Tiada negeri dipinggirkan dalam pendidikan - Zambry

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir bercakap pada sidang akhbar pada Program Eksplorasi TVET Komuniti di Kolej Komuniti Tawau hari ini. - Foto Bernama
TAWAU: Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan dakwaan bahawa terdapat negeri tertentu dipinggirkan dalam soal pendidikan, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir.
Ringkasan AI
- Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir, menegaskan bahawa akses pendidikan tinggi adalah saksama untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira negeri asal.
- Kerajaan melalui dasar MADANI memberi tumpuan kepada pendidikan berkualiti dan inklusif di seluruh negara, dengan peruntukan lebih RM1 bilion untuk pembangunan pendidikan tinggi di Sabah.
- Program Eksplorasi TVET Komuniti di Kolej Komuniti Tawau bertemakan "TVET Pilihan Utama Kerjaya" dihadiri lebih daripada 1,000 pengunjung, menekankan pentingnya sokongan rakyat dalam memartabatkan pendidikan.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Eksplorasi TVET Komuniti, yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, di Kolej Komuniti Tawau hari ini.
Zambry berkata menjadi dasar kerajaan MADANI untuk memberi tumpuan kepada penyediaan pendidikan berkualiti dan inklusif kepada semua lapisan masyarakat di seluruh negara.
Sebagai bukti komitmen tersebut, beliau berkata kerajaan memperuntukkan lebih RM1 bilion khusus untuk pembangunan pendidikan tinggi di Sabah.
"Jangan kita dengar cerita-cerita yang bukan-bukan. Kita hidup sebagai anak Malaysia, dan kita mahu memberikan yang terbaik kepada generasi akan datang," katanya.
Beliau turut menegaskan sokongan rakyat penting untuk memastikan segala usaha kerajaan dalam memartabatkan pendidikan dapat diteruskan dengan jayanya.
Bertemakan "TVET Pilihan Utama Kerjaya", program berkenaan diadakan sebagai sebahagian daripada inisiatif advokasi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di peringkat akar umbi.
Lebih 1,000 pengunjung, termasuk pelajar sekolah, belia dan komuniti setempat hadir serta mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti interaktif yang disediakan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


