IPOH: Tiada pengambilan pekerja warga asing yang boleh diperoleh menerusi surat sokongan mana-mana pihak termasuk menteri bagi mendapatkan kelulusan khas kuota seperti yang tular di media sosial semalam.
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan berkata semua permohonan hanya dibenarkan mengikut prosedur yang ditetapkan secara dalam talian.
"Saya memang menerima surat seperti itu daripada menteri-menteri tetapi walaupun ada surat sokongan, mereka masih perlu membuat permohonan melalui prosedur operasi standard yang ditetapkan.
"Apabila ada yang membuat permintaan atau rayuan kepada Perdana Menteri atau mana-mana menteri memang biasanya mereka akan panjangkan kepada saya sebab ini adalah peraturan yang dikuatkuasakan Kementerian Sumber Manusia jadi tidak semestinya kami luluskan.
"...tiada tekanan daripada mana-mana menteri dan kuasa Perdana Menteri untuk meluluskan mana-mana kuota khas," katanya pada sidang media Konvensyen Rumah Ibadat Hindu Negeri Perak di sini hari ini.
Saravanan diminta mengulas isu tular di media sosial apabila pengguna Twitter menggunakan nama lady_bugg11 memuat naik surat dari Pejabat Perdana Menteri kepada Setiausaha Sulit Kanan, Menteri Sumber Manusia dengan catatan 'Patut majikan tak nak ambil warga tempatan'.
Surat yang dimuat naik petang semalam itu mengandungi permohonan kelulusan khas mendapatkan kuota bagi merekrut dan membekalkan seramai 12,000 pekerja asing dari negara sumber atau Bangladesh tanpa perlu dirujuk kepada panel jawatankuasa JKPTD untuk pelanggan Semenanjung Malaysia.
Ditanya mengenai Kementerian Sumber Manusia (KSM) yang sesak dengan ratusan majikan baru-baru ini kerana didakwa akibat sistem sesi temu duga pengambilan pekerja asing tidak teratur dan menyusahkan, Saravanan berkata ia sebenarnya disebabkan terdapat majikan yang hadir tanpa jemputan.
"Proses permohonan telah diperluaskan di semua negeri yang boleh dibuat menerusi Jabatan Tenaga Kerja dan bukannya di Putrajaya sahaja dan tiada lagi majikan beratur panjang, ia hanya berlaku selama sehari," katanya.
Difahamkan KSM hanya mengehadkan 300 majikan untuk ditemu duga setiap hari, namun kehadiran majikan dari seluruh pelosok negara melebihi kuota tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 11 2022
Saravanan berkata semua permohonan hanya dibenarkan mengikut prosedur yang ditetapkan secara dalam talian. - Gambar fail
Pasaran IPO London merosot, persaingan sengit dari Timur Tengah dan Asia
Pasaran tawaran awam permulaan (IPO) London jatuh dengan ketara tahun ini lantaran penilaian rendah dan pelabur hilang selera terhadap pasaran semasa.
Kes VLN: 'Saya bersyukur, terima kasih kepada Allah' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Selena Gomez umum pertunangan dengan Benny Blanco
Pengumuman pertunangan mereka dibuat melalui Instagram, di mana Selena memperlihatkan cincin bertatah berlian dengan kapsyen "Forever begins now".
Seorang kanak-kanak Israel cedera ditembak
Seorang kanak-kanak lelaki Israel berada dalam keadaan kritikal berikutan insiden tembakan di sebuah bas berhampiran Beit Jala, di Tebing Barat yang diduduki Israel.
Jurucakap Pusat Perubatan Hadassah, tempat mangsa dirawat, berkata kanak-kanak berusia 10 tahun itu menerima rawatan kecemasan di unit trauma bersama dua lagi mangsa dewasa.
Jurucakap Pusat Perubatan Hadassah, tempat mangsa dirawat, berkata kanak-kanak berusia 10 tahun itu menerima rawatan kecemasan di unit trauma bersama dua lagi mangsa dewasa.
RM100 juta diperuntuk tingkat minat murid dalam bidang STEM
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, sebanyak RM100 juta telah diperuntukan pada tahun 2024 untuk tujuan meningkatkan minat murid dalam bidang STEM.
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Pembinaan RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi kerja infrastruktur capai 95 peratus
Pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru–Singapura berjalan mengikut jadual dengan tahap kemajuan mencapai 95 peratus bagi kerja-kerja infrastruktur setakat November lepas.
Apple Intelligence diaktifkan ke beberapa lagi negara tetapi tidak di Malaysia
Apple Intelligence boleh digunakan pada peranti tertentu seperti iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, siri iPhone 16, Mac dengan cip Apple M, iPad dengan cip Apple M, dan iPad Mini dengan cip A17 Pro.
RUU Ombudsman Malaysia jangka dibentang tahun depan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kula Segaran berkata pada masa ini, beberapa sesi bengkel cadangan dasar penubuhan Ombudsman telah diadakan dengan pihak-pihak berkepentingan, agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan.
Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM dirujuk AGC
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan bertulis di Parlimen berkata, AGC kemudiannya telah menyerahkannya kembali kepada pihak polis bagi siasatan lanjut.
Kerajaan setuju perluas skim keilatan kepada pekerja warga asing
Kerajaan bersetuju memperluaskan skim keilatan kepada pekerja warga asing yang bekerja di negara ini, bagi memastikan kebajikan golongan itu turut dilindungi.
Kemasukan 500,000 pekerja warga asing bagi sektor tidak diminati warga tempatan
Mereka yang dibawa dari 15 negara sumber itu, berdasarkan permintaan ditempatkan di sektor-sektor yang tidak diminati oleh warga tempatan.
Tiada kelulusan khas diberi bagi kuota pengambilan pekerja asing
Tiada pengambilan pekerja warga asing yang boleh diperoleh menerusi surat sokongan mana-mana pihak termasuk menteri bagi mendapatkan kelulusan khas kuota seperti yang tular di media sosial semalam.
11 warga asing ditahan berhubung insiden bergaduh depan kilang
Penahanan dibuat bagi membantu siasatan melibatkan insiden pergaduhan berkumpulan yang mendatangkan kecederaan pada 27 Julai lalu.
61 pekerja kilang di Senawang disahkan positif COVID-19
61 orang pekerja sebuah kilang di kawasan Perindustrian Tuanku Jafaar Senawang, disahkan positif COVID-19 selepas saringan dilakukan terhadap mereka pada 3 Februari lalu.
COVID-19: Pekerja di zon merah digalakkan jalani swab test, elak wujud kluster baharu - Menteri
Pekerja yang bekerja di zon merah digalakkan untuk menjalani ujian calitan atau swab test COVID-19.
COVID-19: 632 kes baharu di Singapura, jumlah keseluruhan lebih 19,000
Sebilangan besar kes tersebut melibatkan pekerja asing yang tinggal di asrama dan hanya sembilan kes warga Singapura atau penduduk tetap.
COVID-19: Singapura catat 942 kes baharu, jumlah terkini 5,992
Singapura mencatat lonjakan tinggi jangkitan COVID-19 pada Sabtu apabila 942 kes positif baharu dikesan di negara itu.
Industri '3D': Tenaga tempatan perlu diberi latihan, gaji setimpal - MTUC
Setiausaha Agung MTUC N. Gopal Kishnam berkata, langkah itu wajar demi memastikan warga tempatan dapat mengisi permintaan peluang pekerjaan sektor berkaitan.