Tiada keperluan bagi pengguna perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) untuk beralih kepada kenderaan persendirian walaupun terdapat kenaikan tambang kerana syarikat pengangkutan itu banyak menawarkan diskaun buat pengguna.
Presiden KTMB, Lt Kol (B) Sarbini Tijan berpendapat orang ramai dapat menjimatkan kos dengan menggunakan perkhidmatan komuter.
"Selain itu, keselamatan perjalanan pengguna lebih terjamin jika dibandingkan dengan bergerak menggunakan kenderaan persendirian seperti motosikal," kata Sarbini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Penyelidik Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Yusof Ghani, bahawa peningkatan kadar tambang pengangkutan awam akan menyebabkan orang ramai mempertimbangkan penggunaan kenderaan persendirian seperti motosikal.
Menurut beliau, ini seterusnya akan meningkatkan kemungkinan berlaku kemalangan di jalan raya.
Sarbini mengakui ada asas di sebalik kenyataan yang dibuat Yusof namun beliau yakin pengguna tidak perlu beralih kepada penggunaan kenderaan persendirian kerana perkhidmatan komuter KTMB adalah efisen.
"Malah, penggunaan pengangkutan awam juga dapat mengurangkan pencemaran," tambah Sarbini.
Beliau ditemui dalam satu sidang media di Stesen KL Sentral untuk menjelaskan penstrukturan tambang perkhidmatan komuter yang telah diumumkan pada 2 Disember lepas.
Katanya, kenaikan tersebut hanya melibatkan perjalanan di sekitar Lembah Klang iaitu di laluan Tanjung Malim ke Sungai Gadut dan Batu Caves ke Pelabuhan Klang dan tidak melibatkan perkhidmatan di bahagian utara dan selatan.
"KTMB masih lagi menanggung kerugian kerana berdasarkan kos operasi asal setiap penumpang adalah 20 sen setiap kilometer.
"Kenaikan ini hanya 4 sen iaitu 15 sen bagi perjalanan sejauh satu kilometer yang mana harga asal sebelum ini adalah 11 sen bagi satu kilometer," jelas Sarbini.
Hafiz Marzukhi
Mon Dec 07 2015

Kenaikan tersebut hanya melibatkan perjalanan di sekitar Lembah Klang iaitu di laluan Tanjung Malim ke Sungai Gadut dan Batu Caves ke Pelabuhan Klang. - Gambar hiasan

Kerja 45 jam: KKM adakan libat urus sebelum muktamad, diumumkan masa terdekat - Dzulkefly
Dr Dzulkefly berkata beliau sendiri telah hadir ke beberapa sesi libat urus bagi mendengar pandangan semua pihak.

Trump akan umumkan tarif 'timbal balik' selanjutnya minggu depan
Trump merujuk kepada 'perdagangan timbal balik', supaya AS dilayan secara adil dengan negara lain.

Peruntukan RM18.9 juta bagi transformasi digital di 100 klinik kesihatan tahun ini
Transformasi digital itu termasuk pelaksanaan sistem pengurusan digital berasaskan awan (CCMS) di 100 klinik kesihatan (KK) seluruh negara.

Saingan semakin sengit, Malaysia perlu terus perkasa ekosistem halal - Zahid
Meskipun diiktiraf sebagai peneraju industri halal di peringkat global, Malaysia tidak boleh sekadar berpuas hati dengan pencapaian sedia ada.

Datuk lemas ketika cuba selamatkan dua cucu di Pantai Irama
Seorang datuk lemas ketika menyelamatkan dua cucu yang dihanyutkan ombak di Pantai Irama di sini, pada Sabtu.

Produk Coca-Cola di Malaysia tidak terkesan dengan pencemaran klorat - Dzulkefly
Produk Coca-Cola EuroPacific Partners sahaja dikesan mengandungi paras klorat tinggi dan ia diedarkan di beberapa negara Eropah.

Jadikan pencen veteran ATM sebagai permulaan kerjaya baharu - Khaled Nordin
Majoriti mereka berpencen pada usia muda iaitu sekitar 42 tahun dan masih bertenaga untuk mempelajari ilmu baharu.
Indonesia rangka peratusan had umur, lindungi kanak-kanak di platform digital
Indonesia sedang merangka peraturan baharu bagi melindungi kanak-kanak daripada risiko dalam talian, termasuk menetapkan had umur pada platform digital, menurut Kementerian Komunikasi dan Digital negara itu.

Selangor akan tubuh beberapa pusat AI tahun depan - Amirudin
Beberapa pusat kecerdasan buatan (AI) akan ditubuhkan di Selangor tahun depan sebagai langkah kerajaan negeri menyokong perkembangan teknologi yang sedang pesat membangun itu.
AWANI Ringkas: Op Sky: Keterangan tiga selebriti bantu lengkap siasatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

MOT tiada kuasa kawal kenaikan tambang bas sekolah - Loke
Kementerian Pengangkutan tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menghalang kenaikan harga tambang bas sekolah yang dijangka berlaku pada Februari ini.

Pengusaha feri Langkawi batal kenaikan tambang selepas kerajaan campur tangan
Kerajaan ambil langkah segera untuk campur tangan dengan mengarahkan agar keputusan tersebut ditarik balik serta-merta.

Anthony Loke beri amaran batalkan subsidi diesel jika naik tambang feri
MOT memberi amaran untuk membatalkan pemberian subsidi diesel terhadap pengusaha feri jika meneruskan kenaikan harga tambang khususnya kepada warga tempatan dan pelancong domestik.

Kenaikan tambang bas sekolah tidak boleh dielak - BSM
Kenaikan tambang bas sekolah tidak dapat dielakkan demi kelangsungan industri tersebut.

Penyasaran subsidi diesel: Pengusaha bas tidak sepatutnya naikkan kadar tambang - Anthony Loke
Pengusaha bas ekspres dan bas sekolah tidak sepatutnya menaikkan kadar tambang susulan penyasaran subsidi diesel di Semenanjung, menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Aidilfitri: Kadar tambang bas ekspres ekonomi meningkat 10 peratus - APAD
Kadar tambang bas ekpres kategori perkhidmatan ekonomi mengalami kenaikan 10 peratus sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri mulai 4 hingga 17 April ini.

Kenaikan tambang: Syarikat perkhidmatan e-hailing dipanggil beri penjelasan - Menteri
Kementerian Pengangkutan sedang meneliti dan berbincang dengan syarikat perkhidmatan e-hailing berhubung aduan serta rungutan orang ramai mengenai kenaikan kadar tambang.

'Tiada keperluan beralih ke kenderaan sendiri walaupun tambang naik' - Presiden KTMB
Presiden KTMB, Lt Kol (B) Sarbini Tijan yakin pengguna tidak perlu beralih kepada penggunaan kenderaan persendirian kerana perkhidmatan komuter KTMB adalah efisen.

Prasarana selaras tambang LRT, Monorel mulai 2 Dis
Struktur tambang baharu itu akan digunakan bagi ketiga-tiga perkhidmatan -- LRT Laluan Kelana Jaya, LRT Ampang dan Monorel KL -- berkuat kuasa 2 Disember 2015.