KUALA LUMPUR: Tiada paksaan bagi warga emas yang berisiko tinggi untuk mengambil suntikan dos penggalak kedua, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Khairy menerusi video berdurasi 2.20 minit di Twitter beliau hari ini berkata individu terlibat diberikan pilihan sama ada untuk mengambilnya atau tidak bagi menambah perlindungan terhadap gejala serius COVID-19.
"Ini pilihan, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesyorkan sahaja. Jangan kata saya paksa... Saya cuma nak pastikan warga emas kita dapat perlindungan yang terbaik, terutama bila anda semua balik kampung ramai-ramai nanti," katanya.
Khairy berkata KKM juga telah mula menggunakan ubat antiviral Paxlovid sebagai terapeutik untuk merawat pesakit COVID-19 yang berisiko tinggi bagi melindungi pesakit berkenaan daripada gejala serius.
Beliau berkata antiviral berkenaan bertujuan merawat pesakit dan bukan sebagai pengganti vaksin serta memaklumkan KKM akan membeli lebih banyak ubat rawatan itu.
BACA: Khairy akan umum 'sesuatu' berkenaan raya minggu depan
Menteri Kesihatan itu berkata pengujian yang diselia secara maya bagi RTK-Ag profesional COVID-19 kini dibenarkan untuk memudahkan orang ramai melakukan ujian berkenaan.
"Kalau perlukan ujian profesional RTK bolehlah buat melalui 'live video' sahaja, dan anda boleh dapat keputusan ujian melalui e-mel, contohnya. Pengamal perubatan boleh menawarkan perkhidmatan ini kepada orang ramai," katanya.
Selain itu, beliau berkata penerima vaksin primer Sinovac dan Sinopharm serta akan mengembara ke negara yang tidak mengiktiraf vaksin tersebut boleh mendapatkan vaksin lain bagi dos penggalak kedua melalui permohonan di aplikasi MySejahtera atau datang terus (walk-in) ke pusat pemberian vaksin (PPV).
Beliau berkata maklumat lanjut berkenaan PPV yang masih beroperasi boleh dilayari di laman sesawang www.protecthealth.com.my.
Bagi remaja yang mempunyai sistem imun yang lemah atau 'immunocompromised', Khairy berkata golongan itu juga kini boleh menerima dos penggalak.
"Sila semak dengan doktor anda untuk maklumat mengenai dos penggalak, ini penting sebab terdapat sedikit peningkatan kes dalam kalangan remaja, jadi untuk kumpulan ini, bolehlah ambil dos penggalak untuk kekal selamat," katanya.
Khairy berkata beliau akan mengumumkan perkembangan terbaharu berkenaan sambutan Aidilfitri termasuk beberapa pengumuman lain pada minggu depan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 18 2022
Tiada paksaan bagi warga emas yang berisiko tinggi untuk mengambil suntikan dos penggalak kedua, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. - Gambar fail/BERNAMA
DUN lama Sarawak jadi pusat seni ala Royal Albert Hall London
Sarawak memperuntukan RM250 juta untuk mengubah siuai bangunan DUN lama kepada pusat seni bertaraf dunia.
Enam lelaki ditahan bersama 2kg dadah bernilai RM120,000
Enam lelaki berusia antara 20 hingga 40 tahun ditahan bersama dua kilogram dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Indera Sabah, Tawau pada Rabu.
Pengumuman kenaikan gaji suntik semangat, ringankan beban
Penjawat awam di sekitar Kota Kinabalu menyifatkan pengumuman kenaikan gaji oleh Perdana Menteri sebagai sesuatu yang amat dinanti-nantikan dan membantu meringankan beban kewangan mereka.
Sarawak angkat inisiatif ke pentas global
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, beliau akan menghadiri pelbagai forum di peringkat serantau dan global, bagi memastikan mesej ini dapat dijayakan.
Tiga RUU akan dibentang di DUN Sarawak
Kerajaan negeri Sarawak akan membentangkan tiga RUU berkaitan perhutanan, pelabuhan dan SUKMA 2024 akan dibentang pada sidang DUN Sarawak pada 6 Mei depan.
LPPB Sabah terima 50,000 permohonan
Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) Sabah menerima kira-kira 50 ribu permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR).
Mahkamah tolak permohonan waran tangkap terhadap saksi kes Guan Eng
Mahkamah Sesyen menolak permohonan pembelaan agar waran tangkap dikeluarkan terhadap seorang saksi utama pendakwaan dalam perbicaraan kes bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Konsert 'AR Rahman Live in Kuala Lumpur 2024' di SNBJ 27 Julai ini
Selepas lebih setahun, AR Rahman, kembali ke Malaysia untuk mengubat rindu peminat pada 27 Julai ini.
Pantau Agenda Reformasi: Gaji progresif & potensi anak muda
Kita bersama Dr Mohd Fauzi Fadzil, Exco Majlis Belia Malaysia bagi pernciannya,
Kes 1MDB: Siasatan SPRM dapati Najib lakukan kesalahan salah guna kuasa - Saksi
Siasatan SPRM mendapati elemen salah guna kuasa untuk dapatkan rasuah itu dikesan sewaktu pemeteraian perjanjian bersama Aabar PJS.
7,294 kes COVID-19 dicatatkan di Perak sepanjang tahun ini
Sebanyak 7,294 kes COVID-19 direkodkan di Perak sejak 1 Jan hingga 16 Dis lepas berbanding 108,859 kes dicatatkan bagi tempoh sama, tahun lepas.
COVID-19: Kes aktif varian Omicron bergejala ringan - Pakar perubatan
Beliau berkata kes COVID-19 dijangka berkurangan selepas satu bulan berdasarkan pemerhatian trend jangkitan virus oleh KKM.
Johor galakkan imam, jemaah ambil dos penggalak vaksin COVID-19
Imam, bilal dan jemaah masjid di Johor digalakkan mengambil suntikan dos penggalak susulan peningkatan kes COVID-19 ketika ini.
COVID-19: Tiada arahan wajibkan semua rakyat Malaysia dapatkan dos penggalak - Fahmi
Tiada arahan atau kewajipan untuk seluruh rakyat Malaysia mengambil suntikan dos penggalak vaksin susulan peningkatan kes COVID-19.
COVID-19: KKM saran dos penggalak ketiga untuk golongan rentan
KKM menyarankan pengambilan dos penggalak ketiga vaksin COVID-19 terutama bagi golongan rentan dan berisiko tinggi berikutan peningkatan kes kebelakangan ini.
Vaksin COVID-19: Penerima dos penggalak kedua terus meningkat
Bilangan penerima dos penggalak kedua kini melepasi 2.5 peratus, mewakili 819,670 individu.
COVID-19: Sambutan dos penggalak masih kurang memuaskan - Dr Zaliha
Sambutan orang ramai terhadap pengambilan dos penggalak vaksin COVID-19 masih kurang memuaskan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Vaksin COVID-19: Australia lancar dos penggalak kelima
Keputusan itu memperluaskan kelayakan suntikan dos penggalak merangkumi kira-kira 14 juta orang yang akan ditawarkan vaksin.
Orang ramai ada sebab tersendiri lengkapkan dos penggalak COVID-19
Walaupun pengambilan dos penggalak kedua vaksin COVID-19 tidak diwajibkan namun orang ramai yang secara sukarela mengambilnya mempunyai alasan tersendiri untuk berbuat demikian.
Vaksin COVID-19: FDA cadang pemberian tahunan
Pemberian vaksin tersebut disifatkan seperti pemberian suntikan vaksin influenza bertujuan untuk memudahkan strategi COVID-19.