Tiada kompromi terhadap mana-mana pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja menimbulkan atau menyebar isu perkauman dan keagamaan melalui media sosial, kata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin yang juga Anggota Parlimen Pagoh berkata perbuatan seumpama itu bukan sahaja akan memecahbelahkan perpaduan kaum, malah boleh memberi ancaman besar terhadap keselamatan negara.
"Saya mahu bagi amaran, saya bagitahu Ketua Polis Negara (Datuk Seri Abdul Hamid Bador) jangan bagi amaran-amaran, jika sudah ada bukti yang cukup individu itu telah melanggar undang-undang hasut orang dan buat perkara tidak baik sehingga boleh menjahanamkan negara, kita tidak akan bagi kompromi walaupun orang Pagoh yang buat, kita akan ambil tindakan tegas.
"Ini kerana kita nak pastikan apa yang kita bina selama 62 tahun tidak diruntuhkan, dirosakkan dan dihancurkan," katanya ketika berucap pada majlis Himpunan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Peringkat Parlimen Pagoh di Dataran Bukit Pasir, di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Shahruddin Md Salleh.
Sementara itu, ketika ditemui pemberita Dr Sahruddin berkata kerajaan negeri mengarahkan semua sekolah di negeri ini menghadkan sementara aktiviti luar kelas, berikutan fenomena jerebu yang sedang melanda ketika ini.
Beliau berkata selain itu, masyarakat di negeri ini juga dinasihatkan agar sentiasa memakai penutup hidung dan mulut ketika berada di luar rumah selain elak melakukan pembakaran terbuka.
"Bagi individu yang ada alahan, atau mudah kena semput pastikan guna 'mask' ketika buat aktiviti luar. Kita juga tidak galakkan masyarakat untuk sementara membuat kegiatan atau aktiviti luar, termasuk sekolah," katanya.
Menurut laman web, Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU), lima lokasi mencatatkan bacaan tidak sihat setakat 6 petang ini iaitu Tangkak merekodkan bacaan IPU 160, Segamat (133), Batu Pahat (118), Kluang (109) dan Larkin (106).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 13 2019
Muhyiddin berkata perbuatan seumpama itu bukan sahaja akan memecahbelahkan perpaduan kaum, malah boleh memberi ancaman besar terhadap keselamatan negara. - Gambar fail
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
PDRM tidak berniat jahat atau cuai untuk tahan suami Indira Gandhi - Bekas KPN
Abdul Hamid berkata beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan atau memberi petunjuk bahawa dirinya atau PDRM tidak menahan Patmanathan walaupun tahu lokasinya.
Mahmood Razak CEO baharu Puspakom
Puspakom mengumumkan pelantikan Mahmood Razak Bahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu, berkuat kuasa 1 Oktober.
PRU15: Tun Mahathir akan jumpa Hamid Bador
Menurutnya, buat masa ini beliau masih belum berjumpa secara peribadi dengan Abdul Hamid bagi membincangkan soal itu.
Hamid Bador calon terbaik bertembung dengan Tok Mat
Sifat Abdul Hamid Bador yang berani bercakap benar dan tegas melengkapi ciri-ciri kepimpinan yang diharapkan oleh rakyat.
Bekas KPN Hamid Bador akhiri zaman duda, kahwini pegawai polis - Laporan
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan telah menamatkan zaman dudanya apabila menikahi seorang pegawai polis berpangkat Deputi Superintendan.
Kartel PDRM: Timbalan Menteri KDN minta bekas IGP lapor, berikan bukti dan nama
Pendedahan Abdul Hamid itu adalah dakwaan berat dan beliau berpendapat ada baiknya ia tidak dibuat secara umum sebaliknya dilaporkan.
Kartel PDRM: Hamid Bador hilang hak buat sebarang komen - EAIC
EAIC merumuskan perkara tersebut lantaran Abdul Hamid tidak memberi sebarang bukti yang menyokong dakwaannya.
Tiada kartel PDRM: "Ini bukan mahkamah" - Hamzah Zainudin, blok pembangkang bertikam lidah
Ia bermula apabila Hamzah memaklumkan bahawa siasatan PDRM mendapati tidak wujud sebarang kartel di dalam badan penguatkuasaan itu.
Segerakan siasatan berhubung dakwaan bekas Ketua Polis Negara - Asyraf Wajdi
Pendedahan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengenai kegiatan budaya rasuah dalam amalan lompat parti dan campur tangan yang serius dalam insitusi Polis.
Hamzah tidak hadir Majlis Serah Tugas Jawatan KPN
Majlis Serah Tugas Jawatan Ketua Polis Negara (KPN) di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini berlangsung tanpa kehadiran Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.