awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Afrika Selatan sasar ketibaan dua kali ganda pelancong dari Malaysia tahun ini
OM selesaikan ganjaran hadiah kewangan bekas atlet olahraga
Lawatan rasmi dua hari Modi ke Malaysia bermula Sabtu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada mogok teksi hari ini - Presiden PERPEKLI

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
04/04/2016
05:48 MYT
Tiada mogok teksi hari ini - Presiden PERPEKLI
29 Mac lalu sekumpulan pemandu teksi telah berkumpul di Jalan Ampang berhampiran KLCC bagi melakukan protes - Foto Astro AWANI
Tiada mogok yang akan diadakan oleh pemandu teksi di ibu kota pada hari ini, Presiden Persatuan Pengusaha Teksi Wilayah Persekutuan dan Selangor (PERPEKLI) Datuk Aslah Abdullah.
Sebelum ini ada ura-ura mengatakan bahawa protes kedua akan berlangsung pada 4 April di hadapan pusat beli-belah Pavilion di Jalan Bukit Bintang di sini.
Bagaimanapun Aslah tidak menafikan gelombang kedua protes tersebut mungkin akan diadakan pada masa terdekat.
"Pada mulanya kita merancang untuk melakukan protes kedua pada 4 April tetapi tiada kata putus mengenainya dibuat.
"Saya rasa kemungkinan akan ada lagi protes dari pihak teksi dalam masa terdekat memandangkan masih tiada tindakan dari Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sejak protes Mac lalu,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Isnin.
Dalam masa yang sama, Aslah turut mengingatkan pemandu teksi agar protes kedua yang akan diadakan nanti hendaklah diadakan secara berhemah dan tidak menyusahkan rakyat.
"Kalau menyusahkan orang ramai dan pemandu lain, Uber dan GrabCar tepuk tangan.
“Sebab utama kita protes adalah kerana kedua-dua perkhidmatan ini dibiarkan beroperasi berleluasa tanpa syarat, sedangkan pemandu teksi kena akur banyak syarat dan peraturan dari SPAD seperti saiz kereta, warna kereta, lesen dan sebagainya,” katanya.
BACA: Kerajaan bakal garis penyelesaian adil bagi pemandu teksi, Uber dan GrabCar - Najib
29 Mac lalu sekumpulan pemandu teksi telah berkumpul di Jalan Ampang berhampiran KLCC bagi melakukan protes berikutan kegagalan SPAD mengambil tindakan terhadap perkhidmatan Uber dan GrabCar yang didakwa telah menjejaskan pendapatan mereka.
Topic Berkaitan
#Aslah Abdullah
#PERPEKLI
#Presiden Persatuan Pengusaha Teksi Wilayah Persekutuan Dan Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan