PUTRAJAYA: Tiada kes baharu penyakit Nipah dalam kalangan manusia di negara ini sejak kes terakhir penyakit itu dikesan di Malaysia pada 27 Mei 1999, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
Katanya selepas wabak Nipah di Malaysia pada 1998-1999, Kementerian Kesihatan (KKM) meneruskan kerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan) bagi perkongsian maklumat survelan virus Nipah dalam kalangan haiwan liar dan haiwan domestik.
"Sehingga kini, tiada sampel haiwan yang ditemui positif virus Nipah. Malaysia telah diisytiharkan bebas penyakit Nipah pada 2001 oleh Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (WOAH)," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Kenyataan itu dikeluarkan bagi memaklumkan situasi terkini penyakit Nipah di Malaysia memandangkan terdapat pelbagai maklumat di media massa berhubung kejadian wabak penyakit Nipah di India pada ketika ini.
Dr Zaliha berkata penyakit Nipah pertama kali dikesan dalam kalangan manusia di Malaysia antara September 1998 hingga Mei 1999 yang berlakunya wabak melibatkan 265 kes termasuk 105 kematian dan sejak itu survelan dan pemantauan dijalankan dalam kalangan manusia melalui pengesanan kes secara pasif.
Katanya survelan bagi kes keradangan pada otak (encephalitis) juga telah dijalankan iaitu sampel diambil bagi ujian patogen yang menyebabkan encephalitis termasuk virus Nipah dan virus Japanese encephalitis.
Dr Zaliha menjelaskan penyakit Nipah adalah penyakit zoonotik yang disebabkan oleh virus Nipah yang disebarkan dari haiwan kepada manusia dan ia boleh mengakibatkan komplikasi encephalitis serta penyakit saluran pernafasan dengan kadar kematian 40 peratus ke 70 peratus dalam kalangan manusia yang dijangkiti.
Beliau berkata keluang daripada keluarga pteropodidae merupakan perumah semula jadi bagi virus Nipah dan sebaran virus itu kepada perumah intermediate iaitu khinzir adalah melalui sentuhan langsung atau melalui makanan yang tercemar dengan najis, air kencing dan air liur keluang.
"Jangkitan pada manusia pula berlaku akibat sentuhan langsung dengan khinzir yang dijangkiti atau darah, cecair atau rembesan khinzir tersebut.
"Ia juga boleh berlaku melalui pengambilan makanan seperti buah-buahan dan minuman seperti nira pokok seperti pokok kurma, pokok kelapa atau pokok nipah yang tercemar dengan air liur atau cecair badan kelawar yang dijangkiti," katanya.
Dr Zaliha berkata jangkitan antara manusia ke manusia boleh berlaku melalui sentuhan langsung dengan rembesan seperti darah, cecair badan dan rembesan pernafasan manusia yang dijangkiti manakala tempoh inkubasi penyakit Nipah adalah antara lima ke 14 hari dan gejala termasuk demam, sakit kepala, muntah, batuk, susah bernafas, sawan, kekeliruan dan kebingungan.
Katanya penyakit Nipah yang wajib dinotifikasi di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) boleh menyebabkan komplikasi encephalitis, penyakit saluran pernafasan serta kematian.
Bagi mencegah jangkitan penyakit Nipah, Dr Zaliha berkata orang awam terutama pengembara yang mengunjungi kawasan berisiko tinggi yang wabak Nipah sedang berlaku, dinasihatkan agar sentiasa mengambil langkah pencegahan.
Antaranya amalkan mencuci tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air, elakkan sentuhan dengan keluang atau khinzir terutama yang sakit, elakkan berada dalam kawasan yang keluang diketahui berkumpul atau tinggal.
Katanya orang awam juga perlu elak pengambilan buah-buahan dan nira contohnya pokok kurma, pokok kelapa atau pokok nipah yang disyaki tercemar dengan air liur atau cecair badan keluang, serta elakkan sentuhan langsung dengan rembesan orang yang dijangkiti penyakit Nipah.
Sementara itu, Dr Zaliha berkata pengembara yang pulang ke Malaysia dari negara yang berisiko tinggi jangkitan penyakit Nipah dinasihatkan untuk melakukan pemantauan kendiri tanda dan gejala jangkitan virus Nipah selama 14 hari.
Katanya sekiranya bergejala, beliau menasihatkan individu itu supaya elakkan kontak dengan orang lain dan segera dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran.
Dr Zaliha berkata KKM akan sentiasa memantau kejadian penyakit Nipah di luar negara dan akan meningkatkan kesiapsiagaan terhadap penyakit Nipah dengan kerjasama pelbagai agensi berkaitan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 23 2023
DR ZALIHA: Sehingga kini, tiada sampel haiwan yang ditemui positif virus Nipah. Malaysia telah diisytiharkan bebas penyakit Nipah pada 2001 oleh Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (WOAH). -Gambar fail/Bernama
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
Ternakan di dalam negara bebas penyakit Nipah - DVS
Status itu adalah berdasarkan hasil survelan ke atas 399 sampel babi komersial sehingga Ogos lepas yang mendapati keputusan ujian adalah negatif.
Tiada kes baharu penyakit Nipah dikesan sejak wabak berakhir 1999 - Dr Zaliha
Tiada kes baharu penyakit Nipah dalam kalangan manusia di negara ini sejak kes terakhir penyakit itu dikesan di Malaysia pada 27 Mei 1999,
Trivia: 5 wabak ini pernah mengancam nyawa rakyat Malaysia
Penularan wabak penyakit semestinya menakutkan populasi dunia. Lebih-lebih lagi jika ia muncul secara tiba-tiba dan tiada vaksin dapat mencegahnya.
Tiba masanya Malaysia hasilkan vaksin sendiri, bangunkan pusat penyelidikan - TIDREC
Sudah tiba masanya Malaysia mengorak langkah membangunkan pusat penyelidikan vaksin dan menghasilkan vaksinnya sendiri sebagai langkah kesiapsiagaan menghadapi ancaman penyakit berjangkit.
Malaysia lebih proaktif bendung jangkitan koronavirus berbanding SARS 2002
Berdasarkan pengalaman negara dalam mengawal kes-kes penyakit berjangkit terdahulu menjadikan Malaysia lebih bersedia.