awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada keperluan maklum penubuhan jawatankuasa kepada Lynas - Fuziah

Bernama
Bernama
06/10/2018
21:03 MYT
Tiada keperluan maklum penubuhan jawatankuasa kepada Lynas - Fuziah
FUZIAH: Saya yakin dalam masa terdekat akan ada keputusan berkaitan Lynas dan apa sahaja keputusannya ia adalah baik untuk rakyat Kuantan. - Gambar fail
Tiada keperluan untuk memaklumkan secara khusus tentang keanggotaan dan tujuan penubuhan jawatankuasa bagi mengkaji semula projek Lynas kepada pihak Lynas Corporation Ltd (Lynas), kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh.
Beliau berkata penubuhan jawatankuasa itu yang diketuainya bersama-sama Ahli Parlimen Bentong Wong Tack telah dilaporkan oleh pihak media pada 8 Julai lepas.
"Pemakluman (penubuhan jawatankuasa itu) juga dibuat sendiri oleh Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar Yeo Bee Yin.
"Saya yakin dalam masa terdekat, iaitu selepas mesyuarat Kabinet ada keputusan berkaitan Lynas akan diberikan dan apa sahaja keputusannya ia adalah baik untuk rakyat Kuantan.
"Lebih sesuai untuk saya tidak berkata banyak buat masa sekarang kerana saya berada dalam jawatankuasa itu selain Kabinet sendiri kini menghadapi banyak tekanan berkaitan isu ini," katanya kepada pemberita selepas selesai mengundi bagi Pemilihan PKR peringkat pusat dan cabang di sini, pada Sabtu dengan beliau turut bertanding sebagai calon Ketua Wanita.
Di cabang Kuantan, seramai 2,231 anggota PKR layak mengundi pada pemilihan itu.
Fuziah yang juga Anggota Parlimen Kuantan berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Lynas Amanda Lacaze baru-baru ini, yang mendakwa mereka tidak dimaklumkan mengenai keanggotaan jawatankuasa, skop semakan semula atau terma rujukan jawatankuasa tersebut.
Mengulas mengenai pemilihan itu, Fuziah berkata beliau optimis peluangnya untuk menang masih cerah walaupun berhadapan dengan cabaran sengit daripada pencabarnya Haniza Mohd Talha.
"Saya juga melihat penggunaan sistem e-voting yang dilaksanakan pertama kali pada dalam pemilihan berjalan lancar dan memudahkan proses... setakat ini, saya dimaklumkan semuanya berjalan lancar.
"Untuk cabang Kuantan, saya percaya lebih 90 peratus undi akan diberikan kepada Rafizi Ramli (bagi jawatan timbalan presiden) kerana kami adalah pasukan Reformasi 20 Tahun," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fuziah Salleh
#jawatankuasa
#kaji semula
#keanggotaan
#Kuantan
#Lynas Corporation Ltd
#mesyuarat Kabinet
#projek Lynas
#rakyat
#Wong Tack
#Yeo Bee Yin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan