Masidi
Datuk Seri Masidi Manjun mengulangi pendirian yang mana Kerajaan Sabah akan membenarkan sistem rentas daerah mengikut enam zon mulai 1 Oktober ini.
Rentas daerah aktiviti riadah meningkat di Kelantan
Pertambahan jumlah kenderaan itu dikesan di keseluruhan 34 Sekatan Jalan Raya (SJR) yang dilaksanakan di negeri ini.
Rakyat Sarawak dibenar rentas daerah tanpa ujian RT-PCR mulai esok
Berkuat kuasa esok, rakyat Sarawak dibenarkan merentas daerah tanpa perlu menjalani ujian RT-PCR atau RTK-Antigen bagi pengesanan COVID-19 kecuali untuk bahagian Bintulu.
Pengantin baharu 'rentas daerah' rakam detik bahagia di Putrajaya
Mohd Fauzi Amin dan pasangannya June Asmerahawa Minhad menuju ke Dataran Putra di sini untuk merakamkan detik indah mereka.
Sekatan jalan raya Putrajaya tamat tengah malam tadi
Beliau berkata operasi pematuhan akan dipergiatkan dengan penambahan anggota untuk memastikan orang awam memasuki Putrajaya patuh SOP sama ada bagi tujuan riadah atau pelancongan domestik.
COVID-19: Pelaksanaan pasport vaksin perlu kajian menyeluruh - Pharmaniaga
Beberapa perkara pokok perlu diteliti supaya ia dapat dilaksana dengan jayanya dan diterima secara meluas.