KUALA LUMPUR: Pelancong ke Pulau Langkawi tidak lagi perlu menjalani ujian saringan RT-PCR atau RTK-Antigen berkuat kuasa, hari ini, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata, langkah itu diambil selepas kementeriannya menyemak semula keperluan pengujian status jangkitan dan mendapati peratusan pelancong yang dikesan positif semasa saringan adalah sangat rendah.
"Mengambil kira peratus pelancong yang dikesan positif semasa saringan yang sangat rendah, Kementerian Kesihatan (KKM) memutuskan untuk memberhentikan keperluan ujian pengesanan COVID-19.
"Pemberhentian keperluan menjalani ujian oleh pengembara ke Langkawi ini berkuatkuasa mulai 12 Oktober 2021 (hari ini)," katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.
Bagaimanapun Khairy berkata, sebagai langkah mengukuhkan tindakan kesihatan awam kendiri, para pelancong digalakkan untuk melakukan ujian COVID-19 kendiri sebelum memulakan perjalanan ke Langkawi bagi mengurangkan risiko jangkitan kepada pelancong lain.
Namun katanya, syarat wajib bagi melengkapkan dua dos vaksin COVID-19 bagi semua pelancong dewasa masih kekal dan perlu dipatuhi.
Khairy memberitahu, sehingga 10 Oktober lalu seramai 54,341 pelancong menjalani ujian pengesanan COVID-19 dan daripada jumlah itu hanya 216 atau 0.4 peratus sahaja yang dikesan positif jangkitan itu.
"Hanya seorang pelancong yang mengalami gejala semasa di Langkawi dan didapati positif COVID-19 melalui ujian RT-PCR.
"Siasatan mendapati punca jangkitan bukan di Langkawi. Tiada kluster COVID-19 yang berpunca dari gelembung pelancongan di Langkawi," jelasnya.
Katanya, keputusan itu juga adalah selari dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang membenarkan rentas negeri kepada mereka yang melengkapkan vaksin dua dos tanpa perlu mendapatkan kebenaran polis. Ia termasuk untuk perjalanan pulang ke kampung dan sektor pelancongan bermula Isnin lalu.
Sementara itu, Khairy memberitahu, bagi individu yang disahkan positif dan sedang dalam tempoh pengasingan dan pemantauan atau individu yang dikenal pasti sebagai kontak rapat kepada kes positif yang sedang menjalani perintah kuarantin dan pengawasan, masih tidak dibenarkan melancong.
"Bagi mereka yang mengalami gejala seperti demam, batuk dan selsema, dinasihatkan agar menangguhkan dahulu perjalanan," tambahnya lagi.
Sebelum ini, kerajaan melaksanakan projek rintis gelembung pelacongan Langkawi mulai 16 September lalu dan bagi memastikan kesejahteraan sektor pelancongan, setiap pelancong diwajibkan menjalani ujian pengesanan COVID-19 sama ada RT-PCR atau RTK-Antigen.
Umavathi Ramayah
Tue Oct 12 2021
Khairy Jamaluddin berkata, pelancong ke Pulau Langkawi tidak lagi perlu menjalani ujian saringan. - Unsplash
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.