KUALA LUMPUR:Video yang tular di media sosial semalam menyatakan seorang pemandu disaman kerana isterinya duduk di bahagian penumpang hadapan adalah berniat jahat dan cuba merosakkan imej pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata tiada ketetapan yang melarang penumpang duduk di sebelah pemandu sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
"Perkara ini saya telah jawab beberapa kali bahawa tidak ada ketetapan yang memerlukan mereka yang menaiki kenderaan, seorang kena duduk hadapan seorang duduk di belakang. Malah, jika datang daripada satu keluarga tidak memakai pelitup muka di dalam kereta pun tidak salah, namun semalam ada seorang pemandu menyebarkan video kononnya disaman kerana perkara itu.
"Setelah disiasat, didapati individu itu dikenakan tindakan kerana menggunakan telefon bimbit semasa memandu," katanya dalam sidang media harian pelaksanaan PKPP di sini hari ini.
Sehubungan itu, beliau meminta polis mengambil tindakan segera terhadap individu berkenaan termasuk yang menyebarkan klip video di media sosial kerana memburukkan imej PDRM.
Mengulas tentang rungutan kos kuarantin yang tinggi dikenakan terhadap individu bukan berasal dari Sarawak yang ingin masuk dan pulang ke Sarawak, Ismail Sabri berkata mereka yang kurang berkemampuan boleh mendapatkan pengurangan atau pengecualian.
Permohonan itu katanya boleh dikemukakan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak.
"Seperti kita di Semenanjung, contohnya mereka yang pulang dan tidak mampu membayar kos kuarantin, boleh merayu kepada Menteri Kesihatan sama ada untuk mengurangkan, malah untuk mengecualikan bayaran pun boleh, tetapi dengan alasan tertentu.
"Menteri Kesihatan boleh menggunakan kuasanya mengikut Akta 342 (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) untuk mengecualikan atau mengurangkan bayaran," katanya.
Berhubung isu penutupan pusat jagaan kanak-kanak dan taska semasa PKPB, Ismail Sabri berkata perkara itu sedang diperincikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan penjelasan mengenainya akan diumumkan Menterinya Datuk Seri Rina Mohd Harun tidak lama lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 11 2020

Tiada ketetapan yang melarang penumpang duduk di sebelah pemandu sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). - Gambar fail

Messi digantung perlawanan selepas terima kad merah pertama di Barcelona
Ia merupakan kad merah ketiga sepanjang karier 17 tahun Messi, di mana dia pernah diarahkan keluar padang sebanyak dua kali sewaktu mewakili Argentina.

COVID-19: Empat pejabat Exco Terengganu di Wisma Darul Iman ditutup 14 hari
Penutupan itu bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dilakukan dalam usaha mengekang penularan wabak tersebut di kawasan berkenaan.

Polis siasat insiden dua remaja kemalangan larikan diri daripada polis
Kedua-dua remaja terbabit dipercayai melanggar lampu isyarat merah sebelum terlanggar sebuah kereta.

Setakat 12 tengahari, mangsa banjir di PPS Serian tinggal 415 orang
Mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Serian setakat jam 12 tengah hari kini hanya tinggal 415 orang melibatkan 124 keluarga.

Penerbit Muzik AS Phil Spector meninggal dunia dalam penjara
Penerbit Muzik Amerika Syarikat Phil Spector meninggal dunia pada usia 81 tahun, ketika menjalani hukuman penjara kerana membunuh. Spector, yang menaikkan muzik pop dengan menemui kaedah rakaman "Wall of Sound" pernah bekerja dengan kumpulan ternama The Beatles, The Righteous Brothers dan Tina Turner.

PKP 2.0 | Benarkan restoran beroperasi selepas 8 malam - Ahli Parlimen pembangkang
Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan pada Isnin, mereka berkata ia memandangkan pelanggan tidak dibenarkan makan dalam kedai dan penjualan makanan adalah secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran ke rumah.

Peperiksaan Utama | Guru ambil pendekatan lebih santai tingkat motivasi
Dalam pada itu, Prof Dr Siti Aishah turut menyarankan agar para guru menggunakan pendekatan lebih santai untuk meningkatkan motivasi pelajar terutamanya yang bakal menduduki peperiksaan utama bulan depan.

Banjir | Pasukan tugas khas YPM akan bantu pelajar terjejas akibat banjir
Bagi memastikan tiada pelajar tercicir pasca banjir, Yayasan Pelajara Mara (YPM) menggerakkan satu pasukan petugas bagi membantu mereka terjejas di kawasan di landa musibah banjir. Menurut Pengerusi Eksekutif YPM Datuk Dr Mohd Nizar Sudin, bukan saja bantuan kebajikan disalurkan kepada mangsa banjir tetapi sokongan psikologi juga akan diberikan kepada pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Peperiksaan Utama | Pelajar perlu anggap ia sebagai permainan, kurang tekanan
Pelajar yang bakal menduduki peperiksaan utama seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dinasihatkan untuk menganggap ia sebagai satu permainan. Ini kerana menurut Pensyarah di Jabatan Pendidikan Kaunselor & Psikologi Kaunseling, Fakulti Pengajian, Pendidikan, UPM, Prof. Dr. Siti Aishah Hassan, psikologi pelajar itu berubah apabila mereka memikirkan ia sebagai satu permainan.

Banjir Sarawak | Banjir di Serian mula surut, mangsa di PPS kekal 569
Serian menjadi satu-satunya bahagian di Sarawak yang masih dilanda banjir. Bagaimanapun paras air pagi tadi berada pada trend menurun.

PKP 2.0: Lebih ramai peniaga dijangka gulung tikar jika had operasi hingga 8 malam sahaja
Itu realiti yang dialami rata-rata peniaga di negeri yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua apabila hasil jualan terus merosot sehingga 70 peratus.

66 individu cuba rentas negeri, 11 premis hiburan dikompaun - Ismail Sabri
Seramai 66 individu cuba merentas negeri dan daerah antara yang dikenakan kompaun oleh Polis Diraja Malaysia pada Sabtu.

Sindiket masih degil, 17 PATI, 2 tekong ditahan dalam Op Benteng
Seramai 17 pendatang tanpa izin (PATI) dan dua tekong berjaya ditahan dalam Operasi Benteng dijalankan di sempadan negara pada Sabtu.

472 termasuk 32 individu cuba rentas negeri, daerah ditahan ingkar PKP
Seramai 32 daripada mereka yang dikompaun melakukan kesalahan cuba merentas negeri dan daerah tanpa kebenaran.

Institusi pendidikan di Kelantan, Sibu perlu ikut ketetapan operasi kawasan PKP - KPM
Semua institusi pendidikan di bawah KPM di Kelantan dan Sibu di Sarawak perlu mengikut ketetapan pengoperasian di kawasan PKP.

IPT, sekolah tidak boleh arah pelajar jalani ujian swab - Ismail Sabri
Ujian swab boleh diarahkan kepada mana-mana individu yang mempunyai gejala sahaja.

Kedai gunting rambut belum dibuka, pelajar boleh ke sekolah berambut panjang
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sebarang arahan baharu akan dikemas kini dari semasa ke semasa selepas dua minggu.

PKP di Kelantan, Sibu: Ini perkara penting Mesyuarat Khas MKN hari ini
Ini perkara penting yang dinyatakan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media beliau sebentar tadi.

PKP di seluruh Kelantan bermula esok hingga 26 Januari
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negeri Kelantan bermula 16 Januari (esok) hingga 26 Januari ini.

Proklamasi Darurat: ATM diberi kuasa menangkap, hospital swasta enggan beri kerjasama boleh didenda
Ismail Sabri Yaakob, berkata kuasa itu tertakluk sepanjang tempoh Ordinan Darurat berkuat kuasa hingga Ogos depan.