awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada laporan aktiviti godam laman sesawang kerajaan setakat ini - Jailani

Bernama
Bernama
29/08/2015
05:41 MYT
Tiada laporan aktiviti godam laman sesawang kerajaan setakat ini - Jailani
JAILANI: Belum ada laporan tapi kita (SKMM) bersedia sekiranya terdapat mana-mana agensi atau kementerian yang memerlukan bantuan dari segi teknikal untuk bantu mereka hadapi cubaan godam. -Gambar fail
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) tidak menerima sebarang laporan rasmi berhubung cubaan untuk menggodam mana-mana laman sesawang milik kerajaan setakat ini, kata Timbalan Menteri Datuk Jailani Johari.
Beliau berkata setakat ini pihak kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) belum menerima sebarang laporan dan akan terus memantau jika berlaku sebarang aktiviti yang mencurigakan.
"Belum ada laporan tapi kita (SKMM) bersedia sekiranya terdapat mana-mana agensi atau kementerian yang memerlukan bantuan dari segi teknikal untuk bantu mereka hadapi cubaan godam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Malaysia IT Fair di sini, hari ini.
Beliau berkata SKMM menyeru mana-mana organisasi atau kementerian supaya berhati-hati dan memantau sebarang aktiviti yang mencurigakan melibatkan laman sesawang rasmi mana-mana kementerian.
Dalam pada itu Jailani berkata SKMM akan sentiasa memantau semua laman sesawang yang cuba mempromosi atau mengajak orang ramai menyertai perhimpunan haram Bersih 4 yang sedang berlangsung bermula hari ini hingga esok.
Semalam SKMM menyekat empat laman sesawang yang menyebar maklumat program perhimpunan itu.
Topic Berkaitan
#Jailani Johari
#kerajaan
#Laman web
#perhimpunan
#SKMM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan