awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS naikkan duti import kenderaan bermotor, tarif timbal balas ke atas Korea Selatan
UUM, LHDN Kedah teroka kerjasama strategik dalam akademik dan percukaian
Angka ekonomi positif berjaya perkukuh kedudukan ringgit - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kena serangan jantung, warga emas maut kemalangan

Sinar Harian
Sinar Harian
03/05/2024
08:30 MYT
Kena serangan jantung, warga emas maut kemalangan
Polis berkata, lelaki warga emas tersebut dipercayai terkena serangan jantung sebelum kemalangan berlaku. - Gambar hiasan
BATU PAHAT: Akibat terkena serangan jantung, seorang lelaki warga emas maut apabila kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta lain di Jalan Rahmat, di sini, pada malam Khamis.
Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan berkenaan pada jam 8 malam.
“Siasatan di tempat kejadian mendapati kereta jenis Hyundai Elantra yang dipandu lelaki berusia 71 tahun itu datang dari arah Batu Pahat menghala ke Jalan Pantai.
“Apabila tiba di laluan lokasi kejadian, kereta berkenaan telah hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan lalu melanggar bahagian belakang kereta jenis Perodua Bezza yang dinaiki tiga individu.
“Akibat kemalangan tersebut, lelaki warga emas itu meninggal dunia di lokasi manakala pemandu Perodua Bezza dan dua penumpangnya hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya.
Ismail berkata, lelaki warga emas itu dipercayai terkena serangan jantung sebelum kemalangan tersebut berlaku.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana kemalangan yang melibatkan kematian. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#serangan jantung
#kemalangan jalan raya
#kemalangan maut
#warga emas maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan