awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada keperluan vaksin cegah rabies buat masa ini - Subramaniam

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
19/09/2015
09:24 MYT
Tiada keperluan vaksin cegah rabies buat masa ini - Subramaniam
SUBRAMANIAM: Vaksin itu memang diakui ada masalah. Jadi kerana itu, ia tidak disarankan. Kadang-kadang vaksin hanya sesuai untuk sesuatu penyakit. -Gambar fail
Tiada keperluan untuk orang ramai terutama pemilik anjing mendapatkan suntikan vaksin bagi mencegah jangkitan penyakit rabies atau anjing gila.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam menjelaskan ia berikutan wabak penyakit itu masih terkawal dan disifatkan tidak berisiko tinggi di negara ini.
"Kita tidak melakukannya (vaksin) kerana kita tidak berisiko tinggi. Walau bagaimanapun, jika ia berisiko, kita perlu melakukan polisi seperti dilakukan global.
"Vaksin itu memang diakui ada masalah. Jadi kerana itu, ia tidak disarankan. Kadang-kadang vaksin hanya sesuai untuk sesuatu penyakit.
"Kami sangat berhati-hati membuat pilihan untuk orang ramai dan keperluannya," katanya semasa sidang media selepas merasmikan Fiesta Kenali Ubat Anda 2015 di Pusat Konvensyen Shah Alam, SACC, Shah Alam hari ini.
Bagaimanapun beliau menasihatkan orang ramai terutama pemilik anjing agar mengamalkan langkah pencegahan termasuk mengurung haiwan peliharaan mereka untuk sementara waktu.
"Pemilik anjing perlu memastikan haiwan peliharaan mereka dikurung sementara di rumah sebab melepaskan anjing mereka di luar rumah hanya akan merisikokan haiwan itu untuk dijangkiti dengan anjing lain," kata Subramaniam.
Pada masa sama, penduduk di tiga negeri yang dikenal pasti sebagai lokasi wabak dinasihatkan agar menjauhi anjing jalanan dan terbiar.
"Kerajaan negeri juga akan mengambil langkah untuk mengatasi masalah anjing-anjing terbiar," katanya lagi.
Beliau mengesahkan, sehingga ke hari ini, tiada pesakit yang disahkan positif jangkitan penyakit anjing gila.
"Sampai sekarang, lapan hingga sembilan orang yang digigit anjing, kita memberi mereka rawatan.
"Apa yang kita buat kepada mereka ialah kami berikan suntikan anti-rabies. Namun, sampai sekarang tiada manusia yang dijangkiti Rabies di Malaysia.
Anjing yang dikenal pasti (dijangkiti) Rabies sudah dikenal pasti tetapi setakat ini tiada bukti yang menunjukkan ia menjangkiti manusia semasa rawatan dilakukan," katanya.
Topic Berkaitan
#anjing gila
#haiwan peliharaan
#penyakit rabies
#subramaniam
#suntikan vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan