KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu bahawa tiada kesilapan besar dalam kandungan dokumen Perjanjian Awalan Bagi Projek Penswastaan Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang yang ditandatangani kerajaan negeri dan syarikat Consortium Zenith Beijing Urban Construction Group Sdn Bhd pada 2013.
Perkara itu disahkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Adlin Abdul Majid, 47, ketika memberi keterangan dalam kes rasuah membabitkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang berdepan empat pertuduhan membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama di negeri itu bernilai RM6.3 bilion.
Ketika disoal balas peguam Gobind Singh Deo, yang mewakili Lim, Adlin berkata ketika itu, beliau merupakan peguam di Tetuan Lee Hishammuddin Allen & Gledhill dan telah dilantik oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menyediakan draf perjanjian tersebut.
Saksi pendakwaan ke-12 itu berkata draf perjanjian awal tersebut telah dibawa ke mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 4 Okt 2013 yang turut dihadiri bekas Penasihat Undang-Undang negeri Datuk Faiza Zulkifli, 61.
Beliau berkata draf itu telah dibentang dan mendapat kebenaran exco selain persetujuan mereka untuk pindaan tertentu dibuat dalam perjanjian tersebut.
Adlin berkata tiada sebarang bantahan dikemukakan semasa mesyuarat exco berhubung perjanjian itu.
Gobind: Rakan saya yang bijaksana mendakwa terdapat 'kesilapan besar' dalam perjanjian itu. Adakah anda tahu mengenai sebarang kesilapan besar yang berlaku dalam perjanjian itu? Adlin menjawab "Tidak."
Gobind: Datuk Faiza Zulkifli berkata terdapat kesilapan besar ketika merujuk kepada perenggan tertentu (dalam draf perjanjian itu). Adakah anda setuju bahawa terdapat kesilapan besar pada bahagian itu dalam perjanjian tersebut? Adlin: Saya tidak setuju.
Saksi itu juga bersetuju dengan pembelaan bahawa kepentingan kerajaan negeri telah dilindungi melalui perjanjian itu kerana ia perlu melalui jawatankuasa tertentu sebelum dilaksanakan.
Adlin juga berkata Faiza tidak pernah memaklumkan kepada beliau mengenai sebarang 'kesilapan besar' dalam perjanjian itu.
Pada prosiding sebelum ini, saksi pendakwaan ke-11 iaitu Faiza memberitahu mahkamah bahawa terdapat kesilapan besar dalam kandungan dokumen itu yang membabitkan lot tanah.
Terdahulu, saksi pendakwaan ke-13 Datin Seet Chin Leng, 55, memaklumkan mahkamah bahawa kali terakhir beliau berjumpa suaminya iaitu mendiang Datuk Ewe Swee Keng ialah pada 1 pagi sebelum mangsa maut terjatuh dari kondominium di Jalan Kelawi, Georgetown pada 5 pagi 5 Okt lepas.
Mendiang Ewe, saksi pendakwaan yang sepatutnya memberi keterangan dalam kes rasuah membabitkan Lim, dilaporkan maut selepas terjatuh dari kondominium itu dan kes dilaporkan sebagai mati mengejut.
Seet berkata beliau tidak tahu suaminya telah ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk memberi keterangan kerana perkara itu tidak pernah dimaklumkan oleh mendiang.
Lim didakwa menggunakan kedudukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima rasuah RM3.3 juta sebagai tindakan membantu syarikat milik Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702.
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Komtar, George Town antara Januari 2011 dan Ogos 2017.
Mengikut pertuduhan pindaan kedua, Lim didakwa meminta suapan daripada Zarul Ahmad sebanyak 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh syarikat itu sebagai penghargaan mendapatkan projek tersebut berhampiran The Garden Hotels, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, Kuala Lumpur pada Mac 2011.
Setiausaha Agung DAP itu turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua plot tanah bernilai RM208.8 juta milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang dilupuskan kepada dua syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan projek terowong dasar laut itu.
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang, Tingkat 21, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017.
Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 29 2021
Lim didakwa menggunakan kedudukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima rasuah RM3.3 juta sebagai tindakan membantu syarikat milik Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702. - Gambar fail
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Projek terowong: SPRM jalankan siasatan khas terhadap Lim Guan Eng - Saksi
Saksi utama pendakwaan kes rasuah Lim Guan Eng memberitahu beliau tidak mendedahkan nama bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu semasa memberi keterangan kepada SPRM.
Kes rasuah: Nama Guan Eng timbul selepas kes Gnanaraja disiasat - Saksi
Seorang saksi mengaku di mahkamah bahawa nama Lim Guan Eng hanya ditimbulkan selepas lebih setahun kes rasuah membabitkan seorang ahli perniagaan di Shah Alam, disiasat.
Ahli Parlimen cadang kerajaan teliti impak cukai kepada rakyat
Kerajaan dicadang meneliti pelaksanaan cukai di dalam negara termasuk peningkatan kadar baharu cukai perkhidmatan yang berkemungkinan memberi kesan secara langsung kepada rakyat.
Saksi akui tidak beritahu SPRM RM2 juta untuk Lim Guan Eng
Menurut saksi, beliau tidak pernah menyatakan wang RM2 juta bertujuan diberikan kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu.
Saksi tidak sebut nama Guan Eng dalam siasatan kes rasuah terowong dasar laut pada 2018
Seorang saksi utama pendakwaan mengakui bahawa beliau tidak pernah memberitahu SPRM pada 2018 bahawa rasuah RM2 juta ditujukan untuk bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
RM247 juta kos penuh projek Gurney Bay - Chow
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow menyangkal dakwaan bahawa Fasa 1 Gurney Bay melibatkan kos sebanyak RM247 juta.
Rasuah terowong dasar laut: Pernyataan saksi diserah kepada Guan Eng
Mahkamah Sesyen membenarkan sebahagian dokumen pernyataan saksi utama dalam perbicaraan kes rasuah projek terowong dasar laut diserahkan kepada pembelaan Guan Eng.
Guna air simpanan untuk minum dan masak, air tangki tidak sesuai - Guan Eng
Orang ramai perlu mengambil maklum mengenai air yang disediakan di tangki simpanan tetap tidak sesuai untuk tujuan minuman dan memasak.
Guan Eng cadang peruntukan semua ADUN k'jaan dinaik kepada RM800,000 setahun
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih Lim Guan Eng memohon kepada kerajaan supaya peruntukan RM500,000 setahun untuk kesemua ADUN kerajaan ditambah kepada RM800,000, sama seperti di Selangor.
PDC tidak beri tanah kepada swasta untuk dibangunkan - Chow
Bank tanah perindustrian PDC terletak di lokasi strategik dan dapat dipasarkan kepada pelabur kategori industri digalakkan.