Polis hari ini mengesahkan tiada lagi mangsa lain yang terbabit dalam kejadian runtuhan sebuah bangunan dan jejambat dalam pembinaan berhampiran Apartmen Abdullah Hukum di Jalan Bangsar di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Sharul Othman Mansor berkata jumlah keseluruhan mangsa yang terbabit adalah seramai enam orang iaitu pekerja tapak pembinaan warga Vietnam, Pakistan dan Indonesia termasuk seorang warga Vietnam yang maut akibat insiden itu.
"Pasukan penyelamat telah menggunakan dua ekor anjing pengesan bagi mengesan mangsa yang dikatakan tertimbus sejak semalam namun usaha itu juga gagal menemui sebarang mangsa atau mayat," katanya ketika dihubungi, di sini.
Katanya pihak majikan selaku pemaju pembinaan itu juga tidak dapat memberikan butir-butir pengenalan mangsa atau orang yang hilang semasa bekerja di lokasi kejadian.
Justeru, beliau berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah ditamatkan pada pukul 11 pagi ini selepas tiada mangsa atau mayat yang dikesan di lokasi kejadian.
Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya masih menempatkan satu balai polis bergerak bersama dua anggota untuk memantau lokasi kejadian dan kerja pembersihan runtuhan sedang dilakukan oleh pihak pemaju.
Insiden runtuhan kira-kira 3.30 petang semalam menyebabkan seorang pekerja kontrak warga Vietnam berumur 21 tahun maut manakala lima lagi cedera.
Operasi SAR giat dijalankan sehingga tengah malam tadi sebelum operasi disambung pada pukul 8 pagi sehingga 11 pagi ini kerana dikhuatiri masih terdapat mangsa lain yang terperangkap dalam runtuhan itu.
Bernama
Thu Dec 01 2016

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kejadian jejambat runtuh telah ditamatkan pada pukul 11 pagi ini selepas tiada mangsa atau mayat yang dikesan di lokasi kejadian. - Gambar fail

Kemelut politik parti Amanah - Reaksi Mujahid Yusof
Ahli Parlimen Julau, Larry Sng dilapor meletak jawatan sebagai ketua PKR Sarawak. Menurut sumber parti yang dipetik portal The Star, Sng dilapor telah mengumumkan peletakan jawatan beliau dalam satu sidang video pada Sabtu. Perkara ini disahkan setiausaha PKR Sarawak, Joshia Jabeng.

Situasi politik PKR Sarawak, Larry Sng letak jawatan?
Ahli Parlimen Julau, Larry Sng dilapor meletak jawatan sebagai ketua PKR Sarawak. Menurut sumber parti yang dipetik portal The Star, Sng dilapor telah mengumumkan peletakan jawatan beliau dalam satu sidang video pada Sabtu. Perkara ini disahkan setiausaha PKR Sarawak, Joshia Jabeng.

Larry Sng letak jawatan sebagai Ketua PKR Sarawak
Ahli Parlimen Julau, Larry Sng dilapor meletak jawatan sebagai ketua PKR Sarawak. Menurut sumber parti yang dipetik portal The Star, Sng dilapor telah mengumumkan peletakan jawatan beliau dalam satu sidang video pada Sabtu. Perkara ini disahkan setiausaha PKR Sarawak, Joshia Jabeng.

"Biar PKR Sarawak selesaikan masalah dalaman mereka" - DAP Sarawak
Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen menyerahkan sepenuh kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak untuk menyelesaikan kemelut politik parti itu.

Bunuh anak sendiri, sepasang suami isteri ke tali gantung
Mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman di bawah Seksyen 35 akta sama.

Pharmaniaga sasar proses 80,000 dos vaksin sehari
Mohamed Iqbal berkata, jumlah itu mengambil kira kekangan pembersihan kilang yang akan dibuat selepas 18 jam sehari.

Timbalan Pengerusi PKR Sarawak sahkan Larry Sng letak jawatan, keluar parti
Ketika dihubungi Astro AWANI, Abang Zulkifli Abang Engkeh mengesahkan peletakan jawatan Larry Sng sebagai Ketua PKR Sarawak.

Lompat parti: Kaji kerjasama dengan PH, PKR - Amanah Bukit Bintang
Amanah digesa mengkaji kerjasama dengan PKR susulan menerima ahli mereka yang melompat keluar parti.

MPP PKR adakan mesyuarat petang ini
Kemelut hubungan antara PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) juga dijangka akan dibincangkan dalam mesyuarat itu.

AWANI Ringkas: PM lancar Pelan Perkasa KRT
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mayat lelaki dipercayai dibunuh ditemukan di Jalan Bangsar
Mangsa yang dipercayai berusia 30an itu ditemukan di tengah laluan di jalan tersebut pada jam 5.38 pagi oleh orang awam.

Pemandu mabuk: Lelaki Australia didenda RM5,000
Pegawai pendakwa Insp Abdullah Khazali menggesa mahkamah mengenakan hukuman keras memandangkan ia adalah kesalahan buat kali kedua, manakala Simon memohon maaf dan merayu denda minimum.

Tiada lagi mangsa runtuhan jejambat - Polis
Polis hari ini mengesahkan tiada lagi mangsa lain yang terbabit dalam kejadian runtuhan sebuah bangunan dan jejambat dalam pembinaan berhampiran Apartmen Abdullah Hukum di Jalan Bangsar.

Operasi SAR di tapak runtuhan Jalan Bangsar dihentikan
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Ruhisha Haris berkata operasi itu ditamatkan setelah pihaknya berpuas hati tiada lagi mangsa yang tertimbus di kawasan runtuhan itu.

Insiden runtuh di Jalan Bangsar, pasukan pakar ditubuhkan - Fadillah
Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pasukan tersebut dianggotai pakar daripada Kementerian Kerja Raya, CIDB, DOSH dan DBKL

Banjir kilat KL: Air naik dengan pantas, banyak kereta tenggelam - Saksi
Sebanyak empat jalan utama dilaporkan terjejas akibat banjir kilat yang melanda ibu negara kira-kira 7.30 malam tadi.

Banjir kilat tenggelamkan empat jalan utama di KL
Hujan lebat yang melanda ibu negara kira-kira 7.30 malam tadi menyebabkan banjir kilat dan sebanyak empat jalan utama terjejas teruk.

Serang OKU, lelaki kurang siuman ditembak polis
Seorang lelaki cacat penglihatan parah diserang lelaki kurang siuman dengan parang oleh lelaki itu di sebuah restoran di Jalan Bangsar.