SIBU: Tiada makmal tempatan wujud bagi memproses dadah di Sarawak pada masa ini manakala bekalan dadah yang dirampas setakat ini dibawa masuk dari luar, kata Timbalan Pesuruhjaya Polis negeri Datuk Ibrahim Darus.
"Walaupun ada bibit-bibit untuk mewujudkan makmal memproses dadah, namun polis telah berjaya membanterasnya secara habis-habisan," katanya tanpa memperincikan kejayaan itu.
Beliau berkata demikian semasa menjawab pertanyaan seorang daripada ketua kaum pada Program Kepolisan Komuniti Bersama Pesuruhjaya Polis Sarawak di sini hari ini.
Menurut Ibrahim bekalan dadah dari luar dikesan dibawa masuk melalui pengimbas Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang beroperasi 24 jam di pintu masuk Sarawak.
"Namun sindiket mengubah modus operandi setiap kali ditangkap. Jika hari ini ditangkap guna beg, sindiket lain akan buat cara lain.
"Polis dan kastam sentiasa berusaha mengkaji dan menyiasat untuk mengenal pasti modus operandi sebarang cubaan menyeludup yang akan datang," katanya.
Beliau berkata pada Januari lepas, pihaknya berjaya merampas dadah bernilai lebih RM7 juta yang hendak dibawa masuk ke Sarawak.
Sehubungan itu, Ibrahim meminta orang ramai menyalurkan maklumat bagi membolehkan tindakan segera dilakukan untuk membanteras masalah dadah.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 26 2024
Tiada makmal tempatan wujud bagi memproses dadah di Sarawak pada masa ini manakala bekalan dadah yang dirampas setakat ini dibawa masuk dari luar, kata Timbalan Pesuruhjaya Polis negeri Datuk Ibrahim Darus. - Foto Facebook Polis Sarawak
Polis tumpas kegiatan proses arak tiruan, rampasan lebih setengah juta ringgit
Secara keseluruhan, 1,683 liter alkohol dirampas dalam serbuan itu selain sebuah kereta jenis Toyota Estima disita.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Dolar AS kekal stabil walaupun terdapat laporan mengenai jangkaan inflasi yang lebih tinggi menjelang pengumuman data penting AS.
Rungutan beras berkurang berbading peringkat awal - Mat Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata rungutan beras berkurangan sedikit berbading peringkat awal. #AWANInews
Piala Belia: FAM pandang serius insiden gaduh aksi Melaka, Sri Pahang
FAM sudah terima laporan lengkap kejadian yang disifatkan sebagai tidak beradab itu dan akan menentukan bentuk hukuman sewajarnya.
Kadar SSL daging ternakan ruminan di Malaysia bawah 20 peratus - Mat Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kadar tahap sara diri (SSL) daging ternakan ruminan di Malaysia bawah 20 peratus. #AWANInews
30 hari bicara kes pegawai kanan polis bunuh pelajar
Hakim Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet, menetapkan tarikh perbicaraan itu bermula 4 November 2024 hingga 17 Januari 2025.
[KOLUMNIS] Apakah Kedah negeri berdaulat?
Pada kurun ke-18, Kedah memiliki kedaulatan ke atas wilayah yang dikuasainya dan penduduk Kedah sendiri mengakui Sultan sebagai pemerintah.
Pecut kereta, polis pengiring KM Melaka selamat daripada dihempap pokok
Kenderaan yang dipandu Koperal Mohd Hafifi Kadrai bersama rakan setugasnya, Koperal Wira Putra Johari berada di depan tiga kenderaan rombongan termasuk yang dinaiki Ab. Rauf.
Daiyan Trisha tunjuk bukti beri sumbangan tabung Palestin cecah RM100,000
Daiyan Trisha minta maaf andai caranya membuktikan sokongan terhadap Palestin tidak tepat.
Gerakan protes pelajar terbesar abad ke-21
Dari AS hingga ke benua lain, matlamat utama demonstrasi itu adalah serupa sebagai tanda solidariti dengan Palestin.
Tiada makmal proses dadah wujud di Sarawak - Polis
Tiada makmal tempatan wujud bagi memproses dadah di Sarawak pada masa ini, kata Timbalan Pesuruhjaya Polis negeri Datuk Ibrahim Darus.
Insiden kebakaran pecah rahsia makmal proses dadah
Kegiatan makmal memproses dadah di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Desa Cemerlang terbongkar apabila kilang itu terbakar, Ahad lepas.
Lapan anggota sindiket memproses, mengedar dadah tumpas
Pelbagai jenis dadah antaranya heroin, heroin base, pil ekstasi dan syabu bernilai RM117,210 dirampas dalam serbuan itu.
Proses syabu: Polis tahan enam suspek termasuk lima warga India
Polis turut merampas dadah bernilai RM2.4 juta dan peralatan serta bahan-bahan kimia yang digunakan untuk memproses dadah syabu.
Lelaki Jerman ditahan miliki makmal proses dadah di Bali
Suspek ditahan bersama pasangannya iaitu seorang mak nyah, dan dua lelaki warga tempatan, dipercayai sama-sama terlibat dalam pemprosesan dadah itu.
Tokan sanggup jadikan kuil sebagai makmal dadah
Kuil itu disalahgunakan sebagai pusat memproses dadah untuk edaran sekitar Perak sejak sebulan yang lalu.