Tiada keperluan untuk menggubal akta baharu berkaitan pensijilan halal, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.
Beliau berkata ini kerana terdapat akta sedia ada bagi mengawal penggunaan label pensijilan logo halal ke atas pembekalan produk, sama ada makanan atau perubatan kepada pengguna di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
"Sesiapa yang didapati bersalah dengan menggunakan tulisan jawi atau halal pada produk (tanpa pensijilan yang sah) boleh didakwa jadi tidak perlu ada satu akta baharu kerana isu halal sudah ada yang pelihara," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Program Rahmah di Masjid Ubudiah, Taman Seri Tenggara di sini pada Sabtu.
Mujahid berkata beliau difahamkan isu itu timbul berikutan kebimbangan pengguna tertipu dengan penyalahgunaan logo halal dan tulisan jawi pada produk.
"Yang dimaksudkan itu tertumpu kepada logo halal yang ditulis dalam tulisan jawi dan kata produk halal. Pengguna jangan tertipu, sebab sijil halal itu ada pensijilannya.
"Tidak timbul isu kerana setiap pensijilan halal akan dilabel setelah syarikat berkenaan berdaftar dan audit dilakukan untuk memastikan ia sah," katanya.
Mujahid berkata orang ramai boleh membuat semakan melalui talian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk memeriksa status halal sesebuah produk kerana tiada pihak yang boleh meletakkan logo halal selain menerusi sistem berkenaan.
Semalam, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dilaporkan mencadangkan kepada Jakim supaya mengeluarkan sijil halal dalam tulisan mengikut bangsa pemilik produk.
Dalam perkembangan lain, Dr Mujahid berkata pihaknya menerima puluhan ribu aduan dalam talian khas yang diwujudkan bagi memudahkan orang ramai menyampaikan aduan berhubung penghinaan agama di negara ini.
Katanya, aduan yang terdiri daripada kes penghinaan pelbagai agama terutama di laman media sosial dihantar kepada pihak berkuasa terbabit iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia serta Polis Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut.
Dalam majlis berasingan, Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata kerajaan melaksanakan pendekatan Rakan Masjid Hospital atau dikenali sebagai Ramah untuk memenuhi matlamat tanggungjawab sosial korporat (CSR) di samping menjalinkan peranan masjid dan hospital.
Katanya melalui usaha itu, sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang akan dilantik sebagai sukarelawan Ramah untuk melaksanakan segala aktiviti dan pengisian yang dirangka pihak masjid dengan kerjasama hospital selari dengan Standard Prosedur Operasi yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan.
"Mereka secara konsisten akan dilatih dan didedahkan dengan kemahiran untuk menyantuni pesakit di samping membantu mereka dalam hal-hal ibadah, " katanya ketika berucap pada Program Rakan Masjid Hospital (Ramah) peringkat negeri Perak di Dewan Mutiara Hospital Parit Buntar di sini hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 24 2019

Mujahid berkata beliau difahamkan isu itu timbul berikutan kebimbangan pengguna tertipu dengan penyalahgunaan logo halal dan tulisan jawi pada produk. - Gambar fail

TPNW | Triti larangan senjata nuklear (TPNW) berkuatkuasa hari ini
22 Januari, 2021, merupakan suatu tarikh yang bersejarah kerana ia merupakan hari berkuatkuasanya Triti Larangan Senjata Nuklear (TPNW). Inisiatif yang dibangunkan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) ini mengandungi langkah komprehensif bagi memastikan dunia bebas daripada senjata nuklear sepenuhnya. Malaysia antara 21 negara yang meratifikasi perjanjian berkenaan. Namun, penjelasan apa itu TPNW dan kepentingan serta bagaimana ia berbeza dengan perjanjian terdahulu?

TPNW | Malaysia komited laksana kewajipan penguatkuasaan
Malaysia komited mengambil langkah yang diperlukan dalam melaksanakan kewajipan terhadap penguatkuasaan Triti mengenai pengharaman senjata nuklear (TPNW) yang berkuat-kuasa hari ini.

TPNW | Peranan Malaysia dalam pastikan dunia bebas senjata nuklear
Justeru apa peranan Malaysia dan negara sepihak di bawah perjanjian berkenaan? Menurut Aisya ada beberapa langkah yang perlu dipatuhi bagi menjamin dunia yang bebas senjata nuclear.

TPNW | #Notonukesmy platform sertai usaha dunia bebas senjata nuklear
Biar pun usaha memastikan keberkesanan TPNW banyak bergantung kepada kerajaan yang menerajui negara-negara sepihak.. .....Aisya berkata, ia tidak bermaksud rakyat dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) tidak mempunyai peranan yang signifikan.

"Olimpik Tokyo batal? Atlet bukan berlatih untuk temasya itu sahaja" - MSN
Perkara itu tetap menjadi isu besar melibatkan sekumpulan kecil atlet yang menjadikan temasya berprestij itu sebagai sasaran.

Siri konsert dalam talian Malaysia Live!, beri ruang industri hiburan terus menyala
Siri konsert tersebut akan bermula dengan penstriman langsung dua episod pengenalan pada bulan Januari ini.

Biden rancang kekalkan Wray sebagai Pengarah FBI
Wray dicalonkan oleh bekas Presiden Donald Trump pada Jun 2017 bagi menggantikan James Comey yang dipecat ketika siasatan FBI mengenai hubungan kempen Trump dengan Rusia sedang berlangsung.

AWANI Ringkas: Ahmad Zahid Hamidi terus didesak berundur | Kadar pinjaman tidak berbayar dijangka meningkat

Felda beli 9.97 juta lagi saham FGV daripada pasaran terbuka
FGV berkata saham itu dibeli semalam pada harga RM1.30 sesaham.

Hasan Ali positif COVID-19
Hasan Ali berkata beliau sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya.

Belanjawan 2021: Dua akta penting tangani COVID-19 diluluskan - Tengku Zafrul
Dua akta penting bagi menangani COVID-19 dalam Belanjawan 2021 telah diluluskan.

COVID-19: Kerajaan kaji akta baharu libatkan pilihan raya
Mohd Redzuan berkata mekanisme pengurusan krisis negara yang dilaksanakan ketika ini berjaya mengawal COVID-19 dan mengelakkan kemudahan kesihatan seperti hospital dan klinik terbeban.

Tiada keperluan perkenal akta baharu berkaitan halal
Sudah terdapat akta sedia ada bagi mengawal penggunaan label pensijilan logo halal ke atas pembekalan produk, kata Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa.

Senator cadang wujudkan akta gangguan seksual untuk lelaki
Dewan Negara pada Rabu mendengar cadangan agar undang-undang gangguan seksual untuk melindungi lelaki daripada tergoda dan terjebak dengan jenayah seperti rogol diperkenalkan.

Akta ganti AUKU digubal, beri autonomi dan kebebasan akademik
Langkah itu termasuk mengadakan satu struktur tadbir urus baharu serta struktur pembiayaan yang lebih efisien dan mapan dalam usaha untuk meraikan kebebasan akademik dan autonomi di universiti.

Akta baharu khusus untuk kawal sempadan
Akta baharu ini akan membolehkan AKSEM bergerak sendiri dan beroperasi dengan lebih berkesan.

"Jika merotan satu kesalahan, bagaimana pula anak yang menderhaka?"
Dr Fathul Bari berpendapat, ibu bapa yang didera secara mental oleh anak-anak juga perlu diberi perlindungan hak sewajarnya oleh undang-undang.

Rohani, tolong perinci cadangan jadikan merotan kesalahan jenayah - Mas Ermieyati
Kajian tersebut perlu merangkumi segala aspek terutama berkaitan tuntutan agama Islam yang mengharuskan ibu bapa merotan anak-anak bagi tujuan mendidik.