MALAYSIA
Tiada lagi penggiliran, sekolah sesak sejak awal pagi namun keadaan teratur, terkawal

Suasana di Sekolah Kebangsaan Padang Tembak 1&2 pada hari pertama tiada lagi pengiliran sekolah bermula 17 April. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Bermula 17 April, semua pelajar sekolah rendah di negeri Kumpulan A iaitu di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu dibenarkan untuk kembali ke sesi persekolahan tanpa penggiliran.
Bagi negeri Kumpulan B pula termasuk Selangor dan Kuala Lumpur, pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka bermula hari ini iaitu pada 18 April 2022.
Tinjauan Astro AWANI di beberapa sekolah di Kuala Lumpur mendapati keadaan agak sesak pada awal pagi terutamanya ketika ibu bapa sibuk menghantar anak masing-masing.
Keadaannya hampir sama ketika zaman sebelum pandemik, cuma kali ini ia lebih teratur dan mengikut prosedur operasi standard ditetapkan.

Suasana di Sekolah Kebangsaan Padang Tembak 1&2 pada hari pertama tiada lagi pengiliran sekolah bermula 17 April.
Pekerja swasta, Abdullah Jusoh berkata, walaupun PdPR ada juga kebaikannya namun dia lebih suka bersekolah secara bersemuka.
Walaupun anaknya menangis ketika dihantar ke sekolah namun dia berpendapat belajar di sekolah lebih baik kerana anaknya lebih memberikan tumpuan di kelas.

Suasana di Sekolah Kebangsaan Padang Tembak 1&2 pada hari pertama tiada lagi pengiliran sekolah bermula 17 April.
“Kalau PDPR itu, dia macam banyak main sikit, dia tak tumpu sangat. Kalau di sekolah ini, dia berdepan.
“(Nampak tadi anak nangis, dah biasa ke?) Dah biasa tu, dia buat perangai itu kita tahu dah. Daripada nak datang tadi lagi dah," katanya kepada Astro AWANI.

Suasana di Sekolah Kebangsaan Padang Tembak 1&2 pada hari pertama tiada lagi pengiliran sekolah bermula 17 April.
“Tiada penggiliran lagi baik. Macam kami yang kerja nak pantau PdPR itu agak susah sikit.
“Macam anak akak ni, dia kanak-kanak istimewa. Bila PDPR kita nak kena pantau, itu masalah pada saya. Bila dah bersemuka ini lagi Alhamdulillah.
“Dia suka di sekolah. Kalau kat rumah PdPR tu, budak-budak istimewa ini susah sikit, lebih elok bila dia di sekolah,” ujarnya.

Suasana di Sekolah Kebangsaan Padang Tembak 1&2 pada hari pertama tiada lagi pengiliran sekolah bermula 17 April.
Begitupun, beliau menasihatkan ibu bapa supaya tidak mengambil ringan terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP), lebih-lebih lagi ketika menuju fasa peralihan ke endemik.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami