Pihak berkuasa kesihatan tidak menerima sebarang laporan berhubung kesihatan bayi terjejas akibat terminum susu rumusan bayi tiruan setakat ini susulan rampasan produk berkenaan di sini Khamis lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor Datuk Ayub Rahmat berkata ini berdasarkan pemantauan Jabatan Kesihatan negeri ke atas semua pusat kesihatan di negeri itu.
"Alhamdulillah, ini adalah sesuatu yang kita dapat kawal namun kita menasihatkan pengguna agar lebih berhati-hati," katanya kepada pemberita selepas Majlis Apresiasi Karnival JCare di sini, pada Rabu.
Beliau berkata demikian ketika mengulas sama ada pihaknya ada menerima laporan mengenai bayi yang terjejas kesihatannya berikutan rampasan susu formula bayi tiruan di pasaran Johor.
Meskipun begitu, Ayub menggesa agar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memperluas operasi untuk terus mengesan produk sedemikian di negeri itu.
Selain itu, beliau turut meminta KPDNKK memberi penjelasan kepada masyarakat tentang perbezaan produk asli dan tiruan agar mereka tidak terkeliru selain mengurangkan kebimbangan ibu bapa mengenai produk berkenaan.
"Perkara ini menimbulkan panik dalam kalangan masyarakat. Mereka bimbang dan ingin tahu perbezaan di antara produk asli dan tiruan. Jadi mereka (KPDNKK) kena jelaskan kepada mereka (pengguna)," katanya.
Pada Khamis lepas, KPDNKK Johor merampas 210 kotak susu rumusan bayi yang disyaki tiruan di tiga premis iaitu kedai menjual ubat-ubatan dan kedai serbaneka sekitar bandar raya itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 13 2017
Ayub meminta KPDNKK memberi penjelasan kepada masyarakat tentang perbezaan produk asli dan tiruan agar mereka tidak terkeliru selain mengurangkan kebimbangan ibu bapa mengenai produk berkenaan. - Gambar hiasan
Perak bakal laksana projek tanam bawang di Perak Tengah, sasar kawasan 40 hektar
Kerajaan Perak akan membangunkan projek tanaman bawang merah varieti BAW-1 di daerah Perak Tengah tahun ini.
Ketua angkatan tentera Kenya maut dalam tragedi helikopter terhempas
Sembilan mangsa lain dalam helikopter itu juga terbunuh, sementara dua lagi yang terselamat berada dalam keadaan kritikal.
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Mangsa mengalami pendarahan aktif pada muka dan telinga kiri, patah tangan serta kaki kiri.
Freedom Flotilla: Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan tanpa kekerasan Sabtu ini
Non violence training bertujuan mempersiapkan setiap peserta bagi mendepani sebarang kemungkinan sekiranya berlaku sebarang provokasi.
MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik
Mohd Mustafa berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Pendigitalan penjagaan kesihatan, pembaharuan pembiayaan jadi keutamaan KKM - Dzulkefly
Pendigitalan penjagaan kesihatan, bersama-sama dengan pembaharuan pembiayaan kekal menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan (KKM).
[LAPOR LANGSUNG] Peserta Gaza Freedom Flotilla dari Malaysia tiba di Istanbul
Kesemua mereka dijadual menetap di Istanbul selama dua hari bagi menyertai non-violence training dikendalikan FFC.
Orang ramai perlu berani lapor kes dera - Nancy
Perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
PABM teliti penggunaan suplemen buat Aniq Kasdan
Dalam aspek ini, Institut Sukan Negara perlu meneliti penggunaan suplemen yang mungkin boleh memberi tenaga dan kekuatan kepada atlet ini.
Sukan Olimpik Paris: Cadang atlet angkat berat sertai Program RTG
Menurut Ayub, PABM akan menghantar surat rasmi kepada Kementerian Belia dan Sukan dan Jawatankuasa RTG untuk menilai permohonan berkenaan.
Enam atlet diserap dalam skuad baharu angkat berat kebangsaan
Pembentukan pasukan baharu tersebut akan menyaksikan pelantikan seorang jurulatih antarabangsa dan tempatan.
Doping: PABM rancang bubar skuad kebangsaan
PABM kecewa kerana kes itu berlaku sewaktu kem latihan berpusat sehingga merancang untuk mengambil tindakan drastik.
Mohamad Aziz selamat dikebumi
Allahyarham disifatkan sebagai seorang yang amat menjaga silaturahim sesama sahabat tanpa mengira pangkat dan usia.
Badang Malaysia dilarang sertai Sukan Olimpik Tokyo
Selain Malaysia, atlet angkat berat Thailand turut menerima nasib sama ekoran kedua-dua negara mencatat jumlah kes doping yang banyak, tanpa mengira sebarang perubahan tarikh temasya sukan itu.
Banjir Johor semakin pulih, 7 PPS ditutup
Lebih 1,000 mangsa banjir yang ditempatkan di tujuh PPS dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, kira-kira jam 1 petang tadi.
Tiada laporan kesihatan bayi terjejas akibat susu tiruan - Exco
Datuk Ayub Rahmat berkata ini berdasarkan pemantauan Jabatan Kesihatan negeri ke atas semua pusat kesihatan di negeri itu.
Dua pelajar UTM positif Tuberkulosis dirujuk HSA, kembali teruskan pengajian
Kedua-dua pelajar rakyat tempatan itu kini dipantau Pusat Kesihatan UTM, diberi ubat dan rawatan selain dikehendaki membuat pemeriksaan berkala untuk menilai perkembangan semasa mereka.
Johor akan terus pantau situasi zika di Singapura
Jika kes meningkat, pihaknya akan menambah bilangan penolong pegawai kesihatan persekitaran di kedua-dua pintu masuk antarabangsa darat di negeri ini selain menempatkan pasukan paramedik.