awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada negara boleh maju jika batu api isu kaum, agama - PM Anwar

Khalis Khadir
Khalis Khadir
16/03/2025
07:30 MYT
Tiada negara boleh maju jika batu api isu kaum, agama - PM Anwar
Anwar (kiri) berbincang sesuatu dengan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke pada ke-18 yang diadakan di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) hari ini. -- fotoBERNAMA
SHAH ALAM: Tiada negara di dunia yang boleh maju dan stabil jika terus berlaku pertembungan antara kaum dan agama.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa tiada negara yang boleh maju dan stabil jika terus berlaku pertembungan antara kaum dan agama.
  • Kerajaan mengambil pendekatan bersama DAP untuk mengangkat martabat negara dengan tadbir urus yang cekap dan memerlukan dukungan masyarakat pelbagai kaum.
  • Anwar mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dalam DAP dan menegaskan sokongan DAP kepada kerajaan adalah atas prinsip reformasi yang diperjuangkan.

Oleh itu, perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan mengambil pendekatan bersama DAP untuk mengangkat martabat negara dengan tadbir urus yang cekap.
"Mana ada negara di dunia ini yang boleh maju dan stabil (jika wujud) percaturan dan pertembungan antara kaum dan agama berterusan.
“Tidak ada, tapi kita ada pilihan,” katanya ketika berucap di Kongres Kebangsaan DAP ke-18 Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), di sini, pada Ahad.
Beliau berkata, kerajaan memerlukan dukungan serta penyertaan masyarakat pelbagai kaum.
Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, DAP sering kali dilabelkan sebagai parti perkauman khususnya oleh pembangkang.
Namun, katanya, sebahagian mereka lupa bahawa kerjasama dengan DAP pernah dilakukan mereka sebelum ini dan perkara berkenaan tidak pula dibangkitkan ketika itu.
“Jadi saya ingin ucap terima kasih kepada rakan-rakan dalam DAP, membuat pilihan seperti kami juga dalam PKR dan Amanah, dan sekarang UPKO.
“Kini, rakan-rakan kita UMNO, GPS dan GRS sekurang-kurangnya memberikan dukungan berdasarkan prinsip bahawa negara mesti tegas atas landasan yang betul,” ujarnya.
Sementara itu, Anwar berkata, sokongan DAP kepada kerajaan bukan bersifat individu, tetapi atas prinsip reformasi yang diperjuangkan.
Beliau turut merakamkan ucapan penghargaan kepada pimpinan DAP termasuk veteran Lim Kit Siang, Chen Man Hing, Karpal Singh serta P. Patto yang merupakan tokoh perjuangan rakyat.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#pertembungan antara kaum dan agama
#DAP
#Pakatan Harapan
#Kongres Kebangsaan DAP ke-18
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan