awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada lagi penggiliran di sekolah bermula 17 April - Radzi

Astro Awani
Astro Awani
08/04/2022
11:08 MYT
Tiada lagi penggiliran di sekolah bermula 17 April - Radzi
Radzi berkata, keputusan itu dibuat selepas pihaknya melakukan penelitian terhadap kelancaran penggal baharu sesi persekolahan yang dibuka pada 21 Mac lepas. - Gambar fail/ BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pelajar sekolah rendah dibenarkan untuk kembali ke sesi persekolahan tanpa penggiliran bermula 17 April ini.
Menurut Menteri Pendidikan, Datuk Radzi Jidin, keputusan itu dibuat selepas pihaknya melakukan penelitian terhadap kelancaran penggal baharu sesi persekolahan yang dibuka pada 21 Mac lepas.
“Murid sekolah rendah akan dibenar hadir ke sekolah tanpa penggiliran bermula 17 April untuk negeri kumpulan A dan 18 April bagi negeri kumpulan B.
“Jadi, anak-anak di sekolah rendah yang mana sebelum ini hadir ke sekolah secara bergilir, bermula 17 dan 18 April ini, anak-anak boleh datang ke sekolah tanpa penggiliran," ujarnya dalam perkongsian video di Facebook pada Jumaat.
Namun, beliau menasihatkan ibu bapa supaya tidak mengambil ringan terhadap pematuan prosedur operasi standard (SOP), lebih-lebih lagi ketika menuju fasa peralihan ke endemik.
“Paling penting ialah pematuhan semua anak-anak dan guru di sekolah ini kepada SOP yang ditetapkan walaupun kita bergerak dalam Fasa Peralihan ke Endemik.
“Jadi pematuhannya adalah amat penting terutama apabila semua murid hadir ke sekolah tanpa penggiliran.
“Saya minta jasa baik semua ibu bapa untuk setia ingatkan anak-anak apabila hadir ke sekolah nanti, bahawa pematuhan kepada SOP itu satu keutamaan,” jelasnya.
Topic Berkaitan
#Radzi Jidin
#sesi persekolahan
#sistem penggiliran
#sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan