awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada murid Cina Tahun Satu daftar masuk di SJKC Kong Aik

Bernama
Bernama
17/02/2025
10:45 MYT
Tiada murid Cina Tahun Satu daftar masuk di SJKC Kong Aik
Guru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kong Aik, Saw Shen Yuan mengajar murid-murid Tahun Satu pada sesi baharu persekolahan 2025/2026 hari ini. - Foto Bernama
ARAU: Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kong Aik di Mata Ayer di sini merekodkan tiada pendaftaran masuk murid Cina bagi Tahun Satu pada sesi baharu persekolahan 2025/2026 yang bermula hari ini.
Guru Besar SJKC Kong Aik Leong Yong Siang berkata kemasukan murid tahun satu bagi sesi baharu persekolahan itu hanya merekodkan 13 murid Melayu, sembilan murid Siam dan seorang murid India.
Beliau berkata keseluruhan murid sekolah itu kini ialah 190 orang dengan jumlah paling ramai murid Melayu iaitu 93 orang.
"Sekolah ini mempunyai 17 tenaga pengajar termasuk tiga ustazah dan seorang ustaz yang mengajar ilmu agama kepada murid beragama Islam," katanya kepada pemberita semasa tinjauan Pengarah Pendidikan Perlis Rose Aza Che Arifin di sekolah itu hari ini.
Sementara itu, Rose Aza berkata trend peningkatan kemasukan murid bukan Cina ke SJKC dapat dilihat di beberapa sekolah berkenaan di Perlis termasuk SJKC Kong Aik, yang antara lain disebabkan faktor demografi dan minat ibu bapa terhadap pembelajaran Bahasa Mandarin.
"Kita dapati ada sekolah SJKC yang mempunyai lebih ramai pelajar kaum lain berbanding kaum Cina. Kelas prasekolah di SJKC Kong Aik ini turut mengajar Bahasa Mandarin menyebabkan ramai ibu bapa memilih untuk menghantar anak mereka ke sini bagi menguasai bahasa itu.
"Pada masa sama, keadaan ini turut mencerminkan semangat perpaduan kerana terdapat juga masyarakat Cina yang menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SJKC Kong Aik
#tiada murid Cina
#pendaftaran masuk
#Arau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan