KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengesahkan tiada jemaah haji Malaysia di Arab Saudi dijangkiti cacar monyet setakat ini.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Bengkel Transformasi Strategi Dan Memperkasa Penjagaan Autisme di sini hari ini, beliau berkata setakat pengetahuan pihak Kementerian Kesihatan (KKM), jemaah haji Malaysia di Tanah Suci berada dalam keadaan baik.
Mengenai kes cacar monyet di Singapura, katanya maklumat yang diterima KKM mendapati terdapat tiga kes jangkitan tempatan penyakit berkenaan dikesan di negara jiran itu dengan satu daripadanya ada sejarah perjalanan ke Malaysia.
Sementara itu, mengulas pengambilan dos penggalak kedua vaksin COVID-19, Khairy berkata buat masa ini ia cuma disyorkan kepada mereka yang berusia 60 tahun ke atas dan individu yang mempunyai masalah penyakit kronik atau komorbid berusia 18 tahun ke atas.
Mengenai terdapat mereka yang berumur di bawah 60 tahun datang ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi mendapatkan dos penggalak kedua menggunakan alasan ingin mengembara ke luar negara, beliau berkata tidak ada keperluan untuk mereka berbuat demikian.
"Pandangan TWG (kumpulan kerja teknikal) adalah buat masa ini tiada keperluan untuk mereka yang berusia 60 tahun ke bawah yang sihat menerima dos kedua, tetapi KKM tidak menghalang sekiranya mereka mengaku hendak mengembara ke luar negara," katanya.
Berhubung hampir tujuh juta rakyat dewasa Malaysia belum terima dos penggalak pula, beliau menasihatkan mereka supaya berbuat demikian bagi mengurangkan kesan serius jangkitan COVID-19 termasuk kematian.
"Bagi golongan dewasa dan belum dapat dos penggalak pertama, saya merayu dan galakkan anda menerima dos penggalak kerana kita berdepan dengan gelombang BA.5 sekarang," katanya.
Mengenai pengambilan ubat anti viral Paxlovid, Khairy berkata mereka yang berisiko tinggi dan mempunyai gejala ringan ataupun kategori 2 dan 3 boleh mengambil ubat itu tetapi masih perlukan penilaian doktor.
"Jika berusia 60 tahun ke atas dan pakar perubatan keluarga buat penilaian dan layak terima, mereka akan terima Paxlovid. Senarai fasiliti kesihatan yang membekalkannya boleh didapati di covid-19.moh.gov.my," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 15 2022
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengesahkan tiada jemaah haji Malaysia di Arab Saudi dijangkiti cacar monyet setakat ini. - Gambar fail/BERNAMA
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
Jepun lapor kes kematian pertama mpox
Jepun pada Rabu mengesahkan kematian pertama akibat jangkitan mpox di negara itu.
Lima kes baharu positif cacar monyet dikesan
Kesemua kes baharu yang dilaporkan itu tiada hubung kait dengan kes-kes yang dilaporkan sebelum ini.
Sembilan kes jangkitan cacar monyet dilaporkan di Malaysia
Sembilan kes jangkitan cacar monyet (mpox) dilaporkan berlaku di dalam negara bagi tempoh Julai hingga November tahun ini melibatkan seorang warga asing dan lapan warga tempatan.
Vietnam rekod 56 kes cacar monyet
Vietnam melaporkan 56 kes cacar monyet di tujuh wilayah dan bandar, termasuk satu kematian sehingga 31 Oktober, menurut maklumat terkini Kementerian Kesihatan, lapor Xinhua.
Dua kes baharu positif cacar monyet dikesan - KKM
Kedua-dua kes menafikan mempunyai sejarah lawatan ke luar negara dalam tempoh 21 hari sebelum gejala timbul.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Indonesia tingkatkan amaran terhadap ancaman penyakit cacar monyet
Indonesia meningkatkan amaran terhadap ancaman penyakit cacar monyet ekoran kes yang disahkan meningkat kepada 14 orang.
Vietnam lapor kes kematian pertama cacar monyet
Vietnam melaporkan kes kematian pertama cacar monyet membabitkan seorang lelaki dari wilayah Long An di selatan negara itu, lapor Xinhua memetik Agensi Berita Vietnam pada Rabu.
Vietnam rekod 13 kes cacar monyet
Bandar Ho Chi Minh di selatan Vietnam melaporkan empat lagi kes cacar monyet, menjadikan jumlah jangkitan di bandar itu kepada 13 setakat Isnin, lapor media tempatan.
Laos lapor kes cacar monyet pertama
Kementerian Kesihatan Laos telah mengesahkan kes pertama cacar monyet di negara itu, dan menyeru pegawai kesihatan di seluruh negara untuk sentiasa berwaspada.