awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada maklumat sulit pelanggan bocor - Astro

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
30/12/2022
11:10 MYT
Tiada maklumat sulit pelanggan bocor - Astro
Astro Malaysia Holdings Bhd telah menjalankan siasatan berhubung dakwaan berlaku kebocoran maklumat peribadi pelanggan mereka, tanpa kebenaran.
KUALA LUMPUR: Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro) telah menjalankan siasatan berhubung dakwaan berlaku kebocoran maklumat peribadi pelanggan mereka, tanpa kebenaran.
Astro dalam satu kenyataan berkata, berdasarkan penyiasatan terkini, pihaknya percaya tiada sebarang informasi sulit para pelanggan dibocorkan.
Tegas Astro lagi, keselamatan maklumat sulit para pelanggan merupakan kepentingan utama syarikat itu.
"Kami percaya bahawa kami telah mengambil tindakan keselamatan sewajarnya untuk melindungi data para pelanggan kami.
"Penyiasatan sedang giat dijalankan dan kami akan memaklumkan jika terdapat laporan terkini," kata Astro dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat.
Terdahulu, tular di laman sosial Twitter dakwaan kebocoran maklumat peribadi membabitkan 13 juta pengguna di jaringan gelap.
Maklumat berkenaan didakwa membabitkan pengguna Astro, Maybank dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Begitu pun, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dalam kemas kini di Twitter hari ini telah mengarahkan CyberSecurity Malaysia dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) menyiasat dakwaan berkenaan.
Topic Berkaitan
#kebocoran maklumat
#Maklumat pelanggan Astro
#maklumat sulit pelanggan
#Astro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan