KUALA LUMPUR: Pemain industri tiada masalah untuk mendapatkan pekerja asing dari negara selain Indonesia namun mereka mengharapkan proses kemasukan pekerja asing ke Malaysia dapat disegerakan.
Demikian pandangan disuarakan Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM), Datuk Azman Yusoff dan Pengerusi Guild of Bumiputra Contractors Berhad (Wibawa), Datuk Ir Md Nasir Ibrahim.
Kedua-duanya berpendapat isu pokok yang harus diselesaikan pada waktu ini adalah menyegerakan kemasukan pekerja asing kerana selagi tiada kemasukan, selagi itu ia akan membebankan pemain industri.
BACA: PM gesa majikan jangan bergantung pada negara tradisi pekerja asing
“Kita menyahut seruan itu tapi kita perlu lihat kesungguhan kerajaan mempercepatkan proses pengambilan pekerja asing ini supaya mereka dapat segerakan.
“Ini kerana, banyak industri terlibat bukan hanya pembinaan tapi juga sektor perkhidmatan, pengilangan dan juga melibatkan dana negara akan lebih terkesan.
“Kedua, ia juga melibatkan isu pekerja berkemahiran. Kebanyakan pekerja dari Bangladesh dan Indonesia telah dilatih dalam sektor pembinaan dan pengilangan.
“Kita juga khuatir sekiranya dibuka kepada negara lain, kita perlu berhati-hati terutamanya dari segi persediaan mereka dalam industri yang ingin mereka ceburi di Malaysia,” katanya kepada Astro AWANI pada Rabu.
Md Nasir pula mendakwa, polisi kerajaan yang berubah-ubah menyebabkan isu kemasukan pekerja asing masih tidak dapat diselesaikan sehingga kini.
“Isu itu sepatutnya sudah selesai lima ke enam bulan lepas tapi kita masih tercari-cari sampai satu ketika, kita tengok Indonesia pun rasanya mungkin dan putus asa dengan isu pekerja, dia (Indonesia) kata tak perlu beri pekerja kepada Malaysia.
“Jadi saya ada cadangan, kita tak kira sama ada pekerja dari Indonesia atau dari Bangladesh waima India dan Nepal sekalipun, yang penting kemasukan pekerja itu harus dipercepatkan.
“Kalau tidak, kita akan kerugian banyak,” katanya.
Tambah beliau, tiada masalah sekiranya pemain industri perlu melatih semula pekerja dari negara lain kerana ketika warga Indonesia masuk ke negara ini dahulu, mereka juga tiada kemahiran.
“Kita boleh mulakan balik, kita boleh latih mereka. Pekerja dari Nepal dan Bangladesh, mereka juga ada kelebihan dan kepandaian masing-masing,” ujarnya.
BACA: Isu pekerja asing: Malaysia akan bincang dengan Indonesia secepat mungkin - Hamzah
Astro AWANI pada Selasa melaporkan majikan digesa tidak bergantung sepenuhnya kepada negara sumber tradisi pengambilan pekerja asing.
Sebaliknya, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, majikan perlu mempertimbangkan pengambilan pekerja asing dari negara lain yang diluluskan kerajaan.
Beliau berkata, kerajaan yang kekal komited mendepani isu dan cabaran pengambilan pekerja asing juga menggesa Kementerian Sumber Manusia (KSM) mempercepatkan pelaksanaan proses temu duga majikan dengan menambah bilangan penemu duga di Pusat Sehenti (OSC) mengikut zon dan negeri.
Ridauddin Daud
Wed Jul 20 2022
Pemain industri tiada masalah untuk mendapatkan pekerja asing dari negara selain Indonesia namun mereka mengharapkan proses kemasukan pekerja asing ke Malaysia dapat disegerakan.
MTDC Sokong Peluncuran Dana MySTI, Perkasa Teknologi Tempatan
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) MySTI, sebuah iniasitif baharu bagi mempercepatkan usaha pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Syarikat Indonesia bina jambatan arboreal untuk primat Sumatera
Melalui jambatan arboreal itu, primat dapat bergerak bebas ke kawasan lain, mencari makanan dan membiak tanpa gangguan aktiviti manusia.
Persahabatan mengatasi pakatan dalam dasar luar Indonesia - Menteri Luar Indonesia
Sugiono menyifatkan strategi ini sebagai kunci dalam memupuk rasa hormat dan kerjasama bersama.
Banjir, tanah runtuh ragut 31 nyawa di Sumatera Utara Indonesia
Hujan berterusan menyebabkan banjir dan tanah runtuh di wilayah Sumatera Utara Indonesia, menyebabkan sekurang-kurangnya 31 orang maut.
Pilkada 2024: Krisdayanti, Rano Karno antara artis berentap jawatan penting
Pemilihan Kepala Daerah (Pilkada) 2024 turut diserikan dengan kehadiran ramai artis dan selebriti bertanding untuk jawatan penting.
Pilkada 2024: Semua daerah sudah siap sedia - KPU RI
Beberapa daerah seperti Lumajang, Surabaya, dan Sidoarjo telah melakukan persiapan sepenuhnya dari segi logistik dan Tempat Pemungutan Suara (TPS).
Pilkada 2024: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS$100 juta Apple untuk 2024-2026
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gunung Dukono di Indonesia meletus, amaran penerbangan dikeluarkan
Letusan berlaku pada 9.43 pagi waktu tempatan, memuntahkan awan mengandungi abu tebal berwarna putih hingga kelabu setinggi 4,600 meter ke udara.
13 terbunuh, 18 cedera akibat tanah runtuh, banjir kilat di wilayah Sumatera Utara
Di Deli Serdang, enam orang terbunuh dan sembilan lagi cedera selepas arus deras menghanyutkan empat rumah dan sebuah bangunan keagamaan.