KUALA LUMPUR: Malaysia tidak lagi memerlukan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mega yang melibatkan kos operasi tinggi selepas kebanyakan rakyat kini sudah menerima vaksinasi, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
"PPV yang mega ini sudahpun mencapai matlamat dan hari ini kita tutup PPV yang paling banyak memberikan vaksinasi di Malaysia," katanya.
Mengenai PPV lain, Khairy berkata, penutupan akan dilakukan berperingkat mengikut keperluan di sesebuah kawasan.
"Jadi bila kita puas hati satu kawasan itu sudah mencapai liputan yang agak baik, kita akan mula tutup PPV.
"Namun demikian esok (Isnin) saya akan bermesyuarat dengan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan MOSTI (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi) untuk membincangkan supaya ada beberapa PPV yang masih dibuka (bagi mereka yang) samada tercicir ataupun warga asing," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menutup PPV AstraZeneca pertama di Malaysia, PPV World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) pada Ahad.
Turut hadir mengiringi beliau adalah Pengarah Eksekutif Kumpulan WTCKL, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim.
PPV WTCKL yang mula beroperasi pada 5 Mei lepas itu menutup tirainya hari ini dengan lebih 1.2 juta dos vaksin telah diberikan sepanjang 150 hari beroperasi.
Dalam pada itu, Khairy dalam ucapannya sebelum itu berterima kasih kepada semua petugas dan sukarelawan yang berkhidmat di PPV tersebut.
"Dari segi vaksinasi paling banyak dalam mana-mana PPV, WTC adalah yang paling banyak. Kalau anda semua fikir apa yang anda buat tiada impak, hari ini kita lihat kes 9,000 lebih sehari.
"Daripada kemuncaknya masa saya baru dilantik, ada 23,000 kes. Paling istimewa sekali di Lembah Klang, angka jangkitan sudah mula menurun dengan sangat mendadak.
"Ini sebab anda semua. Apa yang anda buat selamatkan nyawa," ujarnya yang kemudian mendapat tepukan gemuruh daripada petugas di PPV WTCKL.
Dalam majlis ringkas namun meriah itu, Khairy turut melakukan gimik menutup pintu dewan sebagai simbolik berakhirnya proses vaksinasi di PPV WTCKL.
Ridauddin Daud
Sun Oct 03 2021
Khairy berterima kasih kepada semua petugas dan sukarelawan yang berkhidmat di PPV WTCKL yang disifatkan memainkan peranan penting melawan COVID-19. - Gambar/ Astro AWANI
Kes cubaan bunuh digugur, keluarga mohon penjelasan AGC
Ahli keluarga kepada bekas anggota polis, Koperal Muhamad Khairul Syafiq Ahmad yang lumpuh selepas dilanggar sewaktu bertugas mengejar penjenayah meminta penjelasan Jabatan Peguam Negara (AGC) susulan kes cubaan membunuh dibawah Seksyen 307 kanun keseksaan digugurkan.
Mengambil manfaat daripada kisah lampau menerusi ziarah luar
Beberapa kepentingan Ziarah Luar termasuk mengambil pengajaran tentang sirah atau sejarah Rasulallah untuk dimanfaat secara bersama dalam konteks hari ini diterapkan semasa program Ziarah Luar yang dirangka Tabung Haji kepada petugas yang menjalankan operasi sempena musim haji tahun ini, 1445H/2024M.
Polis buru dua suspek kes tembak di Pasir Mas
Polis sedang memburu dua suspek disyaki terlibat dalam kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, Kelantan pada awal pagi Sabtu.
Kedudukan Malaysia perlu dilihat secara menyeluruh
Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang disiarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) mengenai kedudukan terkini Malaysia perlu dilihat dalam konteks yang menyeluruh.
MB zahir terima kasih atas komitmen PM bangunkan Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan di atas kesediaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendengar dan meluluskan permintaan Kedah berkaitan projek-projek pembangunan di negeri ini.
PM arah TPM cari solusi tingkat pelajar TVET
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meminta TPM, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mencari jalan penyelesaian dalam menangani kekurangan pelajar TVET bagi memeuhi permintaan industri berteknologi tinggi.
Masalah di Kedah selesai dalam tempoh dua bulan- PM
Kerajaan Persekutuan memberikan komitmen untuk menoktahkan masalah miskin tegar membabitlan 2,500 keluarga di negeri Kedah dalam tempoh dua bulan.
China padam impian Malaysia beraksi di pentas final
Hasrat Malaysia untuk menamatkan kemarau 32 tahun menjulang Piala Thomas tidak kesampaian apabila tewas kepada tuan rumah China, 1-3 dalam aksi suku akhir edisi 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 4 Mei 2024.
14 terkorban, banjir dan tanah runtuh di Sulawesi Selatan
Pasukan mencari dan menyelamat kebangsaan Indonesia (Basarnas) mengesahkan 14 terkorban susulan banjir dan tanah runtuh yang melanda Kabupaten Luwu di wilayah Sulawesi Selatan pada Jumaat.
Tiada keperluan untuk terus buka PPV mega - Khairy
Khairy Jamaluddin berkata, PPV besar tidak lagi perlu beroperasi dengan perkembangan vaksinasi negara sekarang memandangkan ia melibatkan kos tinggi.
Kedah akan terima bekalan vaksin dalam kuantiti besar minggu depan - MB
Muhammad Sanusi berkata lebihan vaksin dari pusat pemberian vaksin (PPV) di Langkawi juga akan dibawa ke tanah besar.
PPV mega Stadium Bukit Jalil mula operasi 21 Jun
PPV berskala besar itu membolehkan lebih ramai rakyat khususnya di sekitar Lembah Klang divaksin, dengan tumpuan kepada rakyat yang berusia 40 tahun ke bawah.
"Kalau hanya duduk di rumah, mungkin maut yang menunggu" - Penerima vaksin COVID-19
Berdoa sahaja tidak mencukupi, tetapi perlu bergerak serentak dengan usaha, kata warga emas, Rodzee Razak.
Vaksin: WTC Kuala Lumpur jadi 'test case' PPV berskala besar - Khairy
PPV World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur dijadikan sebagai 'test case'bagi melihat keberkesanan PPV berskala besar sebelum diperluaskan ke lokasi lain.