KUALA LUMPUR: Bilangan pekerja yang berkhidmat dalam sektor awam berisiko untuk menyusut susulan keputusan Kerajaan Perpaduan memansuhkan sistem berpencen bagi penjawat awam baharu berstatus tetap.
Malah, kesan keputusan kerajaan itu juga boleh menyebabkan rakyat Malaysia lebih memilih untuk bekerja dalam sektor swasta atau luar negara yang jauh lebih baik.
Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris mempersoalkan hala tuju kerajaan kerana ia melibatkan keputusan yang besar dalam sektor awam.
"Belum sempat isu pengambilan penjawat awam baharu hanya diberikan secara kontak, Kerajaan Perpaduan Madani terus umum tiada lagi berpencen dalam sektor awam.
"Tahniah diucapkan di atas pemikiran hebat di luar kotak barisan Kabinet PMX, tetapi takziah buat barisan penjawat awam yang selama ini menjadi tulang belakang pentadbiran negara.
"Ketua Setiausaha Negara (Tan Sri Mohd Zuki Ali) tidak bersalah dalam hal ini kerana beliau terpaksa akur sebagai seorang penjawat awam tertinggi negara walaupun mengetahui tindakan drastik kerajaan telah mengundang ketidakpuasan dalam penjawat awam sekarang," katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.
Pada Rabu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, Kabinet bersetuju perjawatan bagi penjawat awam baharu berstatus tetap selepas ini adalah tidak berpencen.
Menurut Ahmad Zahid, bagi penjawat awam sedia ada, status berpencen mereka tidak terjejas, sementara penjawat awam baharu itu kelak akan membuat caruman menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Beliau berkata, pendirian itu dibuat kerajaan selepas menilai bahawa menjelang 2040, jumlah pencen yang terpaksa ditanggung kerajaan jika sistem saraan sedia ada tidak dipinda, akan mencecah RM120 bilion setahun.
Sementara itu, Razali berkata, Malaysia terhutang budi dengan pengorbanan penjawat awam di dalam negara.
"Contoh, Kementerian Pendidikan mempunyai kira-kira 503,000 kakitangan terutama guru yang sentiasa berkorban demi anak bangsa tetapi bayangkan akan berlaku 'shortage' bagi tempoh 10 tahun mendatang kerana tawaran kontrak dan tidak berpencen.
"Kementerian Kesihatan yang mempunyai kira-kira 250,000 kakitangan awamnya, akan pasti menyusut bilangannya kerana bakal pembantu perubatan, bakal jururawat, bakal ahli farmasi dan x-ray serta bakal doktor lebih bersedia berkhidmat di klinik dan hospital swasta serta di luar negara.
"Periuk nasi penjawat awam telah terusik akibat keputusan Kabinet yang fikirkan keuntungan ke atas permasalahan ekonomi yang kerajaan Perpaduan gagal mengatasi dalam tempoh setahun lalu," ujarnya.
Justeru, Razali berkata, Perikatan Nasional (PN) akan bersama dengan 2.3 juta penjawat awam untuk menjadikan isu itu sebagai agenda nasional yang perlu dipertahankan secara bersama.
Afiezy Azaman
Thu Jan 25 2024
Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris mempersoalkan hala tuju Kerajaan Perpaduan kerana ia melibatkan keputusan yang besar dalam sektor awam.
Siapa menang? Siapa kalah? Tegakkan demokrasi
Ridauddin Daud, Wartawan Astro AWANI
Keputusan tidak rasmi PRK Kuala Kubu Baharu
Keputusan tidak rasmi PRK Kuala Kubu Baharu
Pertukaran, bayaran balik tiket Piala Sumbangsih bermula esok hingga Selasa
Pertukaran dan bayaran balik tiket perlawanan pembukaan Liga Super Malaysia dan Piala Sumbangsih antara JDT dan Selangor FC yang dibatalkan semalam boleh dibuat mulai esok hingga Selasa.
Pengundian awal, apa desas desus?
Hasimi Muhammad, Wartawan Astro AWANI
[TERKINI] Menang undi awal polis, tentera
Keputusan tidak rasmi yang dikongsikan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki di Facebook menyaksikan Sock Tao menang dengan majoriti 436 undi.
Machado, Saddil mungkin terlepas aksi pertama Liga Super - Kim Swee
Dua pemain import Sabah FC iaitu Ramon Machado dan Saddil Ramdani mungkin terlepas aksi pertama Liga Super menentang Penang FC.
AWANI Borneo [11/05/2024] – Persempadanan semula kawasan DUN | Perginya ikon kebanggan Orang Ulu | Peruntukan RM7 juta
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan
#AWANIBorneo 11 Mei 2024
Sarawak pertimbang semak persempadanan semula kawasan DUN.
Pemimpin negara beri penghormatan terakhir kepada Mendiang Mutang Tagal.
Peruntukan RM7 juta bagi ubah wajah tamu desa di Sabah.
#AWANIBorneo 11 Mei 2024
Sarawak pertimbang semak persempadanan semula kawasan DUN.
Pemimpin negara beri penghormatan terakhir kepada Mendiang Mutang Tagal.
Peruntukan RM7 juta bagi ubah wajah tamu desa di Sabah.
Faizal Azumu nafi kenyataan tular isu calon PM
Bersatu menafikan kenyataan yang tular berhubung isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
RM7 juta diperuntukkan naik taraf 38 tamu desa di Sabah - Ewon
Sebanyak RM7 juta diperuntukkan bagi menaik taraf 38 tapak tamu desa yang telah dikenal pasti di seluruh Sabah
KKDW peruntuk RM290 juta setahun untuk luar bandar Sabah
Peruntukan RM290 juta KKDW untuk kemudahan luar bandar Sabah adalah peruntukan tahunan kementerian itu bagi membantu penduiduk negeri itu.
Tiada lagi pencen, kakitangan awam berisiko menyusut - Bersatu
Tiada pencen juga boleh menyebabkan rakyat Malaysia lebih memilih untuk bekerja dalam sektor swasta atau luar negara.