awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesta Sauk Sotong berpotensi jadi produk pelancongan baharu Perlis
Wanita warga emas maut dalam kebakaran rumah di Kota Bharu
Pelarasan jadual bas elektrik tingkatkan pengalaman pelancong ke Semenggoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada kekangan bina rumah ibadat jika penuhi kriteria - MB Selangor

Hilmi Malik
Hilmi Malik
21/01/2019
06:24 MYT
Tiada kekangan bina rumah ibadat jika penuhi kriteria - MB Selangor
Tiada isu atau halangan bagi pembinaan mahupun penambahan rumah ibadat sekiranya kerajaan negeri menerima dokumen lengkap, kata Amirudin. -Astro AWANI/Shahir Omar
Tiada isu atau halangan bagi pembinaan mahupun penambahan rumah ibadat sekiranya kerajaan negeri menerima dokumen lengkap.
Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata pihak kuil Batu Caves dibenarkan membina tambahan bangunan kuil sekiranya memenuhi syarat serta kriteria berlandaskan undang-undang.
"Jika mereka menghantar dokumen yang lengkap, bagi pihak saya tiada masalah dan halangan untuk mendapat kelulusan.
"Tiada pihak yang boleh melangkaui undang-undang," katanya ketika ditemui selepas berucap di majlis sambutan Thaipusam di Batu Caves pada Isnin.
Tambahnya, pembinaan sesebuah bangunan memerlukan permit dan perlu dipastikan tahap keselamatannya.
"Apa yang berlaku sebelum ini, bangunan telah dinaikkan sebelum permohonan dan permit dibuat," katanya lagi.
Pihaknya turut menggalakkan hasrat pihak kuil untuk membina dewan serbaguna yang memuatkan seramai 3,000 orang dan menyifatkan ia sebagai satu langkah yang proaktif.
Terdahulu, dalam majlis sama, Pengerusi kuil Sri Mahamariamman Devasthanam, Batu Caves, Tan Sri Nadarajah memaklumkan pihak jawatankuasa mengambil masa selama tujuh tahun untuk menerima kelulusan daripada kerajaan negeri.
Topic Berkaitan
#Amirudin Shari
#Kerajaan Negeri Selangor
#kuil
#Menteri Besar Selangor
#Sri Mahamariamman Devasthanam
#Thaipusam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan