awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada laporan video pelajar dibelasah pada hari lahir - Polis

Bernama
Bernama
15/04/2018
14:55 MYT
Tiada laporan video pelajar dibelasah pada hari lahir - Polis
Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P.Kamalanathan ketika ditemui pemberita selepas menghadiri satu majlis di sini berkata pihaknya sedang menyiasat insiden berkenaan.- Gambar hiasan
Polis masih tidak menerima sebarang laporan mengenai video yang menunjukkan seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah di bandar raya ini seakan-akan 'merelakan' dirinya dibelasah sekumpulan rakan ketika menyambut hari lahirnya.
Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Baharudin Mat Taib berkata hasil siasatan mendapati kejadian itu berlaku pada Februari lepas dan difahamkan pihak sekolah mengenalpasti kesemua pelajar yang terlibat dan siasatan terperinci akan dijalankan.
"Pihak polis Shah Alam telah berhubung dengan pihak sekolah terbabit dan akan bekerjasama menangani isu ini."Justeru, sementara siasatan lanjut dijalankan, pihak polis meminta kerjasama orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu ini," katanya dalam kenyataan.
Beliau mengulas video berdurasi 29 saat yang menunjukkan lapan pelajar lelaki termasuk seorang yang kelihatan sebagai pengawas menyepak dan memukul rakan sekelas mereka menggunakan sebatang penyapu.
Dalam video yang menjadi tular di laman sosial, kumpulan lelaki terbabit turut menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi kepada pelajar berkenaan sebelum dipukul.Cara sambutan hari jadi itu dikatakan menjadi amalan tradisi segelintir pelajar sekolah berkenaan.
Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P.Kamalanathan ketika ditemui pemberita selepas menghadiri satu majlis di sini berkata pihaknya sedang menyiasat insiden berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Baharudin Mat Taib
#buli
#laman sosial
#lelaki
#menteri
#p kamalanathan
#pelajar
#pendidikan
#polis
#sekolah
#shah alam
#siasatan
#video
#viral
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan