awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rentas daerah dibenarkan di Sarawak, tidak perlu permit polis

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
05/10/2021
09:59 MYT
Rentas daerah dibenarkan di Sarawak, tidak perlu permit polis
Sekatan jalan raya (SJR) rentas daerah di negeri Sarawak akan ditamatkan berkuatkuasa esok. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR : Perjalanan untuk merentas daerah di seluruh negeri Sarawak dibenarkan mulai esok, 6 Oktober 2021.
Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Datuk Amar Douglas Uggah Embas menerusi kenyataan pada Selasa.
Menurut beliau, mereka yang perlu melakukan perjalanan merentas daerah kini tidak perlu lagi memohon permit Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Walaupun rentas daerah dibenarkan, kunjung-mengunjung adalah tidak digalakkan dan orang ramai perlu ada kawalan kendiri yang tinggi kerana kita sekarang masih dalam fasa memerangi COVID-19.
"Orang ramai juga perlu sedar bahawa kita semua bertanggungjawab mengutamakan keselamatan masyarakat, terutamanya mereka yang berada di kawasan pendalaman.
"Bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah adalah tidak digalakkan untuk keluar dari rumah buat masa ini.
"Sekiranya perlu, mereka harus ditemani oleh ibu bapa atau penjaga (telah lengkap vaksinasi) dan wajib mematuhi protokol-protokol kesihatan yang telah ditetapkan," katanya.
Ujar beliau lagi, sekatan jalan raya (SJR) rentas daerah juga akan ditamatkan berkuatkuasa esok.
Walau bagaimanapun, jelas Uggah, meskipun terdapat kelonggaran buat rentas daerah di negeri itu, permit polis untuk pergerakan rentas negeri adalah masih diperlukan.
Topic Berkaitan
#pergerakan rentas negeri
#COVID-19
#Sekatan Jalan Raya
#rentas daerah
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan