SIBU: Sarawak bukan 'juara' di dalam kes-kes melibatkan rasuah, malah ia patut berbangga kerana tiada kes-kes besar berkaitan rasuah dilaporkan berlaku, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.
Beliau berkata berdasarkan rekod pihaknya, trend rasuah di Sarawak dilihat tidak meningkat, dan ia lebih stabil.
Bagaimanapun beliau mencadangkan kerajaan Sarawak memberi penekanan kepada kes-kes yang melibatkan tuntutan palsu dan salah guna kuasa dalam kalangan penjawat awam, yang boleh mendatangkan kerugian sekiranya terus dibiarkan berlaku.
Beliau berkata demikian ketika diminta memberi pandangan mengenai 'Integriti, Tadbir Urus dan Anti Rasuah: Cabaran dan Masa Hadapan' pada Majlis Amanat Perdana Integriti 2022 di sini semalam.
Azam berkata 72 kes tuntutan palsu dan 25 kes salah guna kuasa dilaporkan dari 2017-2021, dan dalam tempoh berkenaan 34 tangkapan berhubung tuntutan palsu dan 24 kes salah guna kuasa dikesan.
Azam berkata mungkin ada pegawai-pegawai awam tidak memahami undang-undang berkaitan dengan penyalahgunaan kuasa, dan sehubungan itu meminta SPRM Sarawak melancarkan lebih banyak lagi program pendidikan bagi meningkatkan lagi pemahaman ini.
Beliau berkata kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberikan sokongan yang baik kepada SPRM di dalam melaksanakan tugasnya.
"SPRM akan menyokong kerajaan Sarawak di dalam meningkatkan tadbir urus dan integriti dalam kalangan penjawat awam, mempunyai Unit Integriti dan Ombudsman serta kira-kira 80 pegawai integriti bertauliah itu menunjukkan jenis inisiatif yang dilakukan kerajaan Sarawak," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 28 2022
Azam berkata mungkin ada pegawai-pegawai awam tidak memahami undang-undang berkaitan dengan penyalahgunaan kuasa, dan sehubungan itu meminta SPRM Sarawak melancarkan lebih banyak program pendidikan. - Gambar fail/BERNAMA
Sindiket tipu pelaburan di TikTok tumpas, lapan ditahan
Pengarah JSJK Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata mereka yang ditahan berumur lingkungan 21 hingga 43 tahun.
Kerajaan siap sedia dengan pelan kecemasan, kebajikan jemaah haji diutamakan - Mohd Na'im
Kerajaan sentiasa bersiap sedia dengan pelan kecemasan bagi menjamin keselamatan jemaah haji Malaysia sekiranya berlaku sebarang insiden.
Kapal Handala milik FCC ke Eropah Utara, anjur protes tentang kekejaman Israel di Gaza
Kapal Handala milik Freedom Flotilla Coalition (FFC) akan belayar ke beberapa negara di utara Eropah sebelum meneruskan pelayaran ke Gaza.
Kerugian wang mangsa penipuan pelaburan tidak dapat dikembalikan
Kerugian wang dialami pelabur yang menjadi mangsa skim penipuan pelaburan tidak dapat dikembalikan meskipun melalui proses perundangan.
Majoriti waris sudah setuju pindah kubur untuk ECRL - MB Selangor
Kerajaan negeri menerusi JAIS dan PBT ketika ini sedang menumpukan usaha mendapatkan persetujuan baki waris lain yang terlibat.
Orang utan rawat luka sendiri guna tumbuhan
Pemerhatian itu memberikan pandangan baharu tentang kemampuan merawat diri sendiri dalam spesis tersebut, selain menggariskan persamaan antara manusia dan orang utan.
Saudi wajibkan jemaah haji ada kad Nusuk
Pelancaran kad itu adalah siri terbaru dalam pembaharuan diperkenalkan kerajaan Arab Saudi sebagai sebahagian usaha berterusan menyediakan kemudahan dan keselesaan kepada jemaah haji.
Kena serangan jantung, warga emas maut kemalangan
Akibat terkena serangan jantung, seorang lelaki warga emas maut apabila kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta lain di Jalan Rahmat, pada malam Khamis.
Reformasi pendidikan: Jangan tambah subjek, beri penekanan interaksi sosial
Pelajar di peringkat sekolah rendah seharusnya tidak dibebankan dengan terlalu banyak subjek mata pelajaran dalam usaha meningkatkan aspek kualiti dan kecekapan.
Reformasi pendidikan: 'Jangan tambah subjek, beri penekanan interaksi sosial'
Pelajar di peringkat sekolah rendah seharusnya tidak dibebankan dengan terlalu banyak mata pelajaran dalam usaha meningkatkan aspek kualiti dan kecekapan.
Tiada kes rasuah besar di Sarawak - SPRM
Azam berkata, berdasarkan rekod pihaknya, trend rasuah di Sarawak dilihat tidak meningkat, dan ia lebih stabil.