awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kopi Waktu tonjol identiti Kedah, promosi sektor pelancongan - Raja Muda Kedah
Beri ruang Kim Swee capai sasaran di NFDP - Mohd Yusoff
Lelaki bunuh 9 orang, termasuk 4 anak kandung selepas bertengkar dengan isteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada lagi debu asap kesan Gunung Berapi Sinabung

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
11/08/2020
11:47 MYT
Tiada lagi debu asap kesan Gunung Berapi Sinabung
Ketiadaan asap debu kesan daripada letusan Gunung Berapi Sinabung berterbangan dalam ruang udara negara.disebabkan oleh angin dari Monsun Barat Daya yang kuat dan kejadian hujan di beberapa kawasan berkenaan. - Gambar REUTERS
Sejak pukul 8 pagi tadi, tiada lagi asap debu kesan daripada letusan Gunung Berapi Sinabung berterbangan dalam ruang udara negara.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Jailan Simon berkata, perkara itu disebabkan oleh angin dari Monsun Barat Daya yang kuat dan kejadian hujan di beberapa kawasan berkenaan.
"Berdasarkan ramalan dan pemantauan dari Pusat Amaran Debu Gunung Berapi Serantau (VAAC) Darwin, Australia, mendapati asap debu gunung berapi yang ada di ruang udara negara semakin sedikit dan berkurangan sejak pagi tadi.
"Ini disebabkan oleh angin daripada Monsun Barat Daya yang kuat dan kejadian hujan mengakibatkan debu itu jatuh serta terbang ke tempat lain," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Selasa.
BACA: Asap debu Gunung Sinabung dijangka masuki ruang udara Malaysia, IPU tidak terjejas - MetMalaysia
Kejadian letusan Gunung Berapi Sinabung tidak akan menjejaskan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di negara ini meskipun asap debunya memasuki ruang udara negara di utara Selat Melaka dan negeri-negeri di utara serta timur Semenanjung.
Dalam perkembangan lain, Jailan berkata, kejadian angin ribut yang melanda Melaka pagi Selasa merupakan ciri-ciri Monsun Barat Daya.
Katanya, musim itu akan mengakibatkan kawasan pesisir pantai barat Semenanjung berpotensi berlaku hujan lebat serta ribut petir (garis badai).
"Keadaan ini memang boleh berlaku tetapi tidak terlalu kerap.
"Bagaimanapun fenomena itu tiada kaitan dengan kejadian gunung berapi yang melanda Pulau Sumatera, Indonesia," katanya.
Topic Berkaitan
#angin ribut yang melanda Melaka
#Gunung Berapi Sinabung
#Indonesia
#Jabatan Meteorologi Malaysia
#Malaysia
#Monsun Barat Daya
#Pusat Amaran Debu Gunung Berapi Serantau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan